HUJUNG MINGGU (Edisi LAGI SEMINGGU nak RAYA)

Selamat Berhujung Minggu :)
*Ucapan raya .? nanti la awal lagi nih .masih menyusun kata :)

Hari Ahad , 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan .
Jadi lebih dan kurang seminggu lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Bagi kanak-kanak macam (saya) hari raya adalah antara hari yang ditunggu-tunggu . .Hari untuk dapat duit raya , hari untuk bergembira , hari untuk makan puas-puas tak payah sorok-sorok .(eh , bukan saya)

Bagi remaja(macam saya) tahun ni tiada istilah 'RAYA' selagi belum habis SPM .#tambahan pula lepas RAYA TRIAL .ou , tidak-tidak .Kuih ALMOND LONDON akan bertukar jadi buku ADD MATH yg boleh buat anda cirit-birit tak tidur malam.

Bagi orang tua(macam ibuayah pakcikmakcik) fikir macam mana nak bagi duit raya kat anak-anak buah . .fikir kena berjimat-cermat walau dapat bonus sebab nak balik kampung , nak service kereta , nak beli baju liplapliplap untuk anak-anak, nak beli langsir polkadot dan pinggan bunga-bunga.

Bagi orang yang benar-benar memahami erti RAYA . akan menangisi pemergian RAMADHAN .Akan bersederhana menyambut Aidilfitri kerana ramai yg hidupnya tiada beza raya atau tidak , kerana bagi mereka dan nyatanya HARI RAYA paling BESAR buat UMAT ISLAM adalah HARI RAYA AIDILADHA .ini kerana .

Hari Raya Aidilfitri .Takbirnya hanya 1 hari sahaja.
Hari Raya AidilAdha.Takbirnya selama 3 hari jadi . Fikirlah sendiri :)

#Ini gambar masa  jamuan PKS haritu . Mana mungkin saya memakai selawa ini hanya kerana membasuh KUALI di dapur rumah .*Mungkin masa Raya sebab tak sempat tukar baju orang dah datang rumah , mungkin masa kenduri arwah , mungkin juga masa pergi open house rumah MAKCIK-MAKCIK :)

Aktiviti sebelum RAYA : (memandangkan raya makin dekat)
*Masa untuk membuka buku KEK dan biskut . (bukan buku BIO)hehe
*Masa melakukan aktiviti pembersihan . (masa untuk ketuk dan membebel adik-adik "Aku dah kemas kau buat sepah balik . .blalaal~)
*Masa untuk aku jadi KETUA RUMAH .haha .(time ni Ayah atau Ibu dah tak kisah dah )

Kalau tanya pasal shopping . .hampir semua dah settle dah seminggu puasa . .Cuma nak tunggu beli baju kurung je ni . .Nak meronggeng duatiga hari sebelum raya . .Nak bersesak-sesak kat JALAN TAR .(masa tu rumah dah kemas dah).(nak mengelak dari kena kopek bawang .hihi) (tak senonoh punya anak dara)

#penutupkata:Saya akan mengemas segala benda , *saya tak kisah , *memang HOBI saya , saya akan membasuh segala periuk kuali senduk pinggan mangkuk , *saya tak kisah , *itu memang dah kerja saya (melembutkan tangan), 
Saya akan makeover segala balang kuih Ibu saya (dia pun  turut sama) , 
Saya akan masak apa sahaja
Saya akan potong segala benda kunyit lengkuas daging ayam kacang panjang . .
segalanya suruhla saya akan buat dengan rasa senang hati dan tanpa rungutan .
Tapi . . . .Jangan suruh saya potong bawang merah .itu saya tak mampu ! Menahan pedihnya mata hingga sakit kepala .tolonglah bakal ibu mertua HARAP MENGERTI .:)(jangan reject saya hanya kerana ini*haha GURAUAN )
. Tiada ibu MERTUA cuma IBU KU dan NENEKKU :DD hehe

###Semoga anda sentiasa bergembira walau apapun aktiviti yang anda lakukan .cuma jangan bergembira main mercun sudahla :) TAKE CARE :DD

Comments

aiman mania said…
huiii..nice entry ..lucu + geli hati plak baca..haahaahaa..nice one...almond london tukar jd buku add math?haahaaa....u can do the best...hwaitingg!
terokai seni said…
tema menda raya ni... pink? cam bas mini laaaa

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH