Review : Seyogia by Amal Hamsan
Seyogia by Amal Hamsan terbitan Lejen Press. Buku pinjam kat partner.
Buku kedua Amal Hamsan aku baca lepas buku HEROIN. seriously Heroin one of my favourite. Tapi aku bagi pinjam buku tu dan buku tu hilang. Aku tak tahula siapa pinjam tak reti pulang. Mahu mengamuk juga aku. Rupanya ini perasan orang hilang buku kesayangan sebab orang pinjam. Rasa serik nak bagi orang pinjam pun ada. Aku ni jenis buku kalau hodoh ke apa aku terima lagi. Kalau hilang terus langsung tak berkhabar dan semua kata tak tahu memang rasa nak mengamuk juga la.
Heroin was great. It makes me cry. Then partner recommend Seyogia. He said this is great. So masa start cuti sem haritu dia bagi pinjam. Lama juga la tangguh baca.
Buku tak tebal pun. So sekejap je dah habis. Masa baca tu aku tengah dalam fasa kemurungan yang semua benda tak kena. This book I read before 7 Tahun 7 Hari. Boleh tahan la dia punya rabak. Nak cari semangat ni. Tapi aku jatuh tempat paling kosong seorang aku. Amal Hamsan is a good writer when playing with reader emotion. Dia boleh bagi kau rasa apa yg watak tu rasa sampai kau rasa hopeless dan helpless sama macam watak tu. Ke sebenarnya aku je yang kuat merasa ni?
I cried several times. Salah satu aku suka pasal Lejen Press ialah tak pernah ada happy ending. Mesti ada yang mati. Macam trademark la. Aku cop buku Lejen ni buku pasal hidup. Memang kau tak boleh selamanya dalam fasa penafian kita akan hidup selamanya. Kenyataan bahawa semua cerita harus ada pengakhiran bahagia. Itu semua dongeng. Kau kena terima hakikat bahawa walau bagaimana sayang pun kau pada seseorang. Takde siapa yang akan hidup selamanya.
3:10
Dalam usaha mencari kembali semangat menulis dan membaca,
Aku dipinjamkan dengan Seyogia yang membuatkan aku terjatuh pada lubuk paling sunyi seorang aku.
Paling kosong; sayu.
Dalam usaha mencari kembali semangat menulis dan membaca,
Aku dipinjamkan dengan Seyogia yang membuatkan aku terjatuh pada lubuk paling sunyi seorang aku.
Paling kosong; sayu.
Kemudian, Seyogia juga menyedarkan aku,walau sunyi; masih ada yg peduli, sayang, paling kurang memerhati. Paling tidak, masih ada Dia.
( Pakwe kata buku ni best, highly recommended. Haa best dia sampai aku menangis)
#seyogia
#seyogia
Comments
saya minat buku fixi..not baddd la!