Posts

Showing posts from August, 2011

SAYA SAYANG KUCING :D

Image
Raya kedua, #Ingat nak studi .last-last pukul dua petang keluar pukul 9.30 malam baru sampai rumah . #masa tu dah penat , dah kenyang . #Niat nak studi terkubur begitu shaja , tapi tadi masa kat rumah mak cik sempat la buat kerja BM sikit . Saya memang suka kucing . sangat suka . pernah ada kucing tapi dibawa lari orang .sedih .pernah ada tapi mati .sedihsedih . pernah nak bela masa kecil dulu tapi ibu tak bagi . Nanti kalau dah ada rumah sendiri saya nak bela kucing je . Impian saya satu hari nanti dapat pergi ke SPCA .tempat kucing terbiar , saya nak jaga kucing-kucing tu sampai jadi cantik comel ! Kalau saya ada kamera yg mahal saya akan tangkap gambar kucing dan apa-apa sahaja sebanyak-banyaknya . Geram tengok kucing ni , comel dan gebu dan cantik dan comelll sangat ! Rasa macam nak bawa balik jea . Tapi kucing ini bertuan . Tuan dia baru je berumur 3 tahun .ala comel jea . nama tuan dia: MIA (anak kakak sedara saya .means anak buah saya .hehe) .  nama kucing ni MERAH

Day Nie:10 Ways to Win Your Heart.

Image
#Lagi beberapa minit saya akan log out sepantas kilat yang mungkin dah mengemas rumah secepat yg boleh seterusnya membaca buku seboleh-bolehnya . 10 Ways to win my HEART : #1 Buat saya TERSENYUM dan TERGELAK bila saya rasa nak menangis macam kanak-kanak. #2 Elakkan penipuan yang boleh membawa kebencian dan bencana.  Penipuan yg membawa kebaikan dibenarkan . " Sesungguhnya . . kebenaran itu lebih manis dari penipuan" #3 Menangi HATI AYAH saya dulu kemudian .  tiada jalana susah untuk memenangi hati saya. #4 Tepati JANJI .  "Sesungguhnya orang yg memungkiri janji itu MUNAFIK" . Jadi jangan berjanji kalau tak mampu untuk menepatinya sebab peluang hanya sekali. #5 Buy me A BIG BEAR .  (okay ini hanya untuk orang tertentu ) #6 Selalu TERSENYUM .  Senyuman anda mampu menceriakan hidup saya .memey arr ;p #7 Terima saya seadanya .   Ouh , saya sangat sangat dan sangat tidak suka dihukum tanpa dinilai. #8 LISTEN TO MY STORY and NEVER GET BORED OF IT. Kalau tak

Ucapan RAYA :)

Image
okay .menggeliat sekjap :) Tak sampai seminggu seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri . Mesti semua dah dalam mood raya :mengemas , buat kuih , shopping sakan, balik kampung. Mesti semua dah tak sabar nak dengar pengumuman raya dari Pak Cik pemegang cop mohor raja-raja Melayu kan. Mesti ada yang nak suruh anak bulan beranak cepat-cepat .hihi Bila nak raya semua orang mula sibuk , Ada yang d i dapur , ada yang di ruang tamu ,. yang tengah masak , yang tengah berkemas ,  Ada juga yang sedang membeli-belah. Bila nak raya mulalah dengar lagu raya ,  Mestilah lagu P.Ramlee , Sudirman , Saloma dan SITI :) Masa tu semua saluran tivi tayang wayang free, Semua saluran tivi buat slot sendiri. Bila nak raya satu kemestian,  Pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta, Bersyukurlah bagi mereka yg masih mempunyai keluarga , Berhati-hatilah ketika di jalan raya ,  Kata PM "Usah jadikan leburaya launtan pusara tak bert

PERCUBAAN SPM :)

Image
Cuti raya sama dengan cuti study week sebab lepas cuti terus TRIAL . Setara NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN. Tak boleh nak raya sangat . #Masa nak makan konfem ingatkan HOMEWORK yg bertimbun  . #OLE-OLE MASA RAYA katanyaa~ #Doakan saya BERJAYA . AMIN~

Resipi Rahsia Bersama MEREKA yang TERSAYANG :)

Image
Semalam hari 'last' sekolah sebelum cuti raya (macam cuti study week je) . Naik raya TRIAL .oeemmgeee .(nanti mahu scan itu jadual masuk sini). Iftar sekali lagi bersama dengan Cikgu Pijah(cikgu ayu) . . dan Atikah , Syida , Ruqayyah . dah habis makan baru Azliana dengan Aqilah datang :)  Iftar di #Resipi Rahsia(SECRET RECIPES) , Plaza Idaman . #dah solat baru makan. #dah kenyang tangkap-tangkap gambar pulak. #dah tu makan kek pulak . #dah tu bergelak tawa dalam kereta .(hihi) #dah tu balik .dan selama seminggu takkan berjumpa . # GONNA MISS YOU ALL >A LOT! Ini saya dan cikgu Pijah .ayu tak ayu tak .?  #TERIMA KASIH Cikgu . #Sungguh JASAMU akan ku kenang . #Segala MAAF ku POHON sempena lebaran yang bakal tiba :) #TERIMA KASIH lagi dan lagi :) #Kami akan menunggu nasi minyakmu .hehe :) They are ! #Sebulan kami bersama eh , pembetulan SETAHUN ! #Tiada yang lain hanya MEREKA . #The best thing that ever happened in my LIFE. #Kam

JANGAN LUPA NAMAKU.(Edisi JANGAN MENANGIS)

Image
Assalamualaikum w.r.t . Entri khas edisi 6pagi ini adalah secara spontan.tiada rancangan tentangnya .Semalam terpaksa tidur awal akibat rasa sakit yang tidak dapat dibendung. Kepala terasa berat , menahan rindu yang tak tertahan membuat aku menitiskan airmata yang telah lama terbendung . .dan saat itu ia tak mampu dibendung . .mengalir tanpa henti . . dan terus mengalir hingga terlenanya aku dalam kesakitan dan kerinduan. Eh! kenapa ni EMOnya Mida .pasti ramai yang akan bertanya .Saat itu aku dah tak mampu menjawabnya lalu aku berdiam diri tanpa sepatah kata. IZINKAN aku meluahkannya hanya untuk kali ini. Saat ini aku mula mahu mengalirkan airmata kembali . .tapi aku tak mampu .tak mampu untuk meluahkannya sehingga saat ini . .arghhh! sakitnya pedihnya . Tak mampu untuk dirasa .untuk diungkap .terlalu payah~ Kata hikmah seorang Ayah: "Jangan mengadu pada manusia , manusia tak dapat buat apa-apa .Mengadu pada Allah .Yakinlah padaNya cepat atau lambat"

Day Eight: 10 of Your Favourite Songs

Image
10 Favourite songs :#secara jujurnya . Saya tiada lagu SPESIFIK yang saya minat . #Kalau satu-satu lagu tu best saya akan dengar sampai saya boring . Jadi sebab terlalu banyak lagu dalam dunia ni . .Saya telah SHUFFLE lagu dalam henset , jadi mana yang keluar . . .itu lah jawapannya .PEACE^^ 10 of Your Favourite Songs: #1 UNFAITHFUL-Rihanna #2 LAST FRIDAY NIGHT(t.g.i.f)- KATTY PERRY #3 DON'T GIVE UP -Auburn #4 PENAKUT- Yuna #5 ALL ABOUT HIM- Auburn #6 TERRIBLE THINGS - Mayday Parade #7 SABARLAH SAYANG - Sad Anngry Babies #8 CRAZIER - Taylor Swift #9 ALWAYS BE THERE- Maher Zain #10 PUTUS - Melda Ahmad. ###Dan lagu yang paling saya suka adalah lagu yang seseorang nyanyikan untuk saya .  *Tak kisah lagu apa pun . *Tak peduli selunak mana suaranya. *Tak penting jika dia bermain gitar salah chord atau nyanyi pitch larik. *Yang penting . #Dia ikhlas nyanyikan lagu itu untuk saya. #Dan lagu untuk KHAS untuk SAY

HUJUNG MINGGU (Edisi LAGI SEMINGGU nak RAYA)

Image
Selamat Berhujung Minggu :) *Ucapan raya .? nanti la awal lagi nih .masih menyusun kata :) Hari Ahad , 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan . Jadi lebih dan kurang seminggu lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri . Bagi kanak-kanak macam (saya) hari raya adalah antara hari yang ditunggu-tunggu . .Hari untuk dapat duit raya , hari untuk bergembira , hari untuk makan puas-puas tak payah sorok-sorok .(eh , bukan saya) Bagi remaja (macam saya ) tahun ni tiada istilah 'RAYA' selagi belum habis SPM .#tambahan pula lepas RAYA TRIAL .ou , tidak-tidak .Kuih ALMOND LONDON akan bertukar jadi buku ADD MATH yg boleh buat anda cirit-birit tak tidur malam. Bagi orang tua (macam ibuayah pakcikmakcik) fikir macam mana nak bagi duit raya kat anak-anak buah . .fikir kena berjimat-cermat walau dapat bonus sebab nak balik kampung , nak service kereta , nak beli baju liplapliplap untuk anak-anak, nak beli langsir polkadot dan

Day Seven:10 Important People

Image
#this could be my entry with most pictures ^^' 10 Important People:Terlalu ramai orang yang penting untuk saya (There are too many because everyone that i LOVE is important to me .Love is about giving .Apa guna syok sendiri . ?) #Mereka insan yg saya sayang .#They can't never be replaced.#Tanpa mereka siapalah saya.#Nangis dan Tawa saya hanya kerana mereka. #1 IBU & AYAH. *Mereka yang melahirkan, membesarkan dan mendidik saya. *Mereka bukan sahaja penting tapi terlalu penting. *Tanpa mereka tak lahirlah saya ke dunia. *Memang saya tak mampu bayangkan hidup tanpa mereka. *Walau ribuan ucapan TERIMA KASIH aku ucapkan tak sama dengan apa yang telah mereka berikan .Walau ribuan ringgit aku berikan takkan terbayar segala yang telah mereka lakukan untukku. *The only people in the world that know me so WELL. *Tanpa REDHA mereka tiadalah redha ALLAH :) (iloveyou Ibu Ayah ) #2 My FAMILY. *termasuk semua adik-adik , sepupu-sepu

JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part7:PERKAHWINAN dan UJIAN )

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Terkadang aku tertanya sendirian , kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku ? Kenapa hidup ini sering rumit? Malah kenapa juga hidup ini sering tidak menjadi kenyataan sama seperti yang kuimpikan? Lalu jawapan itu kutemui pada kata-kata seorang ustaz dalam sebuah kuliah agama , "Kerana saat itu kehendak kita belum diredhai-Nya." "Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.Ingatlah , tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu kan menjadikan kita sakit."   (Wasiat Luqman Hakim) . ."Perkahwinan itu bukan kita cari yang sempurna, tetapi cari orang yang boleh buat kita sempurna. Saling melengkapi, itulah fungsi sebuah rumah tangga. Kita tak boleh mengharapkan bakal suami itu sempurna dalam segala hal. Apabila telah terserlah kekurangan di sana-sini, mulalah masing-masing mencari jala

RUNNING MAN (Edisi Hiburan)

Image
Hye peeps . Terima Kasih kerana sudi jadi loyal readers GUA . .bertuahnya ada readers yg setia seperti kamoo. .Nak kenal boleh .? ^^' Umum mengetahui peminat K-POP merata sekarangkan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan . (tak kurang hebatnya juga Malaysia ada M-POP #kesian kena kutuk ) pheeww~ Aku secara jujurnya bukanlah jenis obsess pada manusia . .Walau sehebat mana pun manusia itu lebih hebat PENCIPTANYA . .jadi . . .kalau nak puji dan mengagungkan biarlah kita mengagungkan PENCIPTANYA YANG MAHA HEBAT . #Subhanallah. (lebih kepada jenis yang LAYAN jee dan ambil tahu) Itu hanyalah santapan dan pembuka selera .Menu utamanya ialah . . .tadi balik sekolah . Ingat nak tunggu kat koperasi . .lepas tu jumpa Qila. Qila:Qila nak balik dulu pukul 2 karang baru Qila datang .Kak Asmi nak ikut .? Saya:Boleh juga(daripada duduk kat koperasi tu menunggu sorang-sorang) Sampai rumah Qila . . Qila:Nak sambung tengok Running Man .semalam Qila tengok sampai pukul 1

Day Six: 10 Items You Can't Live without .

Image
10 items : ### Act takde lah sampai mati takde benda-benda ni. *tapi tanpa benda-benda ni agak susah lah juga aku nak hidup .^^' 10 Items I CAN'T live without : #1 Al-Qur'an dan Hadis *R asullulah SAW bersabda:"Ku tinggalkan kamu dua perkara (wasiat), tak lah kamu tersesat selagi kamu masih berpegang padanya iaitu , Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasul-Nya." #2 Handphone ( CAMERA) *camera tu yang penting sebenarnya walaupun kualitinya tak la sehebat DSLR yang beribu-ribu tu at least . . .ada benda yg still aku boleh rakam dan simpan as memories :) #3 BANTAL BUSUK . *yess .itu dia .benda yg aku SAYANG dan aku tak boleh TIDUR tanpanya . .Bantal itulah peneman setia aku selama 17 tahun ni . . kau mampu nyah .?;p #4 Blog ku BUAH HATIKU :) *aihh , kalau takde FB ke Twitter takpe lagi kalau takde BLOG mahu meroyan aku tak senang duduk dibuatnya. #5 PRINSIP :) *ya .tanpa PRINSIP mungkin aku tak mampu berdiri seteguh ini dan sekental serta sekering ini .

Day Five:10 WISHES :)

Image
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)  *Sejahteralah ke atas kamu :) Sebab sekejap lagi aku kena ready angkut meja dan kerusi kat kelas paling atas dan paling hujung dekat BLOK F . . errrr, nalaaa laaaa . . .(yeeyeee je 5 SEJAHTERA dikekalkan di kelas sendiri) Day Five :10 WISHES :D #1 Membuat IBU dan AYAH saya BANGGA ada anak seperti saya. *agar mereka sentiasa tersenyum bahagia .:) agar saya sentiasa dalam redha mereka dan ALLAH :) Tanpa mereka siapalah saya :) Ouh AYAH dan IBU.  #2 Digital Single Lens Reflex atau nama fofularnya (DSLR) *desprate gila aku nak kat benda ni .tambahan lagi , lepas Kak Syaza bagi sebeban Magazine pasal DSLR (thanks Mak Mesra dan Kak Syaza ) #3 Lappy hak milik sendiri . *supaya senang aku nak update blog 24/7 dan buat kerja editing tanpa gangguan bunyi "Mida , aku nak main " . . .lalalal~ #4 Pandai Main 3 Instrumen Muzik ini--> (GITAR , DRUM dan PIANO) *Minat terhadap gitar sebenarnya dari aku kat sekolah rendah lagi , time

Day Four:10 Things You Want To say To One Person

Image
One PERSON : ###tak spesifik. Apa benda saya nak cakap : ##Hanya 10 perkara TAK PENTING :) #1 Awak tak perlu HANDSOME atau COMEL seperti LEE MIN HO . #2 Awak tak perlu KAYA seperti DANIEL RADCLIFE. #3 Awak tak perlu BERSUARA MERDU seperti BRUNO MARS. #4 Awak tak perlu berstatus ANAK RAJA seperti ***PUTERA RAJA. #5 Awak tak perlu BIJAK seperti ALBERT EINSTEIN. #6 Cukuplah sedap mata memandang. #7 Cukuplah pandai AMBIL HATI AYAH saya :) #8 Cukuplah seorang yang BERIMAN. *aku mencintaimu kerana agamamu , jika hilang agamamu maka hilanglah CINTAKU :) #9 Cukuplah seseorang yang MENYEMPURNAKAN k ekurangan saya.. #10 Cukuplah hanya SAYA untuk AWAK . *untuk siapa .? Lelaki . Nama .? Tak tahu . :'D

MIDA & QILA DAYS OUT :)

Image
Semalam cuti .maka bergembiralah saya membeli dan belah dan berbuka bersama Aqilah :) Masa kat LRT tengah tunggu Qila . Tiba-tiba . .  Ada orang GILA datang dekat aku ! SERIUS GILA . Menakutkan GILA . . Aku pun pergi lah dari situ tunggu apa lagi kan . .  Tapi ACT COOL ! Dalam hati #Qila cepatla sampai cepatla sampai .! Nasib baik ORANG GILA tu tak buat apa-apa kat aku! SUMPAH TAKUT! grrrrrrrr~ Aqilah Mohd :)  #Terima Kasih teman akak :) #Terima Kasih sudi buka puasa dengan Akak :) #Sayang Qila :) Memang lepas je berbuka . .tak fikir apa dah . .fikir nak balik jee . .  Tunggu Ayah dengan penuh KESABARAN :D Dah habis duit :'D ##Bye :D  ALHAMDULILLAH.TERIMA KASIH YA ALLAH  :)

IFTAR BERSAMA (Edisi OUT OF THE DATE)

Image
  Assalamualaikum ,pembuka bicara :) Entri ini adalah entri sepatutnya dipost pada 14 haribulan OGOS yang lalu .HARAP MAAF ATAS KESULITAN yg TAK DAPAT DIELAKKAN :) Aktiviti:MENGEMAS dan MENYIAPKAN PAMERAN sempena LAWATAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA SELANGOR . .*Nak tengok KOPERASI laa apa lagi kan. Masa: 12tengahhari hingga 7 malam . Aktiviti di sambung dengan . . .Berbuka bersama. .Disertai oleh Saya :) Aqilah , Atikah , Syida , Ruqayyah , Hafizah , Azliana , Ehsan , Shazree, Farid , Nadzim , Adib dan Syahir. Tak lupa jugak Nurul(anak cg.Marinah) , Cg.Marinah(MAMA) , suami cikgu (ABAH) , Cg.Pijah , Cg.WMZ dan Cg.Faridah :) Muka-muka berbuka makan roti John je . . Air tak bawa .="=  Solat dulu baru pergi kedai :MAKAN :) Menu berbuka hari itu adalah :TOM YAM SEAFOOD . (pertama kali berbuka bukan dengan family .KESIANNYA .hehe) Dah habis makan . . Tengok game FINAL BADMINTON:LEE CHONG WEI v.s LIN DAN . #Memang kecoh gila mereka ni tengok badminton . #Ga

Day three:10 THINGS YOU HATE.

Image
#1 CICAK! *errr. .dalam banyak-banyak binatang aku paling benci CICAK(iguana aku tak takut)! Itu sebab aku sayang kucing sebab kucing MAKAN cicak . #2 BACKSTABBER. *Ini pantang sangat .yang suka pecah rahsia orang tu. .itulah dia . #3 Kena TENGKING! *Haaa, ini lagi satu benda . .Awak nak buat apa buat la tapi jangan sesekali tengking saya . .sebab impak dia saya akan terasa sampai dekat hulu hati dan mampu membisukan diri selama mana saya mahu:) #4 Lelaki yang DAYUS. *Oooo, lelaki-lelaki ini jika saya tahu mereka begitu ,saya akan ingat sampai bila-bila. (Ya ALLAH , jauhkanlah aku dan wanita-wanita yg aku sayang dari lelaki seperti mereka) #5 Manusia yang ZALIM pada binatang! *Kalau cicak yg saya benci pun saya takkan biarkan dia disakiti manusia , biar KUCING yg bunuh dia atau binatang lain . .Yeee , saya pencinta HAIWAN.(dan sifat ini hanya orang-orang tertentu mengetahuinya) #6 DIHUKUM tanpa DINILAI. *being punished without judging adalah benda paling menyakitkan. Bila

JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part6:KEMATIAN)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Menurut Rasullulah SAW, rasa sakitnya sakaratul maut itu berbeza-beza pada setiap orang  "Sakitnya sakaratul maut seperti sekujur tubuh kita dililit oleh kawat berduri yang menancap di otot badan.Ketika nyawa dicabut, ditariklah kawat-kawat berduri itu sekaligus sehingga terlepas semuanya." Apabila orang mukmin itu meninggal, turun malaikat dari langit dengan wajah yang bercahaya seperti matahari membawa kain kafan dari syurga serta kelengkapan-kelengkapan mayat. Kemudian turunlah Malaikat Maut duduk dihujung kepala hamba Allah itu dan berkata: "Wahai jiwa yang tenang dan baik keluarlah kamu untuk mendapat keampunan Allah sesungguhnya Allah redha padamu." Maka roh itu keluar seperti air yang menitis dengan perlahan-lahan dan lembut. Seluruh anggota roh itu keluar, harum semerbak baunya. Lalu dikafankan oleh malaikat-malaikat dan mereka mengiringi roh itu naik ke langit. "Siapakah roh yang baik ini?&q