Posts

Showing posts from September, 2017

Sebuah Catatan: Tenat

Aku menaip dengan penuh emosi berkecamuk. Melawan kata-kata yang berada di minda aku sendiri. Yang berselirat antara ruang ed, ego dan superego. Tidak berhenti bersuara menggambarkan riuh yang tak mampu aku senyapkan. Di ruang kecil aku cuba bernafas dia antara riuh ini. Di antara mengalah, teruskan dan biarkan. Melawan dan berperang antaranya. Terasa semakin tenat jiwa ini melawan. Kalaulah dapat aku lukiskan keriuhan ini untuk dilihatkan agar kau faham dan dengar. Agar ada tangan yang dihulur membawa aku pergi jauh dari sini. Sudut ini terlalu sempit untuk aku bernafas. Aku masih belum lemas. Tapi aku tenat. Aku harap segera datangkan bantuan kerana aku sudah penat untuk melawan.