Sebuah Catatan: Tenat
Aku menaip dengan penuh emosi berkecamuk. Melawan kata-kata
yang berada di minda aku sendiri. Yang berselirat antara ruang ed, ego dan superego. Tidak berhenti bersuara
menggambarkan riuh yang tak mampu aku senyapkan. Di ruang kecil aku cuba
bernafas dia antara riuh ini. Di antara mengalah, teruskan dan biarkan. Melawan
dan berperang antaranya. Terasa semakin tenat jiwa ini melawan. Kalaulah dapat
aku lukiskan keriuhan ini untuk dilihatkan agar kau faham dan dengar. Agar ada
tangan yang dihulur membawa aku pergi jauh dari sini. Sudut ini terlalu sempit
untuk aku bernafas. Aku masih belum lemas. Tapi aku tenat. Aku harap segera
datangkan bantuan kerana aku sudah penat untuk melawan.
Comments