Tanggal 30 Disember 2013 bersamaan 26 Safar 1435 hari Isnin. Seorang yang aku anggap adik pergi meninggalkan aku dan semua isi dunia buat selama-lamanya. Godek fail 2012 jumpa gambar ni. Ini gambar 2012 masa aku mula masuk tingkatan 6. Masa tu kamera yang aku ada sekarang baru lagi.. Jumpa Diba dekat kantin. Terus tangkap gambar dengan dia.. Adibah Nor Khairy.. Seorang kawan yang dihormati, seorang pelajar yang disenangi, seorang adik yang disayangi dan seorang mujahidah yang dirindui. Adibah was a very good girl and strong mujahidah. Nak kata kami rapat bolehla. sebagai seorang kakak. Adibah aku anggap macam adik. Dia salah seorang antara ramai adik aku yg kat sekolah yg jumpa.akan tegur... "Kak Asmi, lama tak jumpa" dan terus peluk.. Adibah dulu selalu call atau text.. "Akak free tak..I need to talk to you" bila dia rasa down atau rasa berat sangat ..ada masanya dia cari aku cerita dan minta pendapat.. Dan dia tak pernah jemu sampaikan dakwah dia.. Setiap ...