Posts

Showing posts from July, 2011

INDAHNYA CINTA (CERITA DUA)

Hari Jumaat datang lagi . .Sekejap benar waktu itu berlalu . Hari tu cerita satu kisah Nabi Adam dan Siti Hawa . .Kali ni kita pergi jauh sikit . bercerita tentang BIDADARI SYURGA :) Si Yatim dan Ainul Mardiyah. "Benarkah Allah membeli diri dan harta orang Islam dengan bayaran syurga?"tanya seorang anak muda kepada Abdul Wahid. Anak muda itu berusia lima belas tahun dan baru shaja menjadi anak yatim piatu. Dia adalah pewaris tunggal seluruh harta yang ditinggalkan. "Ya, benar!" "Sekiranya begitu , tuan menjadi saksi saya sekarang menjual diri dan harta saya kepada Allah ,"kata anak muda itu dengan mata bersinar-sinar. "Tajam mata pedang itu terlalu berat bagi saudara yang masih terlalu muda. Saya bimbang, sekiranya saudara tidak mampu menghadapinya dan tidak terdaya meneruskan perjalanan itu ," kata Abdul Wahid. Tangannya mengusap kepala anak muda di sebelahnya. "Saya menjualkan diri dan harta ke jalan Allah bagi mendapat ganjaran syurga

INDAHNYA CINTA (CERITA SATU)

Kita mungkin acap kali dan mesti tahu cerita bagaimana Nabi Adam dan Siti Hawa dibuang ke BUMI. Tapi kita mesti jarang untuk tahu bagaimana mereka BERKAHWIN . .jadi . .Saya kongsi ini agar kita mengetahui KISAH CINTA AGUNG yg jarang kita dengar ini agar kita mengetahui . . PERNIKAHAN AGUNG Nabi Adam hidup bersendirian di syurga, menikmati keindahan taman-tamannya.Beliau merasakan seperti sesuatu yang kurang. Tanpa meluahkan perasaan sepi , Allah yang maha tahu menyediakan seseorang sebagai teman baginya. Semasa Nabi Adam lena di tempat beradu , Allah mengarahkan malaikat mencabut tulang rusuk di sebelah kiri badan Nabi Adam secara perlahan-lahan supaya beliau tidak mengalami kesakitan. Dengan kuasa Allah yang maha berkuasa, apabila disebut 'Kun' , maka jadilah yang dikehendakinya. "Kun!" Tercipta seorang manusia yang diberi nama Hawa, berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Wanita yang sempurna kecantikan rupa paras dan budi pekertinya. Dia adalah manusia kedua

SAYA TRANSFORMERS(EDISI KHAS SUKAN)

Image
Umum mengetahui serentak 1MALAYSIA beertarikh 2 JULAI dijalankan acara 1SUKAN 1MURID 1MALAYSIA . . . dan sekolah tercinta SMK Gombak Setia pada hari yang sama juga buat sukan tahunan . . jadi , tahun ni entah kenapa dan mengapa . ( mungkin sebab tahun akhir ) aku dengan rajinnya . .join larian 1MALAYSIA ni(antara sebab lain .nak kumpul sijil ). .dan sebab utama . .nak tambah perencah semangat untuk PEBARISAN rumah sukan . . . gila kentang tak kentang . .latihan cuma seminggu . .raptai cuma sehari . . dan semuanya mcm telur dihujung tanduk (walllaweyh) *ayat buku . . . Dan berbekalkan keyakinan kepada diri sendiri yg hakikatnya tak pernah memimpin pasukan kawad . . .ALHAMDULLILAH kejayaan dapat dicapai ! okay. pagi-pagi dah lari . .alahaii , pusing satu sekolah je jep . . dalam 1.5km . . mmg berkurun .last sekali lari masa form2 .dan sejak tragedi dengan BUDAK RAGBI!! (yg dah kena bubar.) .aku dah tak mahu lari lagi .dan disebabkan . .semua budak ragbi tu dah ta