My Real 'BOYFRIENDS' . (Second Date Raya )

Selesai sudah kertas biologi , yang tinggal kertas kimia dan fizik . #Sesungguhnya saya bukanlah seorang yg bercita-cita mahu jadi doktor bedah , atau ahli farmasi atau jurutera . Hanya mahu jadi seorang Doktor Falsafah :)

Jumaat lepas 16 september . Hari MALAYSIA . ouh cuti ! memandangkan mood raya masih belum habis , jadi banyak lah rumah yg terbuka dengan hidangan makanan percuma lagi sedap dan menggemukkan . Saya hanya memenuhi jemputan ;) dan menambah lemak tepu .oucchh!

Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain .plan lain jadi lain . Kita hanya mampu merancang ,Benarlah hanya Tuhan yg menentukan
#Dulu masa kecik-kecik beraya dengan ibubapa je ,mana mereka pergi ikut jela .
#Masa Form 1 form2 mula belajar raya rumah orang , rumah kawankawan tingkatan semualah .
#Bila dah form 5 . rumah mak mentua la , rumah skandal lah , semua nak pergi  .takde dah naik bas ,masing-masing bawa kereta tajaan ibu ayah atau motor tajaan sepenuhnya ibu ayah juga .

Okay . gambar semua credit to Muhd Nazmi ! Dia je yang bawa kamera mahal kan . Setelah beberapa hari aku menghantui hidup dia suruh upload gambar baru hari ni dia upload . Terima Kasih Mi . sayang kau lah ;')

Baju Kebaya ni longgar jadi beranilah nak pakai .kalau tak aiseyhhman , tak mahu dah pakai kebaya yg menyerlahkan segala ketulan lemak di badan . Okay saya perlukan diet .
saya tahu ! ~

Sampai jee semua tanya : Kain mana.?? [bukan aku tak pakai apa-apa eh .aku pakai seluar ;) ]
Aku : alahh , sekalisekala apa salahnya . Ah , taknak aku pakai kain naik motor . menambahkan dosa mata korang je nanti .

Rumah Nasrullah ;D 
Pergi dengan sedara aku , dah sampai sini .sedara aku tah kemana , aku tah kemana. dia dengan membe dia , aku apa lagi ikut jela lelaki-lelaki sejati ni . 

#Sejati tak sejati . cuba lihat mereka berbaju melayu bersamping malah bersongkok lagi . Gila kau tak tertawan nyah ! okay .aku je tak .
Gila kau nak jatuh hati dengan kawan baik yg aku dah anggap macam abang sendiri . Ouhh kalau ditakdirkan yeee~ tak tahu lah nak cakap apa .

#Tapi okay apa . Sekurang-kurangnya mereka ni taat pada agama . cuba tengok gambar ni .
Masa ni kami singgah dekat Masjid Saad Abi Waqas . Raya raya jugak solat jangan lupa ! okay jangan tanya kenapa saya takde . jawapannya : #saya perempuan jadi tak solat dengan mereka .
#patutla tunggu dalam kereta lama .ingat buat apa rupanya posingposing . aiyooo~  sabor jela .memey ar~
yang penting REAL MAN tak tinggal solat ;)

Okay gambar ini dan seterusnya adalah gambar yg akan menimbulkan kontroversi .ayoyoyo ~ 
Takde apalah sebenarnya . Kita kawan dan kita cool~

Rio:Mi nanti dah upload gambar kau tukar DP FB gambar kita tau .
Saya:Haaa, baiklah Rio . (tapi tadi tukar kejap jee .hikhik) 
Saya kelihatan sangat pendek dan gemuk bila bergambar dengan Jejaka Idaman Malaya nih .hahah :D

Okay Tuan Punya Kamera :) Terima Kasih Mi sudi nak upload gambar aku ! ni yang sayang kau ni !haha .

Okay baiklah masa berlalu . Nak study Kimia . aish kalaulah soalan kimia semudah lagu 
' Kimia' mesti saya LULUS dengan cemerlang . Takpe kali ni saya akan buat betul-betul dan terbaik ;) 

menyelit : okay saya dapat jumpa lagi sorang Mak Su ! gembiranya hati . lain kali lain hari kita cakap masa zaman kanak-kanak terindah saya dan mereka yg saya sayang.
 
#akhir kata terima kasih Tuan-tuan Kedaung semua yaa . sayang kamu semua . Dengan harapan ukhuwah persahabatan ini terus terjalin walaupun kita dah mulakan hidup baru nanti .ouhh terharunya :'/ Cuma hargai saja masa ini ;D.



Comments

Unknown said…
wahh . lepas raya mida tembam meyh . shumils :)
assalamualaikum,sy sk jg penampilan kebaya cik mida tu,hiiii......nama sy nur atiqah goh bt. abdullah.....

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016