AIRMATA KEBERKATAN .
Okay . hari ini aku sangat bersyukur kerana masih bernafas dan dengan itu bermakna aku masih perlu mengambil kertas Kimia terakhir .iaitu kertas tiga . haahh , berserah jela , apa mampu aku buat .buku dah baca , segalanya telah ku usahakan . . akhirnya 1 jam 15 minit berakhir dengan pantas . .sepantas angin lalu. . .
Dan dalam masa 1 jam 15 minit yang berlalu itu , aku telah menulis sesuatu . .di atas kertas kajang Hak Milik Kerajaan Malaysia yang aku dah bayar dalam yuran tambahan awal tahun dulu . okay aku bayar okay yuran peperiksaan bukan free . okay , bukan aku sorang jeee tapi semua pelajar sekolah kat Malaysia ni .hihi.
Sesuatu yang datang secara tiba-tiba , lalu aku terus tulis di atas lembaran kertas yang ada .ecehhhcehh . dan idea itu telah berkembang dari satu benda kepada tiga . dan itu adalah kerana aku seorang blogger tegar yang sangat tegar dan siang dan malamku hanya dihantui blog aku :) memang semua blogger tegar rasa macam tu ke .?
Sesuatu aku tulis , yang kadang-kadang aku tak terfikir pun tentang itu .nak tahu apa . ? tunggulah entri seterusnya ;)
Dan masa pun berlalu , exam dah habis buat hari ni . maka bertenanglah kami kerana exam Fizik pada 29 sept bermakna seminggu lagi . jadi buat masa ni kita lepak-lepak dulu tenangkan minda . Kononnya aku nak jadi pelajar rajin baca buku Fizik , tapi gangguan alam sekitar yg terlalu banyak sehingga buku tinggal atas meja , kerusi tah kemana aku mula membuat group bersembang bersama rakan sekelas Safwan , Muzaffar , Azhar , Nad Zaki dan Amirah .
Dan akhirnya bermula dari tajuk skirt dan malu sebelum rehat dan disambung kepada permainan game seperti DOTA dan sebagainya , kepada filem Inggeris hingga la Hindustan . sangat universal . seronok tahu . mereka bercerita dengan gaya-gayanya sekali betul betul mendalami watak .
Dan bila sampai waktu dah nak balik . Cikgu Kimia , Cikgu Lela namanya pun masuk kelas . Kertas Kimia 1 aku masih lemah :( . tiba-tiba cikgu berkata tentang keberkatan bila semua pelajar dah balik yang tinggal aku , Safwan , Muzaffar , Adli , Safwan , Adibah , Farhan .Sebab Safwan berjaya membuat peningkatan dalam markahnya .Tahniah Safwan.
Cikgu berdiri sebelah aku dan menepuk belakang aku seumpama seorang ibu menepuk belakang anaknya , suara cikgu tiba-tiba berubah . .menjadi sebak , kami seolah tak percaya cikgu mengalirkan airmata .
Cikgu kata :Kadang-kadang keberkatan tu yang lebih . Saya risau sebab awak periksa anak saya pun periksa . . .dia duduk SBP saya tak dapat nak tolong dia .
Saat itu aku turut merasa sebak tapi tak mampu mengalirkan airmata cuma mendengar apa yg cikgu luahkan pada kami . Dalam hati aku rasa macam nak peluk je cikgu . .
Dan terbayang wajah Ibu Ayah . terfikir inikah yang mereka rasa. ? ouh aku mahu buktikannya !
Doa seorang Ibu dan Guru itu makbul . pesan cikgu :Jaga keberkatan ilmu .saat ini itulah yang paling awak perlukan.
#okay ini sijil Penilaian Menengah Rendah saya , baru tadi ambil. 2009 maknanya dah dua tahun . tahun ni dalam masa beberapa hari dan lebih kurang sebulan saya akan menduduki SPM pula . penentu masa depan .wah , cepat betul masa berlalu . Saya akan menduduki SPM bermula 14 November - 29 November . Harap keputusan SPM seindah keputusan PMR dan UPSR . Insya-allah . Usaha yang penting !
#Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali dia sendiri yang mengubahnya .
Comments