Ucapan RAYA :)

okay .menggeliat sekjap :)

Tak sampai seminggu seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Mesti semua dah dalam mood raya :mengemas , buat kuih , shopping sakan, balik kampung.
Mesti semua dah tak sabar nak dengar pengumuman raya dari Pak Cik pemegang cop mohor raja-raja Melayu kan.
Mesti ada yang nak suruh anak bulan beranak cepat-cepat .hihi


Bila nak raya semua orang mula sibuk ,
Ada yang di dapur , ada yang di ruang tamu ,.
yang tengah masak , yang tengah berkemas , 
Ada juga yang sedang membeli-belah.

Bila nak raya mulalah dengar lagu raya , 
Mestilah lagu P.Ramlee , Sudirman , Saloma dan SITI :)
Masa tu semua saluran tivi tayang wayang free,
Semua saluran tivi buat slot sendiri.

Bila nak raya satu kemestian, 
Pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta,
Bersyukurlah bagi mereka yg masih mempunyai keluarga ,
Berhati-hatilah ketika di jalan raya , 
Kata PM "Usah jadikan leburaya launtan pusara tak bertanda".
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik hendakNya.

Bila nak raya ,
sanak-saudara berkumpul , bertemu melepas rindu ,
Mungkin ada antaranya yg jarang sekali bertemu , 
Saat ini yang jauh didekatkan , yang dekat bermaafan .
Terbayang suasana yang indah .
Kanak-kanak dengan bunga api, remaja dengan mercunnya , orang tua dengan lemang dan rendangnya.
Masing-masing bergembira menyambut hari kemenangan , masing-masing penuh dengan keceriaan .

Tapi ada juga yang berduka , 
Ada juga yang bersedih ,
Ada juga yang kehilangan ,
Ada yg di perantauan ,
Ada juga yg tidak berkemampuan . .
Namun hidup perlu diteruskan .


Ramadhan berlalu pergi , datangmu DIRAI , pergimu DITANGISI,
Entah dapat atau tidak untuk merasakan RAMADHAN tahun hadapan .
Bulan mulia dan penuh keberkatan . .
Satu bulan kau hadir kini kau pergi . Semoga dapat kita bertemu lagi.

Tiba HARI RAYA . .datangnya AIDILFITRI ,
Rai lah dengan penuh kesederhanaan , 
Laungkan takbir , bacakan tahmid , sebulan puasa telah disempurnakan,
Bersyukurlah dan pujilah TUHANMU . .
Bermaafan lah sesama insan , sucikan hatimu, bersihkan jiwamu .
 Jangan lupa pada yang tiada , 
juga pada yang tak berupaya .

Sambil berkunjungan , maniskan senyuman . .
Kurangkan manis dalam makanan , 
Walau ada banyak air berkabornat , 
Walau ada banyak kuih-kuih manis . .

Akhir ucapan . .
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI . MAAF ZAHIR &BATIN . 
#Kalau ada yang terasa hati , tersalah kata , tercuit mana-mana . .segala TER yang tak sengaja atau sengaja minta dimaafkan.
#Kalau ada termakan dan minum minta dihalalkan .
#Kalau ada duit lebih boleh lah hulur-hulurkan .sedekah :)hehe
#Kalau tak bayar zakat fitrah lagi pergilah bayar .:)
#Akhir kata . . .Salam Lebaran .dari hamba yang hina ini .Moga hadir sinar kebahgiaan .

SEBELUM TAKBIR BERKUMANDANG,
SEBELUM AJAL MEJEMPUT,
IZINKAN AKU ,
MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARIMU .
Ikhlas daripada:Mida Midot a.k.a ASMI ASMIDAR :)

Comments

::FAIZ:: said…
eh mida, aku lupa la, aah, masa raya byk wayang free kat tv hehehehe
Asmi Asmidar said…
@::FAIZ FARISH:: hahaha .yeahhh .banyak gila wayng free :)
aiman mania said…
ehh..selamat hari raya jugak..kalo bulan tak beranak,tak rayalah kan??heehee...rindu atuk yg pgg mic tuh....
terokai seni said…
blom nampak anak bulan lagikkkk
Anonymous said…
wah panjangnya entry..tapi bez,suka sgt ngn aayt2 tu..hehe..selamat hari raya mida.. :)
Anonymous said…
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ! :)
SyuhailaYahaya said…
selamat hari raya mida :)

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH