Cerita Syawal.
Salam.
Yoo wasup everyone. *Sesiapa jela yang baca.
yang dengan niat nak stalk atau betul prihatin atau sekadar membuang masa surfing internet. Hai.
Kita dalam musim raya.
Kool.
Raya keempat dah.
Rasanya belum terlambat nak ucap.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN.
Saya di sini dengan hati yang tulus dan ikhlas ingin memohon maaf kepada anda semua.
Jika terlalu jujur dalam berkata-kata, terlampau tajam bahasa masa menulis, terlempang, lepuk, peluk, cium tanpa rela. Termarah sebab PMS. Tersepak, terjerit sampai telinga pekak. Segala benda yang buat anda terasa. Maafkanlah yee.
Tak guna pun kita simpan dendam benci dengan orang. Hidup ini terlalu singkat untuk benci orang.
Jangan cepat sangat percaya rumours. Tak baik kalau tak sambut tangan orang yang nak bersalam. Dosa.Upss.
Dan tak rendah pun martabat kita kalau memaafkan dan meminta maaf pada orang lain .
--
Here goes my Syawal story.
me and my dear lolicious dan segala licious. My BFF yang sedang berjuang di Lendu,Melaka. Raya pertama dia da sampai. Lepas rindu. dan I love her outfits . |
gambar semua tak diedit. tak dapait den nak copy gambar dari insta ke sini. nak tengok yang versi lawa punya boleh la usha instagram. kat kanan ni, kat sidebar ada bahagian gambaq instagram tu kan. tekan view on instagram . haa keluaq semua gambaq.
Tengah bersiap nak keluar.Tiba-tiba Atila call.
Tila: Beb kat mana?
Me: Kat rumah la.
Tila: aku on the way ni pergi rumah kau.
Me: What :O Okay.
Walaupun dapat jumpa sekejap tapi dapat juga lepas rindu kan. I'm always waiting for you to come back and spend time with me. Lovesss much.
Perlu ke gambar nak besar-besar nak memenuhi post. *suketi la belog aku. huaa. melampau.
Baju ini dipilih hasil cadangan ibu dan aunty kedai yang memaksa aku cuba. selepas aku complain yang baju lagi satu tu nampakkan aku pendek.
Semua baju aku hampir tak berkenan, sebab ikut badan la, peplum buat aku kembang semangkuk. Susah betul nak ikut taste retis ni . Itulah hidup sangat atas dasar 3R. Random. Reckless. Rare. Pilih baju pun susah.
Zurina, Nono, Me, Jujaa, Zurin, Yasin, Zubair dan Rosli. Rumah Zurin, rumah yang ke-4. Bihun mak Zurin sedap okay. |
Ini gambar beraya dengan kawan-kawan raya pertama. Muka pasrah tak balik kampung atau takde kampung pun nak balik. Bila orang tanya kampung mana? Kampung Gombak. Hari-hari balik kampung.
Me look so small. Hergh. Redha la. |
Ini depan rumah nenek saya. Rumah last. Rumah ke-enam. Rumah nenek saya dah macam rumah nenek dorang juga.
gua nak sneaker converse sepasang.. |
Raya kedua. Raya kat Jaya Jusco, Wangsa Maju. Saya ada Ayah yang tak berapa gemar nak ke rumah sedara. Sebenarnya okay je, tapi sebab masalah sikit, dan kesedihan tak dapat balik kampung Perak buat raya ke-4. semua macam tak semangat. Kalau balik Perak rasanya da pusing satu Perak. Dari Bidor, Tapah, Sungkai, Kuale, Taiping. Penuh sedara-mara kat sana. Arghh rindunya . dah empat raya der. sobs.
Inilah pengubat hati yang lara LOL. Syok sendiri dalam photobox. Tak payah percaya sangat dengan gambar. Muka cheq tak la se-flawless yang dalam gambar tu. nipu je. edit je lebih.
Saya kakak sulung kepada 8 orang adik-beradik. 4orang perempuan 4 orang lelaki. yang bercita-cita tinggi untuk belajar sampai ke Scotland . dan menjelajah ke seluruh dunia. secara literal nya tengah berjuang melawan kemalasan untuk berjuang lebih gigih untuk mendapatkan 4 rata dalam STPM.
--
Dan saya tak beraya mana-mana rumah sedara pun.
Adik-beradik ayah yang 9 orang. Dah jumpa Alus je.
Duit raya pun belum cukup untuk capai target membeli sebijik telefon android.
Duduk rumah jerla.
Tapi makan je sedap-sedap. Ibu masak bihun sup la,laksa, rendang masak ros. Kenyang je.
Kerja PBS dan homeworksss lain tak gerak lagi. Mula esok kot. Esok kan dah masuk mood kerja LOL
Budak kolej, U banyak dah balik. Budak sekolah cuti lagi. Tolong siapkan yee hw sambil makan kuih.
Apasal raya kali ni rasa lain eh?
Ada orang nak masuk meminang eh?
kbai.
Comments