INDAHNYA CINTA (CERITA DUA)

Hari Jumaat datang lagi . .Sekejap benar waktu itu berlalu . Hari tu cerita satu kisah Nabi Adam dan Siti Hawa . .Kali ni kita pergi jauh sikit . bercerita tentang BIDADARI SYURGA :)

Si Yatim dan Ainul Mardiyah.

"Benarkah Allah membeli diri dan harta orang Islam dengan bayaran syurga?"tanya seorang anak muda kepada Abdul Wahid.

Anak muda itu berusia lima belas tahun dan baru shaja menjadi anak yatim piatu. Dia adalah pewaris tunggal seluruh harta yang ditinggalkan.

"Ya, benar!"

"Sekiranya begitu , tuan menjadi saksi saya sekarang menjual diri dan harta saya kepada Allah ,"kata anak muda itu dengan mata bersinar-sinar.

"Tajam mata pedang itu terlalu berat bagi saudara yang masih terlalu muda. Saya bimbang, sekiranya saudara tidak mampu menghadapinya dan tidak terdaya meneruskan perjalanan itu ," kata Abdul Wahid. Tangannya mengusap kepala anak muda di sebelahnya.

"Saya menjualkan diri dan harta ke jalan Allah bagi mendapat ganjaran syurga dan sya lemah?"

Anak muda itu menggelengkan kepalanya beberapa kali sedang mereka yang lain menumpukan perhatian kepadanya dan Abdul Wahid. Dia kembali menoleh dan merenung tepat ke wajah Abdul Wahid. "Saksikanlah sekali lagi saya menjual diri dan harta ke jalan Allah!"

Tiba-tiba, anak yatim itu bingkas bangun meninggalkan majlis para pejuang sehingga semua hadirin tertanya-tanya sesama sendiri."Ke mana pula perginya?"

Buat seketika, menghilangkan diri . Abdul Wahid meneruskan perbincangan mereka semula. Sebentar kemudian anak muda yang berusia lima belas tahun itu muncul semula dengan membawa harta peninggalan orang tuanya.

"Inilah harta yang saya miliki."

Orang ramai yang ada di situ mula mengeremuni mereka.

"Saya simpan sebilah pedang dan seekor kuda supaya dapat turut ke medan perang!"

Abdul Wahid dan sekalian yang berada di situ terpegun mendengar kata-kata anak muda belasan tahun itu. Beliau menerima pemberian anak yatim itu sebagaimana yang diiginkan. Selepas itu , majlis pertemuan itu berakhir.

Pagi Isnin yang dinanti tiba. Abdul Wahid menarik kudanya ke halaman sambil menunggu anak buahnya. Tiba-tiba , Abdul Wahid mendengar satu suara lembut memeberi ucapan salam dibelakangnya. Beliau tersentak.

"Oh! saudara benar-benar bersedia ke medan perang?"

Laungan Allahu Akbar mula bergema memecah sunyi pagi Isnin menandakan pasukan tentera Islam berangkat ke medan perang. Deretan kuda para pejuang bergerak meninggalkan kota itu perlahan-lahan. Sanak saudara dan sahbat handai mengiringi mereka sehingga ke hujung kota.

Sepanjang perjalanan , anak muda itu ringan tulang. Dia membantu menyediakan makanan , memerah susu kambing dan memasak bagi para pejuang yang rata-ratanya sebaya usia ayahnya. Dialah satu-satunya pejuang termuda di kalangan tentera Islam. Pada siang hari , dia berpuasa manakala pada malamnya dipenuhkan dengan berzikir dan membaca kitab al-Quran.

Akhirnya , perjalanan mereka yang berhari-hari itu tiba di sempadan Rom. "Kita berkhemah di sini!" jerit Abdul Wahid memberi arahab kepada tentera-tentera Islam.

Pada suatu pagi , tiba-tiba , anak muda itu berlari-lari ke khemah Abdul Wahid. Dia duduk sambil tercungap-cungap di samping Abdul Wahid. Beliau dikelilingi beberapa orang tentera lain. "Oh , dengarlah apa yang mahu saya ceritakan ini."

Wajanya kebingungan. "Sebentar tadi saya bermimpi didatangi seorang lelaki tua dan dia mengajak saya menemui Ainul Mardiyah!"

"Bertenanglah , anak muda. Ceritakan dengan jelas mimpi saudara itu ," kata Abdul Wahid sengaja meluangkan masanya bagi mendengar cerita anak muda itu.

"Begini , saya dibawa oleh lelaki tua itu ke sebuah taman yang indah di tepi sebuah sungai. Banyak gadi-gadis cantik di situ. Mereka memakai berbagai-bagai jenis perhiasan yang berkilauan. Saya memeberi salam dan bertanya siapakah antara mereka bernama Ainul Mardiyah? Salah seorang daripada mereka bersuara, menyuruh saya terus berjalan di taman yang seterusnya. Taman yang saya temui itu lebih indah terletak di tepi sebatang sungai susu. Gadis-gadis lagi soalan yang sama. Mereka menggelengkan kepala dan menyuruh saya ke taman berikutnya.

Saya berjalan lagi sehingga tiba di sebuah taman yang lebih cantik di tepi sebatang sungai anggur. Gadis-gadis di situ lebih cantik malah memakai perhiasan yang sungguh indah. Saya bertanya soalan yang sama . Salah seorang daripada mereka memeberitahu mereka hanyalah pelayan-pelayan Ainul Mardiyah. Terus berjalan hadapan . Mereka menyuruh saya terus melangkah. Akhirnya, saya tiba di sebuah khemah yang diperbuat dariapda permata yang berlubang. Ada seorang gadis cantik berdiri di tepi khemah itu. Dia tersenyum kepada saya lalu menjenguk ke dalam khemah dan berkata , 'Suami kamu sudah sampai.

Kemudian , saya dipersilakan masuk ke dalam khemah itu. Di dalamnya, ada seorang gadis yang sungguh cantik. Tidak dapat saya gambarkan kecantikannya. Dia dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang berkilauan. Gadis itu adalah Ainul Mardiyah. Dia berkata, 'Selamat datang suamiku , pertemuan antara kita semakin hampir."

"Apakh yang berlaku seterusnya?" tanya salah seorang tentera yang tekun mendengarnya.

"Saya segera mendekatinya dan ingin memeluknya tetapi dia menolak lembut. Katanya , 'Bersabarlah kerana kamu masih hidup di dunia, tetapi malam ini saya menunggu kamu berbuka puasa bersama-sama."

"Oh , saya tidak sabar bertemu dengannya semasa berbuka puasa lewat petang ini!" kata naka muda itu lagi.

"Bersabarlah," kata Abdul Wahid sambil mengusap kepala anak muda itu.

"Musuh Allah sudah muncul!" jerit pengawal yang bertugas menghentikan cerita anak yatim berkaitan dengan mimpinya.

Abdul Wahid segera memeberi arahan sebagaimana yang dirancangkan. Beliau memang terkenal dengan bijaknya menyusun strategi perang. Anak muda yatim itu tidak mahu ketinggalan."Inilah peluang untuk saya sertai."

"Allahu akbar!" laungan pembakar semangat kalimah agung mula kedengaran di pihak tentera Islam beberapa kali .Ia saling bersahut-sahutan memebuatkan tentera mula meremang bulu roma!

Tiba-tiba , sebatang panah singgah ke dada anak muda yang menjual harta dan dirinya itu. Dia tidak mampu lagi menghayun pedang . Tali kudanya perlahan-lahan terlepas daripada genggaman tanganya. Tangannya semakin terkulai lemah. Darah mula menghambur keluar.

"Oh!" Abdul Wahid memacu kuda ke arah anak muda itu . Wajahnya pucat seolah-olah tidak pernah berhadapan dengan situasi kematian.

"Allahu akbar!" serentak bergema menandakan berakhirnya sebuah peperangan . Semua para pejuang berkejaran mendapatkan Abdul Wahid dan anak muda yang masih di ribaanya itu.

"Minum air ini!" kata Abdul Wahid mendekatkan bekas air ke bibir anak muda itu.

Anak muda yang cedera parah berlumuran darah itu menggelengkan kepala. Suaranya tersekat-sekat berbisik menuturkan sesuatu. "Saya. . mahu. . .meneruskan puasa dan . . . berbuka puasa. . Ainul Mardiyah!"

Sebak Abdul Wahid mendengar kata-kata anak muda yang disayanginya itu. Dipeluknya dengan linangan air mata yang mengalir tanpa henti . Tentera-tentera Islam turut murung dan berkata hiba. Namun , pemuda yang semakin tenat itu merenung wajah orang yang dimuliakan olehnya lalu melontarkan senyuman indah. Bibirnya berusaha menuturkan sesuatu.

"Terima kasih kerana. . .memeberi. . . peluang kepada saya. . .bagi menyertai peperangan ini sehingga saya diberitahu menjualkan diri dan harta saya itu berhasil dan amat menguntungkan."

Abdul wahid dan tentera-tenteranya tidak terdaya menahan sebak. Air mata mengalir deras memebalas senyuman anak muda yang semakin tenat di ribaanya apabila renungan mata itu tidak bergerak lagi. Hanya bibirnya bergerak lemah melafazkan , "Lailahaillah. . ."

"Innalillahi wainna ilaihi roojiuun. ."Abdul Wahid merangkul kuat tubuh anak muda kesayangannya itu.

Rohnya terbang menemui Ainul Mardiyah yang menunggunya untuk bersama-sama berbuka puasa. Mereka mendongak ke dada langit yang semakin berubah kemerah-merahan seolah-olah mengiringi pemergian seorang yang amat dicintai.

#Indahnya ganjaran kepada mereka yang berjihad ke jalan Allah .

*creditedto:Indahnya Cinta:KISAH-KISAH KEKASIH ALLAH.(EZZE RAHMANI)*

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016