Posts

Showing posts from June, 2013

Contengan.

Image
hi qila comel ikssss (bentuk love kali 3 ) lapp kak mida yeayy \(^_-)/ Statement atas ni Aqilah Mohd yang tulis. disebabkan kecomelan beliau yang sayang sangat dengan kak mida dia. Inilah hasil contengan budak yang kononnya berjiwa seni yang dilahirkan tanpa bakat seni . LOL.

Beriman ke aku ni?

Reading Mato's blog . Tiba-tiba . rasa macam kena tampar . Sakit. Tamparan hakikat . Mungkin apa yang dah jadi dua-tiga hari atau kebelakangan ini. buat aku celik. Atau lebih tepat buat hati aku yang dah buta ni celik . Nampaknya aku perlu muhasabah diri. Terlalu mengada terlalu manja . Aku tak sedar ke buat lupa. Allah SWT tu nampak apa kita buat. Dengan siapa kita jumpa. Dengan siapa kita bercakap. Kat mana pun. Bila masa pun . Apa pun dalam kepala dan hati kita . Lupakah atau sengaja buat tak sedar yang Allah SWT tu Maha Tahu. Dia Maha Melihat. Tak rasa ke semua tu. buta ke apa? "sebab tu mudah rasa tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila dihina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling." Be mindful of Allah SWT when you speak your mind. Kata Mato: "Iman tu turun naik. Orang hebat mana sekalipun, akan ada masa dia lemah, dia rasa nak mengalah.Tapi itu bukan alasan untuk Allah dah tak sayang sebab Allah sayanglah ,Allah bagi dia rasa lemah tu" "Aja

Kali Ketiga.

Kali ketiga. kali ketiga yang sangat mengejutkan. Eh....ehhh ehhh ehhhh. Menjerit nama Tuhan dalam hati. Ya Allah ........ Kali ketiga. Iyee . yang ketiga yang mampu di ingat. tahun bertuah kah? Hampir setahun . Tiba-tiba .. da masuk kali ketiga. Gila. Suratan atau kebetulan? Mungkin ada jawapannya pada Kenny, Remy, Martin. Dia tu la yang itu. Yang sumber inspirasi bertahun lalu itu. Yang aku takut nak dekat. yang aku cuba ignore walau ada magnet kutub bertentangan menarik. Erm. Yang aku sedar. tak mungkin rasa ini akan sama. Apa yang aku mengarut ni. erm . lawak je. semua ni mengarut. Ah .potong. Kenapa mesti ada kali ketiga? Kau lupakah sumber inspirasi adalah satu sumber yang boleh diperbaharui. -- Harap tiada lagi yang keempat. walau pun sebenarnya aku harapkan kata bilangan ordinal ini lebih dari hanya kata bilangan . *

Erti Hidup.

Image
ada nampak apa-apa perubahan pada budak yang tak lama lagi nak genap umur 19 tahun ni? mungkin juga. mungkin dia semakin matang. mungkin. Well. I'm reading more books. Lebih banyak buku yang mengkisarkan tentang kisah hidup. Bukan dongengan kisah cinta sinderella semata. Tetapi sesuatu yang lebih dekat dengan hidup. I'm listening to ol'skool songs. I'm listening more to Indie rock. Rock. Metal. Pop. Electronic. Apa saja benda yang berkisar tentang hidup. tentang hidup yang.... Bukanlah "a bed of roses" Tapi ...kata Ayah: Susah dunia bukan neraka, senang dunia bukan syurga. I'm growing up. Mencari matlamat hidup. menjadi lebih baik dari semalam. berjuang demi masa depan. Menikmati masa sekarang. menghadapi perubahan yang susah nak dihadam. menjadi kuat untuk hari esok. mengukir senyum untuk orang sekeliling. dan berjuang . walau ada rasa macam nak jatuh tak nak bangun. Aku tetap kena berjuang. Ada cita yang perlu dicapai. Ada impian perlu dikejar. Ada har

Kenapa?

Selalu sangat air mata ni jatuh sekarang. Cepat sangat hati tersentuh. Cepat sangat rasa kecewa. Cepat sangat rasa sedih. Tahu-tahu dah mengalir . Kenapa eh? Penat mungkin. Sakit. Kecewa. Sedih. Lemah sangat ke aku kerana menangis? Kenapa aku jadi selemah ini? Dulu aku kuat. Cacian makian. Aku teguh . Aku lawan . Tapi kenapa kebelakangan ini? Tak dapat masuk kelas pun nangis? Aku sedih. Aku tak suka nangis depan orang tapi kalau aku ter- Maknanya aku terlalu sedih. Mesti buruk kan muka aku nangis. Kenapa dengan aku?? Malunya. Sorry pada mereka yang melihat aku nangis . Maaf. aku malu. Terima Kasih kepada yang memahami dan berada di sisi. Aqila. Aqilah. Dua-dua penguat semangat. Aku harap aku kuat. La Tahzan . Innallahama'ana. Wahai hati jangan sedih lagi. Bersabar dan bertabahlah . Senyum :)

Hope And Fear (Sebelah Sayap)

Image
aku suka video ni. Sinematografi dia lawa. Memang superb. memang tahap seni yang boleh aku bagi tabik toingtoing. Mesej dari video ini juga sangat kuat. Pernah tak kau rasa kau terlalu berdosa sampai tiada harapan untuk dapat pengampunan? Pernah tak kau rasa malu nak menghadap Tuhan kerana rasa diri kau kotor dan jijik? Pernah tak kau rasa walau air mata darah yang kau keluarkan masih tak cukup nak padam semua dosa? Pernah kau rasa kecewa dan sedih serta putus asa bila masa kau nak berubah persekitaran tak membantu? Pernah kau rasa hampa dengan orang keliling yang hanya tahu bercakap bukan menyokong? Pernah kau rasa sakitnya ditinggalkan orang yang kau peduli dan cipta kenangan hanya kerana kau nak berubah? Pernah juga tak kau rasa tak layak berada bersama mereka yang terlalu soleh dan solehah? Pernah tak kau rasa terlalu rendah diri ? Pernah tak kau rasa terlalu jauh kau perlu berjalan dan berlari untuk mengejar mereka yang makin dekat dengan Tuhan ? Pernah tak saat kau berjumpa st

"Sebalik sesuatu ada sesuatu. Redha"

Image
Assalamualaikum. Lega. Selesai beberapa perkara. Ada orang kata. Everything wil be okay . If it's not that's mean it's not the end yet. Selesai beberapa perkara. dengan pertolongan dariNya juga. Kem untuk adik-adik juga sudah selesai. Biasalah kem kalau ada masalah, ada benda tak jadi. Ada benda tak sempat buat. Biasalah kalau jadi AJK pelaksana. Kalau sakit sikit. Kalau kena marah. Kalau nangis sebab stress. (mungkin aku je kot) Tapi itu semua biasa. What doesn't kill you make you stronger. At the end of the day. You just getting stronger. Cacian makian. Benci. Kepura-puraan. Itu hanya perkara biasa. Kerana kita manusia. Tak sempurna. Mencari kesempurnaan akan hanya membuat kau penat. sakit. Tapi usaha untuk menjadi sempurna akan membantu kau menjadi lebih baik. Ustaz Johani kata: "Sebalik sesuatu ada sesuatu. Redha:) Sangka baik . " Nak mantapkan Iman, Islam , Ihsan . Mantapkan 3 perkara ini pada 5 benda . Roh. Jasad. Akal. Hati. Nafsu. Nak ubat hati ada 5:

A Devoted Student.

Image
Chop! Uniform ni takde simbolik langsung. langsung dengan majalah. Ups. Lupanak bagitahu. Saya AJK Sidang Redaksi Menara Setia 2013. Ini uniform kami. Stail kan? caption terbaik untuk gambar di atas berbunyi seperti ini. Part time 'pilot'. Part time 'security guard'. Part time janitor. Part time writer. Part time designer. Part time runner. Part time kuli. Full time a muslim,a daughter,a friend. Above all. A devoted student. Zurina: Asmi lagi takde life. Pagi sampai petang sekolah. Malam tidur. -,- Nasib badan.  Pernah rasa tak keadaan macam ni . "Asmi ...." "Asmi...." "Asmi...." everyone like.... "Asmi......" kata cikgu Zaiton. Sabarlah. Saham dunia akhirat . Ingat ada keberkatan. Biar aku tulis kat sini. bercerita kat orang mungkin ada yang jemu ada yang menyampah. ada yang bosan. buat gaya teruja walhal dalam hati menyumpah. Manusia. Hati kata , buat kerja orang mungkin kita tak dihargai . Benda yang dianggap remeh dan ke

Aku Maafkan Kamu

Cepatnya aku rasa insekior. Cepat hati aku terasa. Ada masanya aku sangat positif. optimistik. Dan selalunya aku adalah manusia yang sangat pesemis dan negatif. Aku takut pada pandangan dan cakap-cakap orang. Yang sebenarnya tidak langsung membantu tumbesaran. Patutlah aku rendah. Terlalu fikirkan masalah orang mungkin. Mungkin kerana ini hypothalamus tidak dapat menghasilkan hormon tumbesaran dengan baik. Mungkin juga. Atau mungkin faktor genetik. erm. Hakikatnya. aku tak tinggi. Mereka kata rendah itu comel. tapi. Argh... ada saja tapinya.. manusia seperti aku . Sudah sempurna anggota badan juga masih tidak bersyukur. akan nikmat yang diberi . Mampu melihat. mendengar . berjalan. Mahu apa lagi? Cantik yang mndatangkan fitnah.? Aku manusia biasa. Aku manusia yang jujur . Salahkah menjadi jujur? Aku juga manusia biasa. Tak suka orang bercakap belakang. Perlukah kita jadi hipokrit? Aku harap perasaan ini dapat diuruskan dengan zikirullah. Bagi kamu. Jika aku bersalah. maafkan aku . dan

Seronok.

Seronok rasanya menulis. Seronok melihat bakat yang dikurniakan Allah SWT diguna untuk berdakwah. Bakat hebat seperti Hlovate. Penulis blog seperti Mato. Penggiat dakwah seperti Aisyah Shakirah. Membuat hati rasa kagum. Membuat jiwa rasa terpana. Wah! Mampukah aku juga jadi seperti mereka. Atau aku hanya reti menulis tanpa mesej. Tulisan kosong yang sia-sia. Luahan perasaan yang picisan. Dan hanya kata-kata akibat keseronokan dunia yang fana. *

Aku Tak Layak.

aku kagum dengan mereka yang giat menyampaikan dakwah. Bertarbiyah. Hati berbisik. "Kuatnya mereka." "Solehah dan solehnya mereka" "Layakkah aku?" "Mana tempat aku dikalangan mereka" dan paling nyata. "Dimana sebenarnya tempat aku di mata Allah SWT?" hendak menyampaikan tetapi ilmu di dada masih belum cukup. Amalannya masih belum sempurna. Masih banyak yang aku tak tahu. Masih banyak juga yang perlu diperbaiki. Masih lagi merangkak. Masih belum kuat untuk berdiri apatah berjalan dan berlari. Ada seorang kawan suka panggil aku dengan panggilan ini . "Ustazah" Walau bibir hanya senyum dan mengaminkan . Hati berasa malu dan kerdil. Aku sebenarnya ..... tak layak.. *

Instagram .

Image
Instagram . It's cool . I love pictures . I love random pictures . I love music , books, art, fashion . My pictures define me. 

Books . Movies.

Da habis baca ANTHEM . Ked's Story juga. Dua-dua buku ditulis oleh Hlovate yang sangat berbakat. Sangat berharap dapat jumpa dia. dan habis sudah Pelangi by Syud. Pelangi sangat sweet. Buka dah semua buku baru yang berbau kedai . Awak Suka Saya Tak? by Melur Jelita . baru sampai muka surat 2 . sebab kepala masih tak boleh masuk lagi dengan jargon yang jauh beza dari Hlovate. Budak nama Asmi Asmidar ni totally 95% under Hlovate influenced. 1Q84 stuck kat muka surat 9. Susah nak pegang buku ni sebab tebal sangat. Dah habis tengok semua movie dalam lappy . Raise Your Voice. I love the theme song. "Someone's Watching Over Me" The Perfect Man. Wreck it Ralph. Movie ni sangat comel .sangat memberi inspirasi. The Darjeeling Limited. It's actually, nama train kat India . and how I wish I can go to India. Lastly . The Breakfast Club (1985) . Cerita ni dia tak bergerak .tapi .. penceritaan setiap watak .really cool . dan berdasarkan novel Hlovate yang dah baca . saya rasa m

.

tak tahu nak rasa apa . tak tahu nak fikir apa. tak tahu juga nak buat apa. nak menulis tapi idea belum cukup bombastik .ayat masih tunggang langgang. cuti 2minggu rasa macam 2 tahun yang .. kosong . terlampau banyak berangan sampai mamai. Hopeless. Reckless. Helpless. Pointless. Cara nak cari distraction.. Jadi workaholic tak bertempat.