JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part2:BERSIHKAN JIWAMU )

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. . .
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:"Tuhan kami ialah Allah " kemudian mereka tetap istiqamah ,maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada(pula) berdukacita." (Al-Ahqaf:13)

Bersihkan Jiwamu Dahulu,
Pasti Tuhan Akan membantu!

Orang yang bersih hatinya 
Sentiasa rendah diri dengan Allah ,
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.
Jika mendapat ujian kesusahan ,hatinya berkata
"Kerana dosakukah ujian ini datang."
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku."
"Moga-moga aku terlepas daripadahukuman akhirat yang amat dasyat."

Tatkala dirinya mendapat nikmat 
dia berasa malu denga Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak 
menerima nikmat iu.

Hatinya gelisah
"Apa maksud Tuhan memberi aku nimat ini?
Apkah untuk aku bersykur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya ,gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya, dia redha.
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah 
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu.

Apabila disusahkan orang ,
terus teringat akan dosanya,
"Kerana dosa akulah , aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan.

Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan 
orang diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
bila-bila waktu sahaja akan menjemput.

Dia gelisah dengan dosa, 
amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu 
apakah diterima atau sebaliknya.

Kakinya di dunia , 
namun hatinya 
sentiasa bersama Allah 
Perasaanya sentiasa memikirkan akhirat. . 
dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya.

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya.

#Dengan doa agar HATI ini juga sentiasa bersih dengan Tuhannya .Allah yang MAHA ESA.
Resah dengan segala dosa , takut dengan api neraka . .
Mahukan pahala , mahukan syurga tapi rasa tidak layak baginya .dengan doa .MOGA HIDAYAH INI MILIK KITA .AMIN~

*'STANZA CINTA'-NURULL HALAWATI

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016