PBAKL 2026
Hai. Aku nak tulis dalam bahasa melayu untuk post ni sebab malas nak tulis English. Aku sebenarnya tak sangka ada orang masih baca blog aku ni. Tapi benda awam ada kat internet kan. Manalah tahu, sekarang zaman Ai. Siapa je baca blog. Aku sendiri da tak baca blog. Entah sampai bila blog ni akan bertahan ek. Sayang betul post aku da bertahun. Aku cuma datang sini menulis balik sebab benda ni buat aku rasa lapang sikit..kalau tak sempit dan bising otak aku ni.
Macam biasa lepas intro meleret baru kita masuk topik asal, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Tahun ni aku buat keputusan pergi pesta buku minggu kedua dan berjalan solo. Sebab Syifa Amani di fasa meneroka yang susah nak dikawal dalam stroller. Berdasarkan berapa pengalaman juga, stroller tak sesuai di pesta keramaian macam ni. Itupun aku curi masa waktu lunch kerja kat rumah sebab tak boleh nak cuti. Aku seronok ye kali ni sebab aku masuk ikut pintu yang lain dari biasa. Aku dapat jumpa pameran antarabangsa dan jumpa banyak buku kanak-kanak yang menarik. Teruja rasa. Murah pula tu. Ada yang satu RM5 beli 4 percuma 1. Habis tu takkan tak beli. Walaupun buku tu agak advance sikit untuk Syifa yang baru umur 2 tahun 5 bulan tapi takpela. Mungkin mak dia boleh baca.
Aku ada la few buku aku nak beli. Bajet kali ni RM200. Buku yang nak dicari ialah buku Osman Deen Stesen Hikayat. Buku FIXI antara wajib dilawat dan aku nak pergi booth Ann Jaafar. Ann Jaafar mendonia PBAKL kali ini. Ada dimana-mana.
Jadi aku dapat beli buku Stesen Hikayat dan Pada Masa Yang Terhenti dari Osman Deen. Baru tahu 2 buku ni terbitan berbeza. Satu IMAN lagi satu Bookiut bawah PTS. Dekat buku FIXI ada beli 3 buku, buku Nadia Khan, Ariff Adly dan Syafiq Aizat.
Highlight of the day ialah masa kat booth Ann Jaafar, Ann takde tapi saya dapat jumpa Izzati Suza. Aku ni bukanlah peminat tegar tapi suka karya dia, most recently sebab aku beli baju dia collab dengan Aeon masa raya. Love sangat baju tu. Comel Dan cantik betul Izzati Suza ni. Lourvee sangat.
Itulah kesimpulan untuk PBAKL. Puas hati dapat cari apa yang nak. Rasa nak beli banyak lagi tapi tahun depan la pulak. Baca dulu mana yang ada. Tapi da balik ternampak pula orang post pasal e-reader macam Kobo Libra. Da pula masuk dalam wishlist. Tengah baca buku Bidan dari Nil terbitan buku FIXI beli kat google playbook. Sikit lagi habis boleh la buat review. Stesen Hikayat ada la baca sikit-sikit. Buku fizikal ni slow sikit.
Sedikit nota pesanan ringkas, aku ni sekarang menulis dalam phone. Jari pulak gemuk, kadang ada la typo. Malas nak proof read. Kang kalau baca balik, edit jadi tak best pula. Jadi faham-faham jela. Ada berapa note rasa nak post dan review drama nak post gak. Kalau nak sila komen, lahh tiberrr macam banyak peminat. Sekarang 1242 malam. Selamat malam.
Comments