Dear Future Husband
18.10.2020. Kali keenam tarikh ini memberi makna. 6 tahun lalu di mana bermulanya cerita tentang kita. Jika 5 tahun yang lepas pada tarikh ini kamu hanya seorang teman lelaki. Pada tahun ini, kamu bergelar tunang. Officially it has been two months already. Kelakar sebab masa mula bercinta pun masing-masing tak pernah keluar soalan cliche seperti "mahukah kamu menjadi teman wanita/teman lelaki" it just happens. Sebab itulah sehingga hari ini, tarikh ini yang kita rai kerana masing-masing tak tahu saat tepat kita sudah jatuh cinta. Macam juga soal kahwin, takde jambangan bunga mahal berlatar belakangkan restoran mewah. Hanya pesanan Whatsapp "tahun depan kita tunang mau?" semudah itu. Seminggu sebelum ulang tahun aku dengan mudahnya kamu menghantar pesanan melalui Whatsapp "masa birthday you I cuti, kita pergi beli cincin". Mudah bagi aku tapi entah berapa kali agaknya fikiran kamu terganggu memikirkan bila waktu yang sesuai untuk menghalalkan cerita kita. Lagi berapa bulan sahaja tinggal sebelum kita memulakan fasa kehidupan yang baharu bersama. Terima kasih kerana berpegang pada janji. Terima kasih bagi hadiah birthday ke 26 yang bermakna.
Di kesempatan ini, aku ingin kamu tahu aku bersedia berada di sisi. Kekal di sisi buat selamanya, mungkin sedetik lebih dari selamanya. Aku ingin kamu tahu aku mahu Tuhan redha dengan cerita cinta kita. Ketersediaan pasti tidak akan hadir sepenuhnya, tapi aku bersedia menerima kurang lebih kamu dan bersama belajar menjadi lebih baik. Bersama kamu, mengajarkan aku mencintai dan menyayangi tanpa sedikit pun mengurangi rasa cinta dan sayang pada diri aku. Kamu adalah insan yang tak pernah aku duga hadir dalam hidup aku tapi kehadiran kamu merubah segalanya. Moga dipermudahkan segala urusan kita mendatang ini. Semoga Tuhan dan semesta merestui usaha kita menghalalkan cerita ini. Dan jika semuanya berjalan seperti yang direncana, tahun depan pada tarikh ini kamu bukan hanya teman lelaki atau tunangan tapi kamu seorang suami. Dengan ini, saya akhiri post ini dengan ucapan selamat ulangtahun permulaan cerita kita, Muhamad Syapei. Nanti, kita akan cerita tentang hari ini.
Comments
salam perkenalan dari www.iamfuzy.com