Ijazah selepas Diploma?

Sebelum tu boleh juga refer dua post ni. UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH dan Tips & Thought : Dilema pilih U & Kos // Lepasan SPM & STPM

Perjalanan mendapatkan Ijazah selepas bersusah-payah untuk mendapatkan Diploma bukanlah sesuatu yang remeh. Banyak perlu diambil kira, segala komitmen, keperluan. Namun masih ada peluang dan jika ada kemahuan anda boleh lakukan. It just simple as saya dengar ada orang kata tak kisahlah umur awak 20 ke 35 ke be it 60 kalau awak rasa nak belajar, go for it. Just go for what you want. Ini adalah beberapa perkara yang ada perlu lalui untuk memohon menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah selepas Diploma.

1.       Mendapatkan tempat di IPTA perkara pertama sekali ialah UPU. Beli nombor pin. Isi borang dalam talian. Itu adalah perkara yang biasa anda akan lalui. Link laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/

2.       Pilihan UPU untuk diploma tidak seperti pilihan STPM dan SPM. Kalau masa SPM pilihan lebih banyak. UM dan USM kena apply berasingan, beli no pin pun berasingan. Jadi kena tahu dan update juga dengan UPU dekat facebook page UPU, itu paling pantas rasanya untuk sebarang info rasmi. Link FB page Rasmi UPU https://www.facebook.com/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU-646433295426674/?fref=ts

3.       Perkara paling PENTING ialah memastikan semua dokumen diperlukan mestilah ada. Bab dokumen adalah benda paling penting untuk pelajar lepasan diploma menyambung peringkat Ijazah. Apabila selesai memohon secara dalam talian, nanti akan diberitahu dokumen yang anda perlu hantar. Sentiasa buat senarai semak. Kena tahu kemana anda perlu hantar dokumen tersebut, semua ada tersenarai. Bab ni kena jadi organize. Jangan miss satu dokumen pun yang diperlukan waktu hantar. Benda ni penting sangat-sangat.

4.       Luangkan masa dan wang untuk melakukan ini. Jangan sesekali buat last minit. Jangan. Sesntiasa tahu bila tarikh akhir, hantar dengan segera.

5.       Bab rayuan pun sama, bila buat rayuan pilihan semakin terhad, dokumen perlu dihantar semula dalam masa yang singkat. Jika terdapat sebarang masalah, telefon je orang UPU okay.

6.       Good luck.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH