Sale?
Bila tengok sale dimana-mana macam seronok je. Macam rasa nak membeli. Bukan sebab keperluan tapi sebab kepuasan. Nak kata banyak duit tak juga. Dulu mungkin aku akan beli tanpa berfikir panjang tapi bukan sekarang. Aku rasa banyak faktor yang diambil kira sebelum nak beli sesuatu terutama yang namanya pakaian. Faktor usia atau kematangan. Kedewasaan ini sense fashion akan perlahan-lahan berubah, pemilihan jenis baju, pemilihan material, pemilihan warna. Nilai kosmetik bukan lagi jadi keutamaan. Keselesaan diletakkan faktor utama. Persekitaran kerja juga memberi kesan, da kalau kerja bahagian warehouse susah ya nak pakai lawa-lawa ni. Lagi pula pergi balik kerja jalan kaki. Kasut yang paling selesa; sport shoe. Flat BO walaupun cantik dan 2 RM80 tapi tak jamin keselesaan. Takpela terima kasih. Bukan tiada kasut cantik untuk ke event tertentu tapi cukup da rasanya?
Lifestyle pun perlahan-lahan semakin berubah. Sneakers atau sport shoe. Nak nampak casual pun cukuplah sandal. Pemilihan warna sekarang lebih kepada warm atau nude colour. Paling selamat, warna hitam. Beg pun aku pilih hitam. Senang nak pakai dengan apa-apa pakaian. Kalau seluar semua hitam pun takpe. Asalkan selesa dan tahan lama. Lepastu tentang beban pakaian, sedar tak sedar baju bertimbun-timbun. Beban nak simpan, nak basuh, nak jemur, nak sidai. Sebenarnya kita hanya pakai baju yang kita selesa sahaja, ulang-ulang. Baju lain? Tersimpan. Itulah erti pembaziran tanpa sedar. Lepastu da banyak-banyak ni tak pakai nak buat apa? Buang? Donate? Maka the environmentalist in me kick in. Dari pembuatan baju sampai la bila kita da tak mau baju tu. Proses tu je da memberi kesan pada alam sekitar. Kasihan pada bumi. Pentingnya kesedaran, pendidikan dan kesederhanaan. Jadi, biarlah orang lain membeli. Sale? Pass. Except if I really need it.
Comments