Posts

Showing posts from October, 2013

Event: Tempatan Fest 3.0 & Exhibition Zanubah Hamzah

Image
Hello folks.  Aku tak habis lagi cerita pasal event.  Memang gaya aku dah macam tulis diari dah. Heeehh.  Tak habis lagi nak menjoyah ni.  Sabtu lepas, ada dua event aku nak pergi. Memula tak sangka nak dapat pergi. Dah takdir Tuhan kan. Rezeki aku nak pergi Alhamdulillah. Kalau Tuhan nak beri nikmat, macam-macam cara dia bagi. Kalau dia nak bagi dugaan pun boleh datang pelbagai cara, dan kalau dia nak selesaikan pun selalu dalam cara tak kita sangka. Apa kita kena buat. Minta pada Dia. Dia mesti bagi. Allah SWT berfirman bermaksud : Mintalah padaKu nescaya akan Aku perkenankan.  Ada dua event aku pergi.  Event: Tempatan Fest 3.0 & Solo Exhibition Zanubah Hamzah Venue: Dataran DDEC, Jalan Kia Peng & MaTic Art Gallery Date: 5&6 Oktober & 1-30 Oktober Aku tak sangka dapat pergi. Juja dan Zack yang bawa. Jadi sepanjang hari Sabtu aku spend masa dengan dia orang. Terima Kasih la Juja sayang sebab jadi savior wak...

Event: Kaed Fest, UIA

Image
Assalamualaikum. Hai. Selepas Art For Grabs, 2 hari lepastu kita orang pergi event lain pula. Sebab ada FIXI dengan Lejen Press. Lagipun UIA tu takdela jauh mana pun dengan tempat kita orang. Hee. Event: Kaed Fest Venue: Kaed Gallery, UIA Date: 1-5 Oktober 2013 Pengalaman best sepanjang di Art for Grabs yang aku takkan lupakan ialah, orang-orang yang kami jumpa sangat peramah dan sporting. They so cool and nice. Hampir semua, takde orang yang sombong. Tak kisah la walaupun mereka seorang penulis hebat ke apa. They so humble. Kita orang pergi Kaed Fest semata-mata nak beli FIXI dan Lejen Press. Sampai sana terus pergi booth FIXI, lepas tu aku rasa macam kenal je abang pakai spek yang jaga booth tu. Eh, macam abang yang kat Art For Grabs hari tu je. Aku kan peramah sikit, aku  pun tegurla. “Hi bang.” Gaya macam dah lama kenal je.  “Ingat kita orang lagi tak? Yang kat Art For Grabs tu?” “Eh, korang. Bukan haritu korang dah borong ke?” “Tak habis lagi kot. Hari tu dia...

Event : Art For Grabs

Image
Peace be upon you. Hi. Rasanya dah lama juga aku tak update gaya-gaya joyah ni. sebab sebenarnya takde apa pun nak cerita. Kalau ada pun bentuk puisi perasaan yang perasan. Life been kind. Study been good. Everything else just fine. Sekarang ni joyah nak bercerita yaa. Sejak dua tiga menjak berjinak dengan dunia underground ni macam-macam benda aku explore. termasuklah event semua. Ada gak la rasa macam budak baru belajar nak lihat dunia, selama ni jadi anak dara pingitan je duduk rumah. uhuksss. haha. Kalau ikut sejarah hidup, inilah pertama kali aku join event ala-ala underground ni. Serius. Cakapla aku ni macam katak bawah tempurung ke apa. Tapi hakikatnya gitu. Umur dah 19 tahun baru nak tengok dunia. Belum dunia lagi, ini baru Kuala Lumpur. Jadi stranger dekat bandar sendiri. Event: Art For Grabs. Venue: Annexe Gallery, Central Market. Date: 28 September 2013 Jadinya inilah muka budak yang baru kali kedua jejak kaki kat Pasar Seni. Buat malu je, agak-agaknya pelan...