Posts

Showing posts from October, 2020

Dear Future Husband

Image
18.10.2020. Kali keenam tarikh ini memberi makna. 6 tahun lalu di mana bermulanya cerita tentang kita. Jika 5 tahun yang lepas pada tarikh ini kamu hanya seorang teman lelaki. Pada tahun ini, kamu bergelar tunang. Officially it has been two months already. Kelakar sebab masa mula bercinta pun masing-masing tak pernah keluar soalan cliche seperti "mahukah kamu menjadi teman wanita/teman lelaki" it just happens. Sebab itulah sehingga hari ini, tarikh ini yang kita rai kerana masing-masing tak tahu saat tepat kita sudah jatuh cinta. Macam juga soal kahwin, takde jambangan bunga mahal berlatar belakangkan restoran mewah. Hanya pesanan Whatsapp "tahun depan kita tunang mau?" semudah itu. Seminggu sebelum ulang tahun aku dengan mudahnya kamu menghantar pesanan melalui Whatsapp "masa birthday you I cuti, kita pergi beli cincin" . Mudah bagi aku tapi entah berapa kali agaknya fikiran kamu terganggu memikirkan bila waktu yang sesuai untuk menghalalkan cerita kita.