Posts

Showing posts from July, 2013

Cerpen: Saja Cuba-cuba :)

Aku melangkahkan kaki selaju mungkin. Sebab awan nampak berarak kelabu. Petir berdentum. Dulu, aku selalu takut hujan. Bila hujan kita mengeluh, bila hujan je kita merungut. Lagi-lagi budak sekolah. Kita risau baju basah, kasut basah, buku basah. Kita lupa hujan itu rahmat. Selepas hujanlah tumbuh pelbagai flora. Kerana hujan itu dunia ini dipenuhi warna. Kini, selepas memahami hujan. Aku hanya mampu berdoa, agar urusan dipermudahkan dan hujan yang turun ini membawa rahmat. Ceh, ayat sangat falsafah. Sampai saja di bank, aku terus tekan nombor. Tapi hari ni ajaib, atau hari bertuah? Selalu hari Isnin ramai orang. Ini kosong. Mudah urusan. Alhamdulillah.  Lihat jam. Eh, awal lagi.  Singgah MPH.   Aku nak cari satu majalah ni, majalah Dewan Kosmik. Tapi tiada. Dah berapa kedai aku cari. Memang majalah ni tak jual kat pasaran ke apa? Okay. Setelah agak penat bermain explorace ,aku berputus asa. Aku melangkah ke sudut yang terletak buku FIXI dari rak atas sampai bawah. Fuhh

3 Wishes

Main truth or dare. Soalan truth berbunyi yang memerlukan jawapan kepada apakah 3 permintaan aku. 1. I want to die before everyone I love dies. (moga dalam husnul khotimah. susulan kepada soalan My worst fear: Hilang orang yang aku sayang) 2. Make everyone that I love happy. (semua. Semua yang aku sayang terutama ibu ayah) 3. Travell all around the world. (melihat kebesaran Allah SWT. belajar dan belajar)

Review: MURTAD

Image
Salam folks. Ini review buku kedua. Novel kedua yang aku review.( Konon macam expert) ialah novel MURTAD tulisan Hasrul Rizwan terbitan FIXI. Buku ni pula gua beli kat MPH dengan lagi 2buku iaitu HEROIN dan Kopi-ah. sebelum tu aku nak cakap yang buku FIXI kool. Tajuk dia cuma guna satu perkataan je. Tapi aku masih belum beli SUMBAT walaupun cover macaroons yang berwarna-warni tu sangat tempting. Mungkin sebab takut terliur bila baca jadi hajat tu ditunda dulu. Berdasarkan tajuk hampa rasa MURTAD ni cerita pasai apa?(saja guna loghat Kedah ambik mood) Cerita tentang si kembar hensem Adam dan Akhil yang kerja mereka membunuh orang yang MURTAD. Mereka di upah oleh Mr.T yang mereka tak pernah kenal. Mereka dapat duduk kat rumah besaq dan pakai kereta besaq. Bahasa yang digunakan best, dan perbualan antara Adam dan Akhil lagi lah best. Dalam loghat Kedah. Mereka kembar seiras berasal dari Kedah. Cerita mereka bermula bila mereka datang ke kota raya Kuala Lumpur seperti anak

Review : Awek Chuck Taylor by Nami Cob Nobbler

Image
Holla. Lepas ni gua nak buat review. Nak bagi blog ni lebih berinformatif dan interaktif. Ho ho. Review buat pertama kali tentang buku Awek Chuck Taylor tulisan Nami Cob Nobbler. Aku beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa 1 Mei hari tu. Masa tu lepas beli buku Hlovate, Anthem. Keluar je dari dewan tu terus Nampak booth Lejen Press. Sebelum ni aku ada lah ternampak beberapa buku Lejen Press. Buku-buku dorang menarik perhatian sebab cover dia lawa. Buku yang menarik perhatian aku buat pertama kali kat MPH ialah buku SUMBAT. Tapi masa tu tak dan lah nak beli kan. Sebab macam pelik. Yes. I did judge the book by it's cover. Bukan kita semua buat benda sama ke? Masa kat booth Lejen Press, pusing-pusing sampai rambang mata nak beli buku apa. Mula-mula nak ambil buku KLCC, tapi bila tengok koleksi cerpen. Tak jadi. Cari lagi. Tengok cover Awek Chuck Taylor menarik. Terselak. Nampak perkataan STPM. Cool! Masa tu terus ambil je.  Dan selepas baca buku Awek Ch

Adamantium.

Salam folks. Da 12 Ramadan 1434. Cepat kan. Zaman Sahabat, bila Ramadan nak pergi semua nangis. Zaman akhir ni, orang duk kira bila nak raya. Orang lagi sibuk nak beli baju raya, berebut beli tudung fareeda. dari berebut nak dapat pahala berganda. Allah SWT dah kabulkan permintaan kita untuk merasa Ramadan. Tugas kita? Hargailah :) Selamat Beramal :'D -- "Apa adamantium?" "Google la. I dapat perkataan tu dari novel Hlovate Anthem." From wikipedia, the free encyclopedia Adamantium is an indestructible metal alloy in the Marvel Comics Universe. It is best known for being the substance bonded to character Wolverine's skeleton and bone claws. Ouh. Okay. Adamantium : adj adamant(the derived adjective adamantine) The adjective has long been used to refer to the property of impregnable, diamondlike hardness, or to describe a very firm/resolute position (e.g.  He adamantly refused to leave ). The noun  adamant  has long been used to designate any impenetrably or uny

Dah Okay :)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) ,jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imran:139) Cikgu Azhar: Dah puas hati dah? Me: La hawla wa la quwatta illa billah cikgu. Takkan saya nak nangis je. Most everyone : dah okay dah ? Cikgu Laila bagi tahu Ibu : Hari ni saya masuk kelas tengok dia dah okay dah. Cikgu Zaiton : dah dah tak payah fikir . Hidup perlu diteruskan. Terima Kasih la semua. Terharu nih. Sangat terharu. Tak saya tak nanges dah. Malu sebenarnya nanges depan orang. tapi sedih sangat. Terima Kasih yang tak putus beri semangat. Cikgu Zai ku sayang, Aqila, Aqilah, Maryam. Semua la. kalau nak sebut nama ni penuh satu blog :P Terima Kasih Atila sebab call. Sebab kenal betul kawan kau ni hehe:) "Tengoklah, aku habis bulan 12. sebab nak repeat. awal bulan 12." "Then, aku nak curik kau. jadi lao she' aku untuk buat blog" "Insha Allah. lepas tu aku n

Jatuh gedebuk.

Holla Betul la macam kata Diana dengan Syiqin aku dah macam orang mati laki. Jumpa cikgu je nangis. Kelakar pun ada rasanya. Tapi memang betul pun, orang lain takde la teruk macam aku walaupun keputusan aku taklah teruk mana pun. Tak teruk tapi tak memenuhi apa yang diharapkan. Itu teruk. Tak kisah pun bila orang kata macam mati laki sebab… aku bukannya ada boifren yang aku nak tangisi kalau klash, aku pun bukannya ada kerash yang aku rasa remuk jiwa raga andai kata orang tu berpunya. Hidup aku kisah aku . Hanya sebagai devoted student. Hidup aku sekolah, rumah. Kawan-kawan ,cikgu, Family. Jadi kalau cakap mati laki pun aku redha je. Sebab aku memang ada rasa separuh jiwakuuuu pergiii. Ini life aku kot, cinta hati pengarang jantung, harapan untuk terbang tinggi. Memang la da macam zombie berjalan tengah bazaar pun ada tadi. Memang dah tak tengok orang.  Memang dah macam orang meroyan. Ngeri kalau tengok. Aku tengok diri sendiri pun takut. “Kalau kita berharap terlalu tinggi, terl

19.

9- belas. angka belas yang terakhir. lepas ni takde teen lagi .. semua puluh. usia da nak menjejak angka puluh. 19 . yang tak tahu Allah SWT terima tak taubat. yang tak tahu . ada ke umur puluhan. yang tak tahu banyak dosa ke pahala. Apa aku nak buat ? da 19 kan. baca 19 buku . nak cuba 19 makanan baru. nak pergi 19 tempat baru. nak buat apa lagi yang 19. cadangan? masuk dalam peti. Semoga. Semoga bertambah iman. Semoga sihat selalu. Semoga dipermudahkan urusan. Semoga istiqamah. Semoga zuhud. Semoga tercapai cita-cita 4 flat. Semoga tercapai cita-cita menjadi wanita solehah. Semoga menjadi adamantium. Semoga tercapai segala yang semoga. Syukur. Masih diberi nafas. Syukur. Dipanjangkan umur. Syukur dengan segala nikmat. Syukur. Jadilah orang yang bersyukur. Terima Kasih. kepada cikgu Zaiton, cikgu Laila,cikgu Azu yang nyanyi pagi-pagi. kepada adik-adik yang nyanyi lagu ritma U dibelakang termasuk ubi kayu dan lembu. kepada murnians yang nyanyi "Allah selamatkan Timun&