JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part7:PERKAHWINAN dan UJIAN )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Terkadang aku tertanya sendirian , kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku ? Kenapa hidup ini sering rumit? Malah kenapa juga hidup ini sering tidak menjadi kenyataan sama seperti yang kuimpikan? Lalu jawapan itu kutemui pada kata-kata seorang ustaz dalam sebuah kuliah agama , "Kerana saat itu kehendak kita belum diredhai-Nya."

"Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.Ingatlah , tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu kan menjadikan kita sakit." 
(Wasiat Luqman Hakim)

. ."Perkahwinan itu bukan kita cari yang sempurna, tetapi cari orang yang boleh buat kita sempurna. Saling melengkapi, itulah fungsi sebuah rumah tangga. Kita tak boleh mengharapkan bakal suami itu sempurna dalam segala hal. Apabila telah terserlah kekurangan di sana-sini, mulalah masing-masing mencari jalan keluar . Silap-silap terjadilah penceraian. Jangan cinta pada kelebihanya sahaja , tetapi cintai juga kekurangannya. Sebab kekurangan itulah yang membezakan dia dengan yang lain.Belajar untuk mencintai setiap kekurangan dia, barulah hidup bahagia."

Pesanan Rasullulah SAW kepada puterinya Fatimah , Jika kamu mahu suami kamu sayangkan kamu selamanya di dunia dan akhirat , buatlah lima perkara ini. Nescaya suamimu akan bertambah sayang padamu sampai bila-bila.
5 perkara :
#1 Melayan suami dengan baik tidak kira siang atau malam.
#2 Meminyakkan dan menyikat rambut suami.
#3 Menggunting misai suami.
#4 Menyikat janggut suami.
#5 Memotong kuku suami.

"Dalam kita melangkah . . . .terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita mejahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan."

"Aku suka penyakit kerana ia menjadi penebus dosa-dosaku , dan aku suka miskin kerana menyebabkan tawaduk kepada Tuhanku , dan aku suka mati kerana rindu kepada Tuhanku" (Adu Darda)

Kadangkala ujian Allah itu berupa kifarah , untuk menghapus dosa-dosa kita. Tetapi , lebih daripada itu , ujian ini sebenarnya untuk mennguatkan iman kita. Sakit itu sebenarnya nikmat. Satu pengampunan dosa daripada Allah.Ada sabda Rasullulah , siapa yang pada waktu malam dia mengalami kesakitan, kemudian dia bersabar dan redha dengan ketentuan Allah , terkeluar dosanya seperti ketika dilahirkan ibunya.

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sayangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenagan (Ibnu Abbas)

#perkongsian ilmu di hari JUMAAT :)

**credited to Novel 'STANZA CINTA':NURULL HALAWATI

Comments

afiqah said…
wow. suka sgt post ni :) kalau nak mintak izin share dkt blog kite boleh?

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH