HUJUNG MINGGU (Edisi LAGI SEMINGGU nak RAYA)
Selamat Berhujung Minggu :)
*Ucapan raya .? nanti la awal lagi nih .masih menyusun kata :)
Hari Ahad , 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan .
Jadi lebih dan kurang seminggu lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Bagi kanak-kanak macam (saya) hari raya adalah antara hari yang ditunggu-tunggu . .Hari untuk dapat duit raya , hari untuk bergembira , hari untuk makan puas-puas tak payah sorok-sorok .(eh , bukan saya)
Bagi remaja(macam saya) tahun ni tiada istilah 'RAYA' selagi belum habis SPM .#tambahan pula lepas RAYA TRIAL .ou , tidak-tidak .Kuih ALMOND LONDON akan bertukar jadi buku ADD MATH yg boleh buat anda cirit-birit tak tidur malam.
Bagi orang tua(macam ibuayah pakcikmakcik) fikir macam mana nak bagi duit raya kat anak-anak buah . .fikir kena berjimat-cermat walau dapat bonus sebab nak balik kampung , nak service kereta , nak beli baju liplapliplap untuk anak-anak, nak beli langsir polkadot dan pinggan bunga-bunga.
Bagi orang yang benar-benar memahami erti RAYA . akan menangisi pemergian RAMADHAN .Akan bersederhana menyambut Aidilfitri kerana ramai yg hidupnya tiada beza raya atau tidak , kerana bagi mereka dan nyatanya HARI RAYA paling BESAR buat UMAT ISLAM adalah HARI RAYA AIDILADHA .ini kerana .
Hari Raya Aidilfitri .Takbirnya hanya 1 hari sahaja.
Hari Raya AidilAdha.Takbirnya selama 3 hari jadi . Fikirlah sendiri :)
#Ini gambar masa jamuan PKS haritu . Mana mungkin saya memakai selawa ini hanya kerana membasuh KUALI di dapur rumah .*Mungkin masa Raya sebab tak sempat tukar baju orang dah datang rumah , mungkin masa kenduri arwah , mungkin juga masa pergi open house rumah MAKCIK-MAKCIK :)
Aktiviti sebelum RAYA : (memandangkan raya makin dekat)
*Masa untuk membuka buku KEK dan biskut . (bukan buku BIO)hehe
*Masa melakukan aktiviti pembersihan . (masa untuk ketuk dan membebel adik-adik "Aku dah kemas kau buat sepah balik . .blalaal~)
*Masa untuk aku jadi KETUA RUMAH .haha .(time ni Ayah atau Ibu dah tak kisah dah )
Kalau tanya pasal shopping . .hampir semua dah settle dah seminggu puasa . .Cuma nak tunggu beli baju kurung je ni . .Nak meronggeng duatiga hari sebelum raya . .Nak bersesak-sesak kat JALAN TAR .(masa tu rumah dah kemas dah).(nak mengelak dari kena kopek bawang .hihi) (tak senonoh punya anak dara)
#penutupkata:Saya akan mengemas segala benda , *saya tak kisah , *memang HOBI saya , saya akan membasuh segala periuk kuali senduk pinggan mangkuk , *saya tak kisah , *itu memang dah kerja saya (melembutkan tangan),
Saya akan makeover segala balang kuih Ibu saya (dia pun turut sama) ,
Saya akan masak apa sahaja ,
Saya akan potong segala benda kunyit lengkuas daging ayam kacang panjang . .
segalanya suruhla saya akan buat dengan rasa senang hati dan tanpa rungutan .
Tapi . . . .Jangan suruh saya potong bawang merah .itu saya tak mampu ! Menahan pedihnya mata hingga sakit kepala .tolonglah bakal ibu mertua HARAP MENGERTI .:)(jangan reject saya hanya kerana ini*haha GURAUAN )
. Tiada ibu MERTUA cuma IBU KU dan NENEKKU :DD hehe
###Semoga anda sentiasa bergembira walau apapun aktiviti yang anda lakukan .cuma jangan bergembira main mercun sudahla :) TAKE CARE :DD
Comments