My Real 'BOYFRIENDS' . (Second Date Raya )
Selesai sudah kertas biologi , yang tinggal kertas kimia dan fizik . #Sesungguhnya saya bukanlah seorang yg bercita-cita mahu jadi doktor bedah , atau ahli farmasi atau jurutera . Hanya mahu jadi seorang Doktor Falsafah :)
Jumaat lepas 16 september . Hari MALAYSIA . ouh cuti ! memandangkan mood raya masih belum habis , jadi banyak lah rumah yg terbuka dengan hidangan makanan percuma lagi sedap dan menggemukkan . Saya hanya memenuhi jemputan ;) dan menambah lemak tepu .oucchh!
Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain .plan lain jadi lain . Kita hanya mampu merancang ,Benarlah hanya Tuhan yg menentukan .
#Dulu masa kecik-kecik beraya dengan ibubapa je ,mana mereka pergi ikut jela .
#Masa Form 1 form2 mula belajar raya rumah orang , rumah kawankawan tingkatan semualah .
#Bila dah form 5 . rumah mak mentua la , rumah skandal lah , semua nak pergi .takde dah naik bas ,masing-masing bawa kereta tajaan ibu ayah atau motor tajaan sepenuhnya ibu ayah juga .
Okay . gambar semua credit to Muhd Nazmi ! Dia je yang bawa kamera mahal kan . Setelah beberapa hari aku menghantui hidup dia suruh upload gambar baru hari ni dia upload . Terima Kasih Mi . sayang kau lah ;')
Baju Kebaya ni longgar jadi beranilah nak pakai .kalau tak aiseyhhman , tak mahu dah pakai kebaya yg menyerlahkan segala ketulan lemak di badan . Okay saya perlukan diet .
saya tahu ! ~
Sampai jee semua tanya : Kain mana.?? [bukan aku tak pakai apa-apa eh .aku pakai seluar ;) ]
Aku : alahh , sekalisekala apa salahnya . Ah , taknak aku pakai kain naik motor . menambahkan dosa mata korang je nanti .
Rumah Nasrullah ;D
Pergi dengan sedara aku , dah sampai sini .sedara aku tah kemana , aku tah kemana. dia dengan membe dia , aku apa lagi ikut jela lelaki-lelaki sejati ni .
#Sejati tak sejati . cuba lihat mereka berbaju melayu bersamping malah bersongkok lagi . Gila kau tak tertawan nyah ! okay .aku je tak .
Gila kau nak jatuh hati dengan kawan baik yg aku dah anggap macam abang sendiri . Ouhh kalau ditakdirkan yeee~ tak tahu lah nak cakap apa .
#Tapi okay apa . Sekurang-kurangnya mereka ni taat pada agama . cuba tengok gambar ni .
Masa ni kami singgah dekat Masjid Saad Abi Waqas . Raya raya jugak solat jangan lupa ! okay jangan tanya kenapa saya takde . jawapannya : #saya perempuan jadi tak solat dengan mereka .
#patutla tunggu dalam kereta lama .ingat buat apa rupanya posingposing . aiyooo~ sabor jela .memey ar~
yang penting REAL MAN tak tinggal solat ;)
Okay gambar ini dan seterusnya adalah gambar yg akan menimbulkan kontroversi .ayoyoyo ~
Takde apalah sebenarnya . Kita kawan dan kita cool~
Rio:Mi nanti dah upload gambar kau tukar DP FB gambar kita tau .
Saya:Haaa, baiklah Rio . (tapi tadi tukar kejap jee .hikhik)
Saya kelihatan sangat pendek dan gemuk bila bergambar dengan Jejaka Idaman Malaya nih .hahah :D
Okay Tuan Punya Kamera :) Terima Kasih Mi sudi nak upload gambar aku ! ni yang sayang kau ni !haha .
Okay baiklah masa berlalu . Nak study Kimia . aish kalaulah soalan kimia semudah lagu
' Kimia' mesti saya LULUS dengan cemerlang . Takpe kali ni saya akan buat betul-betul dan terbaik ;)
menyelit : okay saya dapat jumpa lagi sorang Mak Su ! gembiranya hati . lain kali lain hari kita cakap masa zaman kanak-kanak terindah saya dan mereka yg saya sayang.
#akhir kata terima kasih Tuan-tuan Kedaung semua yaa . sayang kamu semua . Dengan harapan ukhuwah persahabatan ini terus terjalin walaupun kita dah mulakan hidup baru nanti .ouhh terharunya :'/ Cuma hargai saja masa ini ;D.
#akhir kata terima kasih Tuan-tuan Kedaung semua yaa . sayang kamu semua . Dengan harapan ukhuwah persahabatan ini terus terjalin walaupun kita dah mulakan hidup baru nanti .ouhh terharunya :'/ Cuma hargai saja masa ini ;D.
Comments