Posts

Showing posts from September, 2011

KOMPILASI CERITA MINGGU INI .(Edisi:Dinner dengan PM tak jadi)

Image
Assalamualaikum semua .  . Ish saya rasa sungguh tidak sihat sejak beberapa hari ni . .bermula dengan sakit kepala kerana equator atau  heat stroke yg terlampau . . diikuti dengan sakit tekak dan berkaitlah dengan hidung dan telinga . . mata mata pun sekali . . .tapi Alhamdulillah . .so far boleh tahan lagi . .bila tak tahan je telan paracetamol akibat kemalasan yg teramat untuk beratur , ambil nombor dan tunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik . . Terlalu banyak benda yang berlaku dalam minggu ni .. .  #Berjumpa dengan KAWAN BAIK sejak tadika . . dan terlalu banyak benda untuk bercerita . . #Berjumpa dengan KAWAN-KAWAN bekas SEK MEN yg aku rindu gila . .tapi bila bertentang   mata dengan mereka setelah 4 tahun tak jumpa . .aku jadi segan tak terkata. . (pulak ) #Berjumpa dengan BEKAS KEKASIH HATI yg dah 4 tahun tak jumpa .oh !terlalu banyak benda yg berubah dan . . aku kelu tak terkata .hanya mampu tersenyum sahaja . #Dinner bersama Perdana Menteri yang bertukar menjadi di

GITAR OR MINUS ONE. .?

Image
Saya masih lagi perlukan cadangan tentang 'masquerede' dan lagu yang sesuai .  Memandangkan tahun ni tahun terakhir peluang sedemikian takkan dilepaskan . .  Dengan izin Allah . .  Bila diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan . .  Cikgu :persembahan nak kena mantap sebab ada pengarah . Saya ligat memikirkannya . . .lagu apakah . ? Bagaimanakah nak buat mereka kagum .? Sebab saya tak pandai main alat muzik . .  Cuma ada sikit bakat kurniaan Allah untuk menyanyi . .  Ada sesiapa sudi nak ajar saya main gitar . ? Dalam masa kurang lebih sebulan . . untuk satu atau dua lagu . ? Aduhhh. .gimana nih . #kalaulah ayah masih bermain gitar . . :/ Nak jadi macam Yunalis Zarai dalam masa sebulan . .  hoooo , hanya dengan kuasa Allah ianya menjadi tidak mustahil . .  Nak jemput Yuna memang tak cukup bajet la kan . . hoho . Adakah saya hanya perlu menyanyi lagu minus one . ? Seperti saya karoake selalu .  .? Hemmmm . .sangat memerlukan batuan terutama daripada . .  Cikgu dan a

BILA MIDA (Edisi : Tumblr.com)

Image
Menjadi seorang blogger tegar dan berusaha untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik adalah dengan menjadi diri sendiri. -Mida- Bila Mida dah start beli magazine gegirl-gegirl balik . .  Bila Mida dah start check new look kat LOOKBOOK.nu. . Bila Mida dah start melukis kembali . .  Bila Mida dah start reblog dekat Tumblr.com. .  Bila Mida dah start tengok butik online . .  Itu adalah tanda-tanda bahawa saya akan menghadapi satu hari yang indah . .  Hari untuk bergembira dan melawa memandangkan dah lama tak melawa . .  Ya . seharusnya saya tak sepatutnya obses dengan masa depan .  . Tapi ini hanyalah satu perancangan yg hanya Tuhan yang menentukan  . . Dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan  . . . gambar yang dikutip dari Tumblr.com. http://supermida.tumblr.com/    Ini saya punya :) Hari apa yang sedang dinantikan . .  Bersamalah kita menantikannya ya . .  Tolong cadangkan 2 lagu untuk saya boleh .? Lagu yang sweet-sweet untuk saya nyanyi .? Kalau bo

Day Ten: 10 FINAL WORDS :) (Final Destination)

Image
Tempoyak udang pucuk ubi + sambal belacan ---> sakit perut sepanjang malam +ponteng sekolah . Equation yang sangat berbaloi-baloii . . Target untuk mencapai level 110 dalam chicken invanders tergendala kerana ketagihan dalam mengedit gambar sedalam dasar laut yang berkaki-kaki . . khas buat adik-adik tersayang . nak tengok .? next time la heheh . kerana itu bukan tujuan sebenar saya menaip . kachinngkachinngg .(bunyi duit syiling dilagakan) 10 FINAL WORDS: okay bila terlihat challenge ten days yang kat sidebar tu tiba-tiba teringat hangat-hangat tahi ayam aku dah sejuk .jadi cepat-cepatla aku nak habiskan challenge tu sebelum belog ini disimpan dalam peti besi musang berjanggut memandangkan nak SPM kan .bunyi macam ngeri jeee~ #1 Terima Kasih kepada semua FOLLOWERS , READERS and SILENT READERS.  #2 Saya Sayang Kamu . #3 Tak perlu ragu pada takdirmu . #4 Allah juga yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buatmu . #5 Betapa pemurahnya Allah . begitu banyak nikmat berbanding du

MENCUBA SEDAYA MUNGKIN .

Image
#menghitung hari menanti waktu untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menentukan masa depan . kena struggle habeh-habeh ni !waktu berlalu dengan pantas .memey ar~ okay stop! no memey ar~ membayangkan menempuhi hari tanpa belog .okay .redah je~ okay .belog saya semakin membosankan . okay takde idea nih nak tulis bombastik fantastik . maaf . (bajet macam ada orang baca blog dia la tu ) Terlalu banyak makan membuatkan saya gemuk dan sakit perut , jadi semua silalah sedia untuk berdiet yaa . Berfikiran positip . .saya tak gemuk tapi chubby . haha . sangat positif . saya bukan diet untuk kurus atau cantik tapi untuk menjadikan saya seorang yang SIHAT . okay .nampak benor menipunyee . ~bedeahh je atenye yeee . jadi siapa sudi nak temankan saya jogging tiap hujung minggu .? (sila hubungi saya) Bila Ibu dah tak boleh pakai bajunya jadi sayalah yg memakainya . nasib baik muat :)   #What would life be if we had no courage to attempt anything? #And she'll continu

KEBIASAAN GADIS BIASA .(Edisi:RAYA lagi)

Image
Hello peeps . obvious kalau tengok kalendar kuda hari ni masih lagi dalam bulan Syawal . . jadi sempat lagilah nak beraya sana raya sini . walaupun ada setengah rumah yang kuih raya dah takde pun .tak kurang juga yang buat rumah terbuka . .  ada yang dah macam kenduri kahwin dah meriahnya . setahun sekali katanyaa~ Tiada apa yang lebih menyakitkan bagi aku melainkan perkongsian tanpa rela .  Perkongsian apakah .? biarlah menjadi persoalan ~ Sedih hati tak dapat terbendung . .  tersedu-sedan menahan esak tangis . . Kesimpulannya aku masih dihujani dengan tanda tanya . .  Dan aku hanyalah manusia biasa yang melakukan perkara biasa dan melakukan kesalahan tanpa sengaja !. (okay ayat aku memang sangat sentimental seperti orangnya ) Untuk menjadi seorang kakak yang baik dan sempurna takkan termampu untuk aku lakukan .  walau banyak mana pengorbanan aku lakukan . .  Aku tetap menjadi manusia biasa yang punya perasaan dan air muka . Ahhh! Persentankan segalanya ! -tutup cerita- Main suis mo

PERUBAHAN SATU PENGHIJRAHAN . (Edisi :Bersabar dan Bertabahlah)

Image
Bila masa berlalu . .  Manusia akan berubah . .keadaan akan berubah . . segalanya akan berubah . . Tapi hidup perlu diteruskan walau sebesar manapun perubahan yang kita kena terima . .  Perubahan boleh jadi sesuatu yang baik boleh juga jadi sesuatu yang memedihkan . .  segalanya bergantung pada cara kita mengatasi dan mengharunginya . . . Cara kita nak terima perubahan itu dan teruskannya tanpa menjejaskan diri kita . .  Mungkin ada perubahan yang boleh kita harungi dengan gelak tawa dengan bahagia . . Namun tak kurang ada juga perubahan yang mampu buat kita menangis , sakit kepala memikirnya . .  Sebab esok masih ada . .  Semalam telah berlalu . .  Dan pilihan kita semalam telah menjadikan siapa kita hari ini .  Esok pula sesuatu yang belum pasti . .sesuatu yg dipanggil masa depan . .  Yang hanya mampu dipenuhi dengan perancangan tanpa kepastian . .  Bila perubahan berlaku . . . keadaan menjadi terlalu berbeza . . . Memang agak sukar untuk memulakan sesuatu yang baru . . . Kerana se

DUNIA AKHIR ZAMAN.

Dunia ni bulat , Jauh mana pun kita pergi kita akan kembali ke tempat asal juga. Makin ramai orang kita kenal , makin kecil dunia kita rasa. Makin banyak kita belajar , makin banyak yang kita tak tahu. Makin jauh kita berjalan , makin luas pemandangan . Makin banyak kita lalui , makin banyak pengalaman . Makin banyak yang kita lihat , makin kagum kita pada kebesaran Allah . Makin lama masa berlalu , makin dekat kita dengan kematian , Semakin dekat matahari ke Barat . Itu tanda dunia akhir zaman ,maknanya kiamat dah dekat. #Akhlak dan Iman sesuatu yang tidak boleh diwarisi .

AIRMATA KEBERKATAN .

Image
Okay . hari ini aku sangat bersyukur  kerana masih bernafas dan dengan itu bermakna aku masih perlu mengambil kertas Kimia terakhir .iaitu kertas tiga . haahh , berserah jela , apa mampu aku buat .buku dah baca , segalanya telah ku usahakan . .  akhirnya 1 jam 15 minit berakhir dengan pantas . .sepantas angin lalu. . . Dan dalam masa 1 jam 15 minit yang berlalu itu , aku telah menulis sesuatu . .di atas kertas kajang Hak Milik Kerajaan Malaysia yang aku dah bayar dalam yuran tambahan awal tahun dulu . okay aku bayar okay yuran peperiksaan bukan free . okay , bukan aku sorang jeee tapi semua pelajar sekolah kat Malaysia ni .hihi. Sesuatu yang datang secara tiba-tiba , lalu aku terus tulis di atas lembaran kertas yang ada .ecehhhcehh . dan idea itu telah berkembang dari satu benda kepada tiga . dan itu adalah kerana aku seorang blogger tegar yang sangat tegar dan siang dan malamku hanya dihantui blog aku :) memang semua blogger tegar rasa macam tu ke .? Sesuatu aku tulis , yang kadan

Subjek PERCAMPURAN yang MENGECEWAKAN .

Image
Haahh . orang kata mengeluh itu tanda kita tak bersyukur tapi apa mahu buat . .keluhan ini dah terlepas tanpa sengaja tak mampu ditahan . .bukan tanda tak bersyukur cuma rasa argghhhhhh macam mahu dead and gone . Kertas Kimia tadi seriously serupa ayam susah mati ! Pergi sekolah dengan muka serupa apa pun tak tahu sebab aku memang tak tengok cermin masa pergi sekolah . janji tudung tak senget udahla , sebab Cikgu Rosmawati cakap lagi lama kita tengok cermin lagi terserlah kekurangan . Jadi aku tak mahu hilang keyakinan di pagi hari yang indah  .huahuahua . ;)  #Walaupun budak-budak sekolah sekarang ramai yg pergi sekolah macam nak pergi pertandingan ratu cantik .lagi-lagi yg nak carik stok bakal suami kat sekolah . -babe sekolah je pun ! tak yah nak rasa macam duduk kat Upper East Side sangat la . #. .Jangan takut jika wajahmu tidak cantik tapi takutla jika akhlakmu tidak secantik wajahmu .  Okay sambung cerita kat atas tu yang tergendala akibat tuan belog nak tunjuk muka .  Turun

My Real 'BOYFRIENDS' . (Second Date Raya )

Image
Selesai sudah kertas biologi , yang tinggal kertas kimia dan fizik . #Sesungguhnya saya bukanlah seorang yg bercita-cita mahu jadi doktor bedah , atau ahli farmasi atau jurutera . Hanya mahu jadi seorang Doktor Falsafah :) Jumaat lepas 16 september . Hari MALAYSIA . ouh cuti ! memandangkan mood raya masih belum habis , jadi banyak lah rumah yg terbuka dengan hidangan makanan percuma lagi sedap dan menggemukkan . Saya hanya memenuhi jemputan ;) dan menambah lemak tepu .oucchh! Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain .plan lain jadi lain . Kita hanya mampu merancang ,Benarlah hanya Tuhan yg menentukan .  #Dulu masa kecik-kecik beraya dengan ibubapa je ,mana mereka pergi ikut jela . #Masa Form 1 form2 mula belajar raya rumah orang , rumah kawankawan tingkatan semualah . #Bila dah form 5 . rumah mak mentua la , rumah skandal lah , semua nak pergi  .takde dah naik bas ,masing-masing bawa kereta tajaan ibu ayah atau motor tajaan sepenuhnya ibu ayah juga . Okay . gambar semua cr

PERUT AKU BERJAMMING :D

Image
#sedap tak lagu baru kat blog saya . ada rasa macam Rendang Pedas Perak tak .? atau rasa bersalah .? Mida rasa keinsafan dengar lagu tu . sangat menginsafkan . Hari ni sayaa menjawab paper biology dengan sakit perut yang teramat sangat ! ouchhh! seksa gila , dibuatnya hujan rahmat turun mencurah dan dibawah kipas yang berputar laju membuatkan perut aku bukan saja kecut malah berjamming lagu 'Dirty Dancer' . Dalam keadaan yang sangat menyakitkan aku gagah kan jua hati aku dan terus ligat berfikir . takpe perut sakit kepala tak sakit masih boleh berfikir  , tapi perut sakit tak senang hati , bila tak senang hati aku rasa mcam nak lariii~ #masa kat SMKA Kuala Selangor . HKS Negeri 2011 . okay aku je yg posing .kentot betul tapi aku memang suka gambar candid . sebabnya : ada cerita disebaliknya . sebab kadang-kadang gambar posing macam terlalu kaku kerana asyik mencari kesempurnaan . :) Sejenak masa berlalu tiba-tiba aku teringin nak makan Sundae Cornetto . terbayang sudah k

Nama saya ASMI ASMIDAR.

Image
Sebelum saya menarik selimut dan membaca doa tidur saya nak kongsi tentang nama saya .nama penuh ASMI ASMIDAR binti ZAINAL RASHID . #mida tu panggilan manja . midot tu tambahan semata. #Nama saya tidak tergolong dalam kata ganda penuh atau tunggal walaupun ada pengulangan nama ASMI di situ . #Bukan juga ada kena mengena dengan watak Fauziah Ahmad Daud dalam cerita 'Ali Setan' . #banyak panggilan selalu orang panggil tapi . Mida atau Kakak panggilan oleh keluarga tercinta . My real BFF panggil saya Amie . Dan kebanyakannya akan panggil saya Asmi atau Asmidar tak termasuk gelaran yg pelikpelik orang kasi kat saya . entri ni khas untuk pengetahuan am tentang asal usul nama saya :) saya memang sangat gebu masa kecilkecil ^^ #nama saya telah diberi oleh ayah saya yang bernama Zainal Rashid . Ayah orang yang bertanggungjawab memberi nama kepada anak perempuan sulungnya ini :) #Asmi .  -saya selalu tertanya apakah maksudnya . . -satu hari saya telah memunggah bukubuku yang berad

KENTOT dikhalayak ramai sangat tidak SOPAN :)

Image
Mata semakin layu menuntut masa rehat yang diperlukan .Malam semakin gelap menandakan dah lebih jam 12.30 tengah malam .dan aku masih tertanya tentang mimpi semalam . Mimpi . ? Betapa kuatnya pengaruh mimpi yang boleh membuat seseorang itu berkhayal dalam dunia realiti . MIMPI penngaruh psikologi terbesar dalam hidup seseorang dan percayalah kerana hidup anda diselubungi tanda tanya hanya kerana mimpi .jengjengjeng . Kalau tanya aku mimpi apa . ofkoz la aku tak nak bagi tahu .hihi malu . ^^ tapi bukan mimpi basah .teettttt. okay .bye MIMPI sekejap lagi kita jumpa lagi .i konpem i mesti dapat persoalan baru . okay saya rindu dengan mereka . bukan mereka je . mereka-mereka .ramai lagi . gambar ni yang terpilih malam ni . gambar beberapa bulan yang lalu . ouh Tuhan , sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. #kami memang suka bergosip macam ni .bukan mengumpul dosa cuma kami suka berkongsi pahala ;) #masalah , kami kongsi dan selesaikan bersama .  #tekanan kami rasa bersama .  #

MIDA RINDU ;/

Image
Perasaan rindu ini menyinggah dan menebal ketika raya tahun ni saya berjumpa kembali dengan Mak Yang dan sepupu saya yg dah 5 tahun tak jumpa.lama kan . Takdir telah mempertemukan kami kembali. dan setelah saya dapat berbual kembali walaupun melalui Facebook dengan satu-satunya Mak Su saya . Yaa .bila kita rasa rindu itu bermakna waktu berlalu dan nikmatilah waktu bersama mereka yang tersayang kerana waktu itu akan berlalu dan sampai waktu kita akan rindu .namun waktu itu takkan mampu diulang kembali.  Gambar yang atas tu gambar saya dengan arwah atuk . itu masa saya kecil-kecil. Gambar yang bawah tu pulak gambar dengan arwah opah . Saya sangat sayang arwah opah saya .masa kecil opah jaga saya masa pantang . mida takkan lupa . #kenangan seminggu duduk dengan opah kat kampung tahun 2005. #masa mida jaga Opah 2 minggu kat Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping tahun 2006 . Kenangan yg takkan Mida lupakan sampai bilabila . Opah mida rindu ;/ Ini gambar masa saya kecil-kecil .u

SEMANIS KURMA versi Mida BUKAN SEPAH .

Image
Hello peeps .entri ini adalah entri karat versus kasih sayang .  Semalam secara kebetulan saya ditakdirkan untuk menonton rancangan bual bicara SEMANIS KURMA . dulu masa dulu mula tu adalah tengok sekarang jarang dah tengok .sebenarnya rancangan ini bagus sebagai motivasi diri . Kebetulan dan ditakdirkan topik semalam tentang 'DENDAM SEMALAM' .macam kena kat batang hidung sendiri . Tapi saya mahu tegaskan yaa saya bukanlah seorang yang berdendam .yaa memang bukan walaupun keturunan Bugis orangnya garang-garang belaka .  Saya seorang yang mudah memaafkan tapi sukar melupakan .bak kata pepatah Sekali kena , dua kali tahu .  Segala benda yg terjadi saya pasti ianya bersebab , berhikmah dan memberi pengajaran . Tidak kiralah baik atau buruk . Jadi setiap pelajaran yang saya belajar saya simpan dalam kotak memori dan kotak hati serta saya kepilkan sebagai cebisan hidup di antara setiap tajuk dalam cerita hidup saya . Dan saya akan pastikan ending setiap cerita takkan sama dan k

ORANG KETIGA DALAM HATINYA .

Image
Happy Malaysian Days :D Okay malam ni saya nak minta maaf kalau ada salah dan silap . sebab entri kali ini memerlukan tukul dan baldi sebagai persediaan awal . Sebab saya dah mula mengarut dan mula berdrama swasta yang mamapu membuatkan anda menyampah dengan saya . #I do almost everything by myself . I go almost everywhere alone . And I always be so independent .  Sehingga saat ni saya telah dirasuk untuk tiba-tiba merasakan saya perlukan seseorang . . >walaupun sekejap . . >bersama-sama berjalan kaki dengan saya waktu tiada siapa yang nak ambil dan hantar saya . >bersama-sama belajar dan berjaya bersama saya . >text dan call saya bukan pada setiap masa . >teman saya waktu saya kempunan nak makan SUNDAE CORNETTO dan aiskrim yg sewaktu dengannya. >menyanyi duet dengan saya waktu berkaraoke bersama tidak kira di SUPERSTARRR atau di persembahan sekolah atau di kenduri kahwin :) >yang mahu bergambar bersama saya dan print gambar itu dan simpan dalam dompet dia . >

TERDESAK :Jawatan Kosong :)

trial status : tinggal lagi 3 subjek bersamaan 9 paper . :D 'apa yang penting daya usaha' . .I will do my very best .  "Saya tak perlu buktikan apa-apa pada sesiapa . Saya buat perkara yang saya suka ."  #belajar rajin-rajin .do your best .one day became a SUCCESSFUL PERSON and be the change you want in the world girls ! dedicated to the comots ME :) Sangat terdesak .Jawatan KOSONG : *untuk seorang yang mahir dalam subjek additional mathematics. . *seorang yang boleh menerangkan pada saya apa gunanya segala konsep integrate , dy/dx segalaa . *gaji :tidak disediakan . tempat tinggal :sendiri . pengangkutan :sendiri .  (Jika berminat sila hubungi saya dengan segera sebelum SPM bermula .)  #WE ALWAYS LOVE PEOPLE WHO IGNORES US , and IGNORES PEOPLE WHO LOVES US .

Jauh Perjalanan , Luas Permandangan .

Image
Semalam . .jauh mida berjalan . sampai Nilai .kering tak .?  #Kalau saya ada kereta dan boleh bawa kereta tak perlu saya  menunggu Kura-kura Tanah Melayu yang sangat lambat tu . ouh penantian satu penyeksaan . Jauhnya Mida pergi Nilai , pergi mana .? rumah siapa .? Rumah Aunty Azah :) Mak Abang B . its mean mesti la mida jumpa Abang B sekali kan . yeee~ . #Best dapat jumpa aunty azah the owner blog Nothing but Something .hehe. cool tak . #Best dapat jumpa kucingkucing aunty yg comel tu . Saya dan Aunty Azah yang sangat baik hati . (dapat juga peluk cium dari aunty ) . #Kau mampu nyah .? ;p Mida pergi dengan adik . Ina . dah janji dengan dia nak bawa jalan . Jauh derr bawa dia pergi jalan .  Mula-mula dia diam jee dah lelame . .. . . aku pulak yg jadi loner .haha . #TERIMA KASIH banyak-banyak KASIH aunty :)   last but not least . mestilah balik takkan nak duduk sana sampai tak balik balik .itupun nasib baik Abang B nak amik dari KTM dan hantar balik . Terima Kasih yaa awak . tun