PERUBAHAN SATU PENGHIJRAHAN . (Edisi :Bersabar dan Bertabahlah)
Bila masa berlalu . .
Manusia akan berubah . .keadaan akan berubah . . segalanya akan berubah . .
Tapi hidup perlu diteruskan walau sebesar manapun perubahan yang kita kena terima . .
Perubahan boleh jadi sesuatu yang baik boleh juga jadi sesuatu yang memedihkan . .
segalanya bergantung pada cara kita mengatasi dan mengharunginya . . .
Cara kita nak terima perubahan itu dan teruskannya tanpa menjejaskan diri kita . .
Mungkin ada perubahan yang boleh kita harungi dengan gelak tawa dengan bahagia . .
Namun tak kurang ada juga perubahan yang mampu buat kita menangis , sakit kepala memikirnya . .
Sebab esok masih ada . . Semalam telah berlalu . .
Dan pilihan kita semalam telah menjadikan siapa kita hari ini .
Esok pula sesuatu yang belum pasti . .sesuatu yg dipanggil masa depan . .
Yang hanya mampu dipenuhi dengan perancangan tanpa kepastian . .
Bila perubahan berlaku . . . keadaan menjadi terlalu berbeza . . .
Memang agak sukar untuk memulakan sesuatu yang baru . . .
Kerana segalanya sudah tidak sama . . kerana segalanya mungkin sudah berpusing 90 darjah , atau 180 pasti lebih sukar jika 360 . .
Kerana kita sudah terbiasa . . .tapi kerana masa . .
kerana keadaan dan mungkin juga kerana TAKDIR . .
Perubahan seumpama penghijrahan . .
yang kita tak tahu apa akan menanti di hadapan . .
Tapi selalunya ia menjanjikan sesuatu yang lebih baik . .
Mungkin perit dan memerlukan pengorbanan . .
Namun ia pasti sesuatu yang manis di penghujung ceritanya . .
Hanya Allah yang mendengar segala cerita kita . .tidak kira masa atau sebesar mana dosa kita . .
Pintu taubat sentiasa terbuka luas buat kita selagi nyawa tidak dikerongkong . .
Allah sentiasa bersama kita . .tak kira bila . .tak kira turun naiknya kita . .
Tak kira ketika kita miskin atau kaya , bijak atau bodoh , diatas atau dibawah ,
Hanya Allah . . ketika dia memberi dugaan . .takkan dia biarkan hambaNya keseorangan . .
Allah sentiasa dekat dengan kita . .sentiasa bersama kita . .
Kerana manusia takkan mampu . .
Walau dia seorang isteri atau suami , anak atau Ibu Ayah , keluarga mahupun teman . .apatah lagi seorang sahabat . . takkan mampu bersama kita sentiasa . .
Kerana mereka juga hanyalah hamba . .hanya pinjaman semata . .
Takkan kekal selamanya . . takkan bersama kita setiap masa . . .
Takkan mampu . .Kerana Allah MAHA PENCIPTA .MAHA BERKUASA .
Jadi walau apapun tejadi tetaplah beriman padaNya . .tetaplah berdoa dan percaya padaNya.
cepat atau lambat yakinlah kau pasti mendapat jawapannya :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah menjawab doa kita dengan tiga cara :
1. Ya .Doa itu akan dikabulkan . (Jadi bersyukurlah kerana nikmat boleh mejadikan kita seorang yang bersyukur dan nikmat boleh juga jadikan kita seorang yang kufur)
2. Ya tapi belum sampai masanya . Mungkin mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan kita padaNya . tetaplah berpegang dan yakin . Saat kita mendapatkan jawapannya , segala yang kita lalui boleh menjadi sesuatu yang amat indah :)
3. Tidak , ini bukan yang terbaik untukmu . Boleh jadi kita terlalu inginkan sesuatu yang tidak baik untuk kita .Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI sesuatu yang lebih baik untuk kita . Allah takkan menganaya hambaNya . hanya kita yang menganaya diri kita sendiri .
#Masa berlalu .manusia dan keadaan mungkin berubah . namun gambar ini tak pernah berubah ;)
Adik-adik tersayang :)
Moga ukhuwah ini kekal selamanya . Andai itu yang dapat akak minta :)
Comments
MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah
bagus post ni