SEMANIS KURMA versi Mida BUKAN SEPAH .
Hello peeps .entri ini adalah entri karat versus kasih sayang .
Semalam secara kebetulan saya ditakdirkan untuk menonton rancangan bual bicara SEMANIS KURMA . dulu masa dulu mula tu adalah tengok sekarang jarang dah tengok .sebenarnya rancangan ini bagus sebagai motivasi diri .
Kebetulan dan ditakdirkan topik semalam tentang 'DENDAM SEMALAM' .macam kena kat batang hidung sendiri .
Tapi saya mahu tegaskan yaa saya bukanlah seorang yang berdendam .yaa memang bukan walaupun keturunan Bugis orangnya garang-garang belaka .
Saya seorang yang mudah memaafkan tapi sukar melupakan .bak kata pepatah Sekali kena , dua kali tahu .
Segala benda yg terjadi saya pasti ianya bersebab , berhikmah dan memberi pengajaran . Tidak kiralah baik atau buruk .
Jadi setiap pelajaran yang saya belajar saya simpan dalam kotak memori dan kotak hati serta saya kepilkan sebagai cebisan hidup di antara setiap tajuk dalam cerita hidup saya . Dan saya akan pastikan ending setiap cerita takkan sama dan kesalahan yang sama takkan berulang .
#Pernah tak anda merasakan anda tidak mahu sesuatu itu berulang kembali tapi kerana Tuhan mahu menguji perkara itu tetap terjadi (perkara yg kita tak mahu) .
Kali pertama ia memberi pengajaran , dan jika berlaku lagi bermakna ia menguji kesabaran . jadi bersabar dan bertabahlah :>
point yang paling penting ialah : SYURGA tempat orang yang berkasih sayang , NERAKA tempat mereka yg memutuskan silaturrahim .
Memberi kemaafan adalah perkara terindah , kerana beban yg kita pikul akan rasa terlepas jika kita memaafkan .
Namun ada perkara yg lebih baik dari kemaafan iaitu BERLAPANG DADA . iaitu kita mampu TERSENYUM , BERSALAMAN dan MEMBERI SALAM .dan Allah menjanjikan kemanisan iman jika kita berlapang dada ..
okay ini adik bongsu saya yg bernama Afizul Amin . dia memakai rantai dan cermin mata saya yg telah dia punggah ketika saya berkemas . Amin amin , dah la takde gigi :D (gambar hiasan semata tiada kene mengena dengan entri )
Comments