JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part4:BALASAN ALLAH kepada MEREKA yg MENCINTAI-NYA)

Dengan Nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG. . . .

Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk islam. Pemuda ini terlalu baik dan selalu berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa. Apabila Rasulullah menceritakan tentang syurga , dia menangis kerana merindui syurga Allah , dan ketika Rasullulah menceritakan tentang neraka , dia menangis terketar-ketar kerana takutkan api neraka Allah yang dahsyat itu.

Pada suatu hari , Rasullulah ingin menguji sifat amanah pemuda itu dengan menyerahkan sebuah bungkusan padanya untuk disampaikan kepada seseorang yang tinggal di hujung bukit. Pemuda Ansar menerima tugas itu dengan gembira . Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan oleh Rasullulah. Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan amanah Rasullulah dengan sebaiknya. Ketika melalui kawasan tepi sungai yang sangat cantik , dia terpandang seorang wanita cantik sedang mandi di sungai. Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar panjang dan segera memalingkan wajahnya. Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan.

Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu pada Rasullulah SAW. Dia yakin Rasullulah akan mendapat perkhabaran daripada Allah. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasullulah kerana berasa berdosa. Pemuda itu melarikan diri ke kawasan gunung-ganang di antara Makkah dan Madinah.

Selama 21 hari pemuda itu tidak pulang-pulang Rasullulah khuatir tetang keadaanya. Malaikat Jibrail turun memberitahu Rasullulah SAW tempat pemuda itu berada. Rasullulah mencarinya untuk dibawa pulang. Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa :"Ampunkan dosaku ya Allah. . . jangan Engkau bakar mataku ini kerana doa melihat wanita itu. Aku tidak sanggup ya Allah."
Rasullulah memujuknya untuk pulang. Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasullulah SAW. Pemuda itu menangis menceritakan tentang dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita. Lalu Rasullulah memujuknya dengan memebacakan ayat 201 dari surah al-Baqarah. Kata Rasullulah, sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya. Ayat itu bermaksud, "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.. . "

Tatkala Rasullulah tamat membacakan doa dari surah al-Baqarah itu , pemuda itu jatuh pengsan. Apabila sedar, Rasullulah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan , jawab pemuda itu, dia begitu ketakutan mendengar Rasullulah menyebut api neraka. Dia terbayangkan azab dan seksa neraka yang amat dahsyat.

Tidak lama selepas dia pulang, pemuda itu jatuh sakit. Rasullulah SAW tahu bahawa sakit pemuda itu tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah. Rasullulah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku dia atas ribaanya, seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat baginda yang sakit.

Lelaki itu meghalang Rasullulah daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda. Katanya, "Aku hina ya Rasullulah , banyak sekali dosaku.Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih." Rasullulah menitiskan air mata kerana terharu dengan ketakwaan pemuda itu. Lalu Rasullulah bertanya pakah permintaan terakhir pemuda itu. Pemuda itu menjawab ,"Wahai Rasullulah , sebelum aku kembali ke sisi-Nya, bolehkan engkau tanyakan kepada Allah, apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?"

Rasullulah SAW berdoa dan turunlah Jibrail menyampaikan berita:"Wahai Muhammad , Allah mengirimkan salam kepadamu. Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun, lalu dia bertaubat dan beristgfar memohon ampun kepada Allah , maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi juga!"


Selepas melafazkan kalimah La ilaha illallah, pemuda itu menghembuskan nafas yang terakhir. Semasa jenazah pemuda itu di bawa untuk dikebumikan , Sahabat terpandangkan Rasullulah SAW berjalan terjengket-jengket. Sahabat bertanyakan apakah kaki Rasullulah terkena duri atau kaca? Lalu Rasullulah SAW menjawab, "Bukan wahai sahabatku ,kakiku bukan terkena duri atua kaca. Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak. Aku berjalan begini kerana terlalu sesak. Aku terpaksa berjalan begini kerana . . tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini. Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika di bawa. Dia seorang lelaki penghuni syurga."

Ya Allah , luas sekali cinta-Mu meski kami memikul beban dosa yang seluas langit dan bumi ketika datang di hadapan-Mu. Hebatnya cintapemuda ansar itu kepada-Mu, sehingga dimuliakan oleh semua malaikat di langit.

Itulah balasan jika kita berusaha mencintai Allah dengan segala kemampuan yang kita miliki. Seribu kali Allah kasih dan sayang pada kita. Dia buat dosa kecil sahaja , tetapi berasa dosanya begitu besar kepada Allah. Sedangkan banyak orang melakukan dosa besar, tetapi menganggapnya sebagai dosa kecil sahaja.

#Ya Allah , ampunkanlah dosaku .Dosa ku umpama pasir dimana taubatku wahai Tuhan yang MAHA AGUNG. Umurku berkurang setiap hari , dosaku bertambah bagaimanakah akan ku tanggung.
entri ini ada sedikit berkait dengan entri kat blog Aunty Azah :) Dekat SINI.*sila KLIK untuk melayari perkhidmatan kelas pertama :)

*credited to:Novel 'STANZA CINTA'-Nurull Halawati


Comments

sarah said…
like this too much Midaa ! :'D
Asmi Asmidar said…
@NynaMysarah banyak lagi Mida nak share Nyna :)

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH