Beriman ke aku ni?

Reading Mato's blog .
Tiba-tiba . rasa macam kena tampar .
Sakit.
Tamparan hakikat .

Mungkin apa yang dah jadi dua-tiga hari atau kebelakangan ini.
buat aku celik.
Atau lebih tepat buat hati aku yang dah buta ni celik .
Nampaknya aku perlu muhasabah diri.
Terlalu mengada terlalu manja .

Aku tak sedar ke buat lupa.
Allah SWT tu nampak apa kita buat.
Dengan siapa kita jumpa. Dengan siapa kita bercakap.
Kat mana pun. Bila masa pun .
Apa pun dalam kepala dan hati kita .
Lupakah atau sengaja buat tak sedar yang Allah SWT tu Maha Tahu.
Dia Maha Melihat.

Tak rasa ke semua tu. buta ke apa?
"sebab tu mudah rasa tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila dihina.
Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling."


Be mindful of Allah SWT when you speak your mind.

Kata Mato:
"Iman tu turun naik. Orang hebat mana sekalipun, akan ada masa dia lemah, dia rasa nak mengalah.Tapi itu bukan alasan untuk Allah dah tak sayang sebab Allah sayanglah ,Allah bagi dia rasa lemah tu"

"Ajaibnya urusan orang beriman, apabila mereka diuji, mereka bersabar, dan bila diberi nikmat , mereka bersyukur"

Beriman ke aku ni ? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.

Surah Al-Mulk 13.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

***

Aku harap esok akan jadi lebih baik dari hari ini.
Aku harap aku akan kembali menjadi kuat.

"Ya Allah aku tak mampu menghadapi semua ini tanpa pertolonganMu"

Cukuplah Allah sebagai penolong, sebagai pelindung. Sebaik-baik penolong. sebaik-baik pelindung.

Masa terlalai itulah aku jatuh. Masa cuai itulah aku lemah.
Kerana terlupa la Allah SWT uji.

Perjuangan sebenar mendapatkan keredhaan Ilahi.
Bukan menjadi hebat di depan manusia.

Bersabar dan bertabahlah hati.
Yakinlah Allah SWT Maha Melihat.Maha Mendengar.Maha Mengetahui.

cocnclusion: sedang belajar dan berusaha menjadi andamantium


*

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016