Profil. Penuh Makna.

ini profile kat Instagram.

saya ada 8 orang adik-beradik. Saya kakak sulung. 

bukan senang jadi kakak. yang sulung.
kena kuat kena teguh kena sabar kena tegas kena pandai.
kena jadi contoh. 
lagi-lagi untuk 7 orang adik. 
4 lelaki 3 perempuan. 
untuk Ibu Ayah. 
segalanya akan tengok Kakak. 
segalanya orang akan tanya Kakak.
segalanya orang akan salahkan Kakak. 
sebab semua Kakak yang kena bertanggungjawab. 
Kalau Ibu Ayah takde siapa kena ambil alih? Kakak. 
--
yang bercita-cita tinggi untuk belajar sampai ke Tanah Scotland.
Tanah yang terletak di Eropah jauh nun sana di United Kingdom. 
sebenarnya mana-mana daerah, pulau atau negeri di United Kingdom itu saya tak kisah. 
samaada.di-Aberdeen,Glasgow,Edinburgh, Newcastle,Leeds,Manchester,Liverpool,Sheffiel,Nottingham,Norwich,Leicester,Birmingham,Convetry,Ipswich,Oxford,Reading,Swansea,Cardiff,London,Bristol,Southampton,Brighton. atau Plymouth,Bournemouth, mahupun Portsmouth.

Yaa. peta United Kingdom tertampal di cardboard dalam bilik.
Kalau boleh di sana.
kenapa sana? :) 
Saja . Nak lihat kebesaran Tuhan di sana ^_^
Atau sebenarnya .
Nak rasa. Nak cari pengalaman sendiri. 
Akibat terinspirasi dari Hlovate. 
Nak jejak kaki. Kalau ada rezeki nak belajar. dan kalau boleh nak bermigrasi.
Insha Allah. Man Jadda Wajada.
--
dan sedang berjuang melawan dengan kemalasan agar lebih gigih dan rajin untuk mendapatkan 4 rata dalam STPM. 
4 rata.
Sebab 2 sem currently pointer. 3.62.
Nak dapat biasiswa.
Sebab itu aku ulang subjek yang dapat B hari tu. 
Aku hanya ambil MUET.
Mungkin Ijazah tahun depan (Insha Allah)
hanya dalam negara. 
mungkin di UKM. 
mungkin Psikologi. 
Insha Allah. 
Apa-apa.4 rata dulu. 
ya STPM. 
ya keputusan MUET bulan 9. 
penggal 3: 6,7,13,18 November
ulangan penggal 2: 26,27,28 Nov & 2 Dis.
MAN JADDA WAJADA.

-- itu saja. 

Comments

i'am huda azali said…
good luck for stpm . 4 rata dlm genggaman ! insyaAllah , amin ^^
Asmi Asmidar said…
insha Allah Amin, Terima Kasih :D

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH