Posts

Showing posts from 2013

2014. Tahun ke-5

Tahun ke lima dah blogging. Tahun ke lima dah sampai masa nak rebranding blog ni. ahaks. Dah sampai tahap masuk umur twenty-series maka . tak perlu dah blog penuh dengan segala benda-benda comel tak sudah aha. Let's do minimalist. Lebihkan isi. *Lagipun yang sedang ada ni tak boleh edit dah. kena format juga. Jadi bersedialah dengan layout dah tak seberapa lepas ni. 

Perginya Seorang Adik dan Sahabat.

Image
Tanggal 30 Disember 2013 bersamaan 26 Safar 1435 hari Isnin. Seorang yang aku anggap adik pergi meninggalkan aku dan semua isi dunia buat selama-lamanya.  Godek fail 2012 jumpa gambar ni. Ini gambar 2012 masa aku mula masuk tingkatan 6. Masa tu kamera yang aku ada sekarang baru lagi.. Jumpa Diba dekat kantin. Terus tangkap gambar dengan dia..  Adibah Nor Khairy.. Seorang kawan yang dihormati, seorang pelajar yang disenangi, seorang adik yang disayangi dan seorang mujahidah yang dirindui. Adibah was a very good girl and strong mujahidah. Nak kata kami rapat bolehla. sebagai seorang kakak. Adibah aku anggap macam adik. Dia salah seorang antara ramai adik aku yg kat sekolah yg jumpa.akan tegur... "Kak Asmi, lama tak jumpa" dan terus peluk.. Adibah dulu selalu call atau text.. "Akak free tak..I need to talk to you" bila dia rasa down atau rasa berat sangat ..ada masanya dia cari aku cerita dan minta pendapat.. Dan dia tak pernah jemu sampaikan dakwah dia.. Setiap

"LOVE CAN MELT A FROZEN HEART"

May peace be upon you fellas. Last updated was on October 9. Now is Dec 26. How fast time flies. I've been too "busy" to update my blog. Rindunya nak menulis... Last October - Dec 2: I'm too busy with my exam. Memang takde masa la nak menghadap blog ni tulis semua benda. Bila tak sempat nak update blog. Maka penuhlah Instagram. Kesimpulan dari bulan dan hari yang tak diupdate. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Mungkin ada sedikit pergelutan. Tapi itu perkara biasa..Pergelutan yang setakat ini belum ada nyawa yang terkorban. Mungkin rasa banyak yang terkorban. Tapi itu kan lumrah. Selepas exam..masih busy dengan itu ini.. Masih tak duduk diam kat rumah. Masih lagi pelawat tetap sekolah. Mungkin hari ini mungkin esok akan jadi hari terakhir. Siapa tahu. Komitmen lain masih belum ada. huh--Masih mencari kerja untuk 8 bulan akan datang. Mungkin menjadi seorang guru ganti atau apa-apa kerja lain yang masih belum dicari gali mana lubangnya.-- Sementara tu. Seme

Event: Tempatan Fest 3.0 & Exhibition Zanubah Hamzah

Image
Hello folks.  Aku tak habis lagi cerita pasal event.  Memang gaya aku dah macam tulis diari dah. Heeehh.  Tak habis lagi nak menjoyah ni.  Sabtu lepas, ada dua event aku nak pergi. Memula tak sangka nak dapat pergi. Dah takdir Tuhan kan. Rezeki aku nak pergi Alhamdulillah. Kalau Tuhan nak beri nikmat, macam-macam cara dia bagi. Kalau dia nak bagi dugaan pun boleh datang pelbagai cara, dan kalau dia nak selesaikan pun selalu dalam cara tak kita sangka. Apa kita kena buat. Minta pada Dia. Dia mesti bagi. Allah SWT berfirman bermaksud : Mintalah padaKu nescaya akan Aku perkenankan.  Ada dua event aku pergi.  Event: Tempatan Fest 3.0 & Solo Exhibition Zanubah Hamzah Venue: Dataran DDEC, Jalan Kia Peng & MaTic Art Gallery Date: 5&6 Oktober & 1-30 Oktober Aku tak sangka dapat pergi. Juja dan Zack yang bawa. Jadi sepanjang hari Sabtu aku spend masa dengan dia orang. Terima Kasih la Juja sayang sebab jadi savior waktu I dah habis semua kutu ata

Event: Kaed Fest, UIA

Image
Assalamualaikum. Hai. Selepas Art For Grabs, 2 hari lepastu kita orang pergi event lain pula. Sebab ada FIXI dengan Lejen Press. Lagipun UIA tu takdela jauh mana pun dengan tempat kita orang. Hee. Event: Kaed Fest Venue: Kaed Gallery, UIA Date: 1-5 Oktober 2013 Pengalaman best sepanjang di Art for Grabs yang aku takkan lupakan ialah, orang-orang yang kami jumpa sangat peramah dan sporting. They so cool and nice. Hampir semua, takde orang yang sombong. Tak kisah la walaupun mereka seorang penulis hebat ke apa. They so humble. Kita orang pergi Kaed Fest semata-mata nak beli FIXI dan Lejen Press. Sampai sana terus pergi booth FIXI, lepas tu aku rasa macam kenal je abang pakai spek yang jaga booth tu. Eh, macam abang yang kat Art For Grabs hari tu je. Aku kan peramah sikit, aku  pun tegurla. “Hi bang.” Gaya macam dah lama kenal je.  “Ingat kita orang lagi tak? Yang kat Art For Grabs tu?” “Eh, korang. Bukan haritu korang dah borong ke?” “Tak habis lagi kot. Hari tu dia*Mary , s

Event : Art For Grabs

Image
Peace be upon you. Hi. Rasanya dah lama juga aku tak update gaya-gaya joyah ni. sebab sebenarnya takde apa pun nak cerita. Kalau ada pun bentuk puisi perasaan yang perasan. Life been kind. Study been good. Everything else just fine. Sekarang ni joyah nak bercerita yaa. Sejak dua tiga menjak berjinak dengan dunia underground ni macam-macam benda aku explore. termasuklah event semua. Ada gak la rasa macam budak baru belajar nak lihat dunia, selama ni jadi anak dara pingitan je duduk rumah. uhuksss. haha. Kalau ikut sejarah hidup, inilah pertama kali aku join event ala-ala underground ni. Serius. Cakapla aku ni macam katak bawah tempurung ke apa. Tapi hakikatnya gitu. Umur dah 19 tahun baru nak tengok dunia. Belum dunia lagi, ini baru Kuala Lumpur. Jadi stranger dekat bandar sendiri. Event: Art For Grabs. Venue: Annexe Gallery, Central Market. Date: 28 September 2013 Jadinya inilah muka budak yang baru kali kedua jejak kaki kat Pasar Seni. Buat malu je, agak-agaknya pelan

KASUT.

Semua yang ada di media sosial  terlalu kejam untuk ambil peduli dan bertanya. Tak pernah cuba faham situasi sebelum berkata-kata. Apa yang cuba disampaikan Tak sama dengan penerimaan. Kadang-kadang ia sekadar perkongsian. tak berniat nak kenakan sesiapa. Disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah dan pengajaran untuk dipelajari. Disebalik sesuatu luahan pasti ada sebuah cerita yang tak pernah dikongsi. Daripada bertanya "apa yang jadi?" orang akan berkata dan bermonolog sendiri. cuba fikir kembali. berhenti sekejap . renung sebentar. "Mungkin dia mengalami hari yang buruk." "mungkin ada sesuatu yang mengusik hatinya." Jangan mudah buat kesimpulan tanpa bertanya. Cuba fikir dan letak situasi kita dalam keadaan apa yang mereka lalui. Kita pakai kasut tak sama. Kasut kau mungkin tapak tebal. mungkin kulit atau kalis air. kalau yee pun kasut sama. tempat jalan mungkin tak sama. tapak yang dipijak setiap hari mungkin berbeza. Pernah fikir tak? Berbeza den

BILA

Bila dah hilang nanti baru kau tahu bersyukur. Bila dikhianati baru kau tahu sakitnya hati. Bila dikecewakan baru kau tahu baiknya mati. Bila kau jatuh baru kau tahu sakitnya berparut. Bila kau gagal baru kau tahu hilangnya asa. sakitnya jatuh. sakitnya kehilangan. sakitnya kecewa. sakitnya gagal. Kemudian baru kau rasa BERSYUKUR. Baru kau tahu BERTERIMA KASIH. dan kemudian baru kau sedar yang kau dah terlambat.

PERCAYA & BODOH

bodoh ke aku kalau percaya orang yang aku percaya. bodoh ke kalau aku percaya. aku rasa aku tak lah bodoh sangat. dan bukanlah jenis yang mudah percaya. tapi kenapa aku masih rasa dikianati. * kenapa bila aku ulang-ulang perkataan percaya ni. aku rasa perkataan percaya itu sendiri tak logik. erm.

SORANG.

"tak nak ikut kita orang?" "takpela" "takpeke kau duduk sorang je kat sini?" "aku dah biasa dah sorang." --

PENDAM

kadang-kadang. pendam itu yang terbaik. dan selalunya. itu yang terbaik.

MASA

masa tu selalu dengki dengan aku. selalu kejam.  tak pernah simpati. aku takde peluang nak berbasi-basi. sebab masa. semua kena kejar. semua tak sempat. semua tak nyempat-nyempat. tapi ada masa ,  aku masih tak tahu hargai. -- kesimpulan. aku takde masa nak update blog. walau dah berderet entri aku draft dalam kepala.  biarla simpan.  dalam bahagian cereberum paling dalam. heh.

HARU.

bestnya tengok orang kahwin. bestnya bila bercinta atas hubungan halal. bestnyaaaaa.... kenapa dengan aku ni? novel melayu chessy chesse cake punya pasal. -- ini sebab aku baca buku FIXI, Lejen Press & Puisi. ah sudah.. macam mana ni?? Haru.haru.

MAHAR .

"Bila kau nak kahwin?" " Entah. Lagi 10 tahun kot. lebih kurang la." "Hoi, lamanya." "Yela aku nak belajar sampai dapat phD. Kalau aku jumpa someone pun masa master ke, aku akan pastikan bakal suami aku tu bagi aku belajar sampai phD. " "mesti hantaran kau tinggi." "Tak juga." "Kenapa pulak? bukan selalu perempuan kalau dah belajar tinggi hantaran tinggi?" "Macam ni eh. kau dengar. Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya. Dan Al-Khawarizmi ada buat teori, kalau perempuan tu solehah letak 1. kalau cantik tambah 0. kalau kaya tambah 0, dan kalau keturunan yang baik tambah 0. jadi 1000 kan, tapi kalau yang 1 tu takde. yang kosong semua tu takde makna kan? Kan Nabi kata kalau nak pilih bakal suami atau isteri tengok agama dulu. Kalau perempuan tu betul solehah tak kira lah dia belajar tinggi macam mana dia akan mudahkan maharnya." membebel panjang sambil tunggu orang kat kaunter p

Ilham.

Ilham tu macam air.  kalau datang mencurah, kena tadah. jangan bagi hilang. tapi  kalau kering kontang. macam kat padang pasir tak tahu mana nak cari air.  Ilham tu datang tiba-tiba tanpa diduga atau dipinta. dia datang je bila dia nak. jadi tangkap ia jangan bagi hilang. sebab kalau hilang. terus hilang tanpa tanda.

Older Post

'older post, scroll.' 'older post,scrolllllllll.' pahal entri aku semua panjang kalah esei pengajian am '__' korang baca ke. ke  aku cakap sensorang. 

Profil. Penuh Makna.

Image
ini profile kat Instagram. saya ada 8 orang adik-beradik. Saya kakak sulung.  bukan senang jadi kakak. yang sulung. kena kuat kena teguh kena sabar kena tegas kena pandai. kena jadi contoh.  lagi-lagi untuk 7 orang adik.  4 lelaki 3 perempuan.  untuk Ibu Ayah.  segalanya akan tengok Kakak.  segalanya orang akan tanya Kakak. segalanya orang akan salahkan Kakak.  sebab semua Kakak yang kena bertanggungjawab.  Kalau Ibu Ayah takde siapa kena ambil alih? Kakak.  -- yang bercita-cita tinggi untuk belajar sampai ke Tanah Scotland. Tanah yang terletak di Eropah jauh nun sana di United Kingdom.  sebenarnya mana-mana daerah, pulau atau negeri di United Kingdom itu saya tak kisah.  samaada.di-Aberdeen,Glasgow,Edinburgh, Newcastle,Leeds,Manchester,Liverpool,Sheffiel,Nottingham,Norwich,Leicester,Birmingham,Convetry,Ipswich,Oxford,Reading,Swansea,Cardiff,London,Bristol,Southampton,Brighton. atau Plymouth,Bournemouth, mahupun Portsmouth. Yaa. peta United Ki

Cerita Syawal.

Image
Salam. Yoo wasup everyone. *Sesiapa jela yang baca. yang dengan niat nak stalk atau betul prihatin atau sekadar membuang masa surfing internet. Hai.  Kita dalam musim raya.  Kool. Raya keempat dah.  Rasanya belum terlambat nak ucap. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN. Saya di sini dengan hati yang tulus dan ikhlas ingin memohon maaf kepada anda semua.  Jika terlalu jujur dalam berkata-kata, terlampau tajam bahasa masa menulis, terlempang, lepuk,  peluk, cium tanpa rela. Termarah sebab PMS. Tersepak, terjerit sampai telinga pekak. Segala benda yang buat anda terasa. Maafkanlah yee.  Tak guna pun kita simpan dendam benci dengan orang. Hidup ini terlalu singkat untuk benci orang.  Jangan cepat sangat percaya rumours. Tak baik kalau tak sambut tangan orang yang nak bersalam. Dosa.Upss. Dan tak rendah pun martabat kita kalau memaafkan dan meminta maaf pada orang lain .  -- Here goes my Syawal story.  me and my dear lolicious dan segala licio

Cerpen: Saja Cuba-cuba :)

Aku melangkahkan kaki selaju mungkin. Sebab awan nampak berarak kelabu. Petir berdentum. Dulu, aku selalu takut hujan. Bila hujan kita mengeluh, bila hujan je kita merungut. Lagi-lagi budak sekolah. Kita risau baju basah, kasut basah, buku basah. Kita lupa hujan itu rahmat. Selepas hujanlah tumbuh pelbagai flora. Kerana hujan itu dunia ini dipenuhi warna. Kini, selepas memahami hujan. Aku hanya mampu berdoa, agar urusan dipermudahkan dan hujan yang turun ini membawa rahmat. Ceh, ayat sangat falsafah. Sampai saja di bank, aku terus tekan nombor. Tapi hari ni ajaib, atau hari bertuah? Selalu hari Isnin ramai orang. Ini kosong. Mudah urusan. Alhamdulillah.  Lihat jam. Eh, awal lagi.  Singgah MPH.   Aku nak cari satu majalah ni, majalah Dewan Kosmik. Tapi tiada. Dah berapa kedai aku cari. Memang majalah ni tak jual kat pasaran ke apa? Okay. Setelah agak penat bermain explorace ,aku berputus asa. Aku melangkah ke sudut yang terletak buku FIXI dari rak atas sampai bawah. Fuhh

3 Wishes

Main truth or dare. Soalan truth berbunyi yang memerlukan jawapan kepada apakah 3 permintaan aku. 1. I want to die before everyone I love dies. (moga dalam husnul khotimah. susulan kepada soalan My worst fear: Hilang orang yang aku sayang) 2. Make everyone that I love happy. (semua. Semua yang aku sayang terutama ibu ayah) 3. Travell all around the world. (melihat kebesaran Allah SWT. belajar dan belajar)

Review: MURTAD

Image
Salam folks. Ini review buku kedua. Novel kedua yang aku review.( Konon macam expert) ialah novel MURTAD tulisan Hasrul Rizwan terbitan FIXI. Buku ni pula gua beli kat MPH dengan lagi 2buku iaitu HEROIN dan Kopi-ah. sebelum tu aku nak cakap yang buku FIXI kool. Tajuk dia cuma guna satu perkataan je. Tapi aku masih belum beli SUMBAT walaupun cover macaroons yang berwarna-warni tu sangat tempting. Mungkin sebab takut terliur bila baca jadi hajat tu ditunda dulu. Berdasarkan tajuk hampa rasa MURTAD ni cerita pasai apa?(saja guna loghat Kedah ambik mood) Cerita tentang si kembar hensem Adam dan Akhil yang kerja mereka membunuh orang yang MURTAD. Mereka di upah oleh Mr.T yang mereka tak pernah kenal. Mereka dapat duduk kat rumah besaq dan pakai kereta besaq. Bahasa yang digunakan best, dan perbualan antara Adam dan Akhil lagi lah best. Dalam loghat Kedah. Mereka kembar seiras berasal dari Kedah. Cerita mereka bermula bila mereka datang ke kota raya Kuala Lumpur seperti anak