MAHAR .


"Bila kau nak kahwin?"
" Entah. Lagi 10 tahun kot. lebih kurang la."
"Hoi, lamanya."
"Yela aku nak belajar sampai dapat phD. Kalau aku jumpa someone pun masa master ke, aku akan pastikan bakal suami aku tu bagi aku belajar sampai phD. "
"mesti hantaran kau tinggi."
"Tak juga."
"Kenapa pulak? bukan selalu perempuan kalau dah belajar tinggi hantaran tinggi?"
"Macam ni eh. kau dengar. Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya. Dan Al-Khawarizmi ada buat teori, kalau perempuan tu solehah letak 1. kalau cantik tambah 0. kalau kaya tambah 0, dan kalau keturunan yang baik tambah 0. jadi 1000 kan, tapi kalau yang 1 tu takde. yang kosong semua tu takde makna kan? Kan Nabi kata kalau nak pilih bakal suami atau isteri tengok agama dulu. Kalau perempuan tu betul solehah tak kira lah dia belajar tinggi macam mana dia akan mudahkan maharnya." membebel panjang sambil tunggu orang kat kaunter pejabat. 
"Haa, aku kahwin dengan kau jelah kalau macam tu senang."
"mengarut la kau. sanggup ke kau tunggu? aku nak jejak kaki kat Aberdeen dulu."
" Aberdeen kat mana?"
" UK."
"fuhhh. jauhnya."
"Aku ada cita-cita, aku ada impian, aku ada tanggungjawab."
"Takpela. kalau dah susah sangat dengan orang lain. aku kahwin dengan kau jela.""
"......"
--
"Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah" - Hadis Riwayat Abu Daud.
"Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya"- Hadis Riwayat Ahmad

Mudah tak bermakna murah.
Berpatutan dan jangan membebankan.
Biar ikut kemampuan si pengantin.
Faham hadis. Jangan salah tafsir.
Mahar tak semestinya berbentuk wang ringgit atau material.
Ada orang jadikan surah al-Quran sebagai mahar.
Kalau zaman nabi Saidina Ali guna baju besi sebagai mahar.
Keberkatan sesuatu perkahwinan bukanlah terletak pada sebesar mana walimatul urusnya atau setinggi mana wang hantarannya.
Tapi niat.
untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Comments

Unknown said…
jom join my 1st GA! http://sfaezah.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH