Posts

Showing posts from September, 2014

3 Weeks.

Ada masa kita rasa susah .Ada masa kita rasa serabut. Ada masa semua benda rumit.  Masa ni lah tiada daya kekuatan dan pertolongan yang kita harapkan melainkan dari Dia.  Selalu kita rasa perancangan kita dah cukup baik tetapi mana boleh lawan hebatnya pengatur yang di atas sana. "Kalau Allah SWT nak tolong kita, takde apa dalam dunia boleh halang kita. Tapi kalau Allah SWT tak izinkan, segala jenis macam genius pun takkan mampu nak tolong kita" Nak Dia tolong waktu sempit, banyak doa waktu lapang . Doa hari-hari moga urusan dipermudahkan . Selalu yakin dan yakin Dia akan tolong. Banyakkan bersabar . --  3 minggu berada di sini. Sedikit sebanyak apa yang aku dapar perhati dan praktis. STPM adalah antara pilihan terbaik sebelum nak lanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. STPM merangkumi semua perkara . Dengan syarat kita kena perform lah masa STPM. Harusnyalah barulah jadi berguna. Terima Kasih cikgu. Dan menjadi bahan eksperimen ada baik buruknya. Ambil lah yg baiknya....

TIPS; TRICKS; STPM; SISTEM MODULAR; 4 RATA

(31/8)May peace be upon you! and Hi! maka saya menjelma lagi untuk kesian kalinya. belum masuk september lagi makanya satu perkembangan yang bagus untuk entri kedua bulan ni dan keenam tahun ni. Syabas merey betey. Terlampau sibuk sangat dengan itu ini, dan paling sibuk dengan penangguhan. teruk betul la haih, ini pun menulis jam 3:55 AM waktu semua orang sibuk diulit mimpi indah.Selalu setiap malam macam ni sejak lebih dan kurang sebulan da. Ini pun sebab balik dari tengok LUCY dan lepas packing barang. fuhh. sesak nafas sungguh. Lama dah ceq nak tulis entri ni. Entri ni special lain macam sikit sebab atas permintaan ramai. Seperti yang anda ketahui saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia*syukur alhamdulillah. terima kasih buat setiap titipan doa. Saya akan mendaftar 1 September ini bersamaan lagi dua hari. Itu yang kena juga paksa diri tulis sebab takut nanti langsung ta...