Posts

Showing posts from December, 2017

It's not much but I'm happy.

Image
Ada masanya yang kecil, murah dan sedikit itu lebih membahagiakan dari memiliki banyak, besar tetapi membebankan.  Tidur di atas lantai kaki lima, rumah kecil, menaiki kereta kecil dan motosikal. Makan ikan kering. Nampak murah dan susah tapi kadang-kadang perasaan mempunyai sikit itu lebih menyenangkan. Jadi, bersyukur dan berbahagialah dengan yang sedikit. Dan jangan kita menilai orang hanya kerana dia mempunyai sedikit. Tanya kembali pada diri kita, adakah yang mewah itu benar membahagiakan. Aku rasa kita tak perlu menjadi orang paling kaya di dunia untuk bahagia. Tak perlu memiliki iphone atau sebuah kereta mewah. Kerana semua itu tak menjanjikan bahagia diakhirnya.