Jumpa orang baik-baik pun rezeki.


Rezeki.

Benda tipikal dan pertama yang akan terlintas di kepala bila bercakap soal rezeki adalah tentang duit dan makanan. Segala jenis bentuk material yang boleh dinilai. Tapi sebenarnya terlalu banyak bentuk rezeki yang kita tak perasan atau kita ambil remeh. 

Kesihatan yang baik. Masa yang lapang. Keluarga. Kawan. Pasangan. Itu semua rezeki. Tanpa kesihatan yang baik kita takkan dapat melakukan banyak perkara. Maka dengan rezeki kesihatan kita boleh buat banyak perkara. Rezeki masa yang lapang. Dengan masa yang lapang kita mampu melakukan banyak pekara berfaedah, ibadah, atau luangkan masa dengan yang tersayang. Tanpa rezeki masa, tidak mampulah kita merasakan semua itu. 

Walaupun kita mungkin tak mempunyai rezeki wang ringgit yang banyak, tapi kita tak sedar banyak lagi rezeki yang Allah SWT bagi kita. Mungkin kita merasa kekurangan jika nak dibandingkan orang yang lebih, tapi kita mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan orang yang kurang. Andai kita, berhenti mnembandingkan nescaya kita akan lebih bersyukur dengan rezeki yang kita ada.

Salah satu rezeki yang sangat besar hikmahnya ialah rezeki berjumpa dengan orang yang baik-baik. Bila kita dengar cerita orang yang dikhianat, yang dilakukan bermacam perkara oleh manusia kerana sifat dengki kita akan mula tertanya nilai kebaikan manusia. Ada manusia susah nak percaya keburukan dan musibah yang berlaku pada orang lain, hanya kerana dia tidak sedar Allah SWT lindungi dia dan ditakdirkan untuk sentiasa jumpa orang yang baik-baik. 

Bila kita bercakap soal kepercayaan, sesetengah orang yang mempunyai masalah untuk mempercayai orang lain. Tak pelik sebenarnya bila bercakap soal trust issue kalau dia da jumpa orang yang pelik-pelik. 

Kita akan sentiasa berjumpa orang dalam hidup kita. Manusia datang dan pergi. Daripada situ aku belajar yang Allah SWT sentiasa temukan aku dengan orang yang baik-baik. Dari zaman kecik lagi, tatkala ada manusia yang zaman kanak-kanak penuh derita kerana hidup dalam persekitaran yang mendera, aku ditakdirkan memperoleh keluarga dan orang yang sayangkan aku. Masuk zaman sekolah, aku jumpa dengan kawan-kawan yang baik-baik. Yang akan ada membantu dan menyokong aku. Begitu juga masa aku zaman tingkatan 1 sampailah habis sekolah. Aku sentiasa sahaja ditakdirkan berjumpa dengan kawan-kawan yang baik. Yang akan tolong aku saat aku perlukan. Yang akan lindungi aku. Yang tak pernah lokek dengan aku. Alhamdulillah. Masuk degree pun sama. Jumpa lagi roomate yang baik. Kawan kelas yang baik. Lepastu jumpa pasangan yang baik. Pergi tempat kerja jumpa pegawai yang baik-baik, akak-akak yang baik-baik. 

Aku percaya bila kita baik dengan orang. Orang akan baik dengan kita. Bila kita memberi, orang juga akan memberi. Apa yang datang dari hati, kembali pada hati. Sentiasalah baik-baik dengan orang. Sebab inshaAllah kita akan jumpa dengan orang yang baik-baik juga. 

Untuk setiap manusia yang aku jumpa, terima kasih kerana memberi inspirasi. Ketahuilah kalian, kalian adalah manusia yang baik-baik. Moga Tuhan sentiasa berkati kalian dalam hidup.

Comments

Popular posts from this blog

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016