Semoga Allah Memberkati Kamu :)

haruslah Assalamualaikum :)

Hai readers . entah ada lagi ke tidak readers :) still I'm going to say HI kalau pun syok sendiri . it's okay .Dah lama sangat rasanya jari ni tak ketuk papan kekunci atau lebih spesifik lagi ...mengetuk papan kekunci lepas tu post dekat blog .Hari ni dah 17 Februari 2012 .. cepat kan masa berlalu .terlalu cepat ...lagi-lagi bila aku kerja 10 jam satu hari ..bangun .blablabla -> Kerja.kerja.kerja.kerja .lepas tu sampai masa mengantuk . here come customer ..then meet new awesome people .then one incredible moment happen .-> balik rumah . mengarut kat twitter . --> tidur . dan ...macam tu jela hari-hari ...

Lagi-lagi aku kerja kat Ummah Way . kerja kat sini lain dari tempat yang lain . sebab orang sekeliling aku , majikan dan segala yg sekufu dengannya bukanlah orang Malaysia ...cuma customer je orang Melayu Malysia ,itu pun ada je customer yg dari Jordan , Somalia , Nigeria , China of course dan banyak lagi . kebanyakan mereka sama ada pelancong atau pun pelajar UIA . yang penting semuanya Muslims . yela kedai Butik Pakaian Muslimah kan . :) Jadi aci grammar broken pun no problem ,<- ini adalah tanda bahasa Melayu aku semakin rosak . sebab Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa pengantar utama aku kat tempat kerja . nak ke tak nak , broken ke tak kena aci redah je .Itu dengan Najma ,Ishak , Jahida ,Hajah Zainab dan Taudiha je aku cakap English ..dengan Haji Hassan,Musa dan Taufiq aku cakap melayu lah . (sebab ada antara dorang yg faham dan boleh cakap BM) cuma mak Jahida ..Aiee Aisyah . *Aiee=Mak Cik . dia baru sebulan datang Malaysia ,ini yg pertama kali so dia tahu English sikit-sikit ...Bahasa Melayu apah tak tahu lah kan ...agakla ada masalah komunikasi mula-mula tapi sekarang dah okay sikit ..sebab aku dah ajar sikit-sikit bahasa ... dan aku punya bahasa cina pun okaylah dari aci tahu yi , er ,san , tse je kan :) 

Bila ajar orang asing yang memang tak tahu langsung bahasa Melayu barulah aku sendiri berusaha dan buka mata untuk belajar bahasa sendiri dengan baik . dan menghargai keistimewaan bahasa Malaysia ni . Bila fikir-fikir ...dan cuba korang ikut fikir sekali .. kebanyakan orang Melayu yg beragama Islam takde masalah pelat dalam membaca al-Quran betul? Alhamdulillah . itu baru satu . indah kan bahasa kita . dan kalau anda juga perasan seperti saya ..atau aku je yg baru perasaan ...Hari dalam Bahasa sama dengan hari dalam Bahasa Arab .manakala bulan dalam bahasa sama dengan bulan dalam bahasa inggeris (itu ketara lah kan) Dengan ini sejarah juga telah membuktikan bahawa bahasa kita banyak terpengaruh dari British dan Arab yg pernah berdagang dan menjajah negara kita . betul ? itu belum masuk kepelbagaian budaya ,bangsa dan juga makanan terutama nya . It's really eye opening tahu untuk mengenali negara sendiri . apa kata pepatah ; Hujan emas di negera orang , hujan batu di negara sendiri . paling best bila pasal MAKANAN .. haha ^^ ini memang selalu jadi topik utama kitorang ..Tapi lidah orang China mana nak sama dengan orang Melayu . yg penting ...HALAL atas satu agama yg suci ISLAM :) semua jadi satu ;) Subhanallah .

Itu baru satu dari kebanyakan eye opening aku . ada banyak lagi sebenarnya perkara yg buatkan aku berfikir ...betapa besar dan indahnya ciptaan ALLAH SWT yang nyata tiada satu pun sia-sia ....paling bertuah bila aku dapat jumpa customer dari pelbagai rupa , bangsa ,negara ,bahasa , budaya ...dan pelbagai jugalah kerenahnya kan ..tapi tu cukup sempurna bagi aku . hari-hari pula tu aku dapat tengok cinta . Cinta yg paling indah untuk dilihat adalah cinta yg halal kerana ALLAH SWT .

Ini salah satu bukti cinta kerana Allah SWT . comel kan . Aiman Abdul Rahim ...ayahnya berasal dari Somalia ,ibunya pula dari China . MasyaAllah ....
Inilah mak Aiman . Najma Hu :) Najma said; His father son ,not mother son . hehe . sebab Aiman memang tak nampak mcm anak orang Cina pun ...Najma dah lama dah datang Malaysia ...dari tahun 2005 , masa tu dia belajar kat Kolej Insaniah (KUIN) ..then dia balik China lepas bersalin ...now datang Malaysia untuk bekerja .. Najma ni fasih berbahasa arab .bahasa melayu sikit je dia ingat banyak dah lupa jadi bahasa pengantar utama kami bahasa inggeris . hee aku pula dah lupa banyak bahasa arab walaupun lulus dengan cemerlang masa exam tapi betullah ILMU yg tidak diamalkan ibarat pokok tak berbuah . dan salah satu perbualan kitorang . 
Me; Najma , i wonder why you all like Chinesse , Somalia and etc like to come to Malaysia to study and etc.
Najma ; Because the first reason is ; Malaysia is Islamic country . second; because Malaysia is a beautiful Muslims Country and three; if people from anywhere want to visit Asia ,  all people will says come to Malaysia because you don't need to go India to meet India people , you don't need to go to China to meet Chinesse people .just came to Malaysia . 
Me; Indonesia also Muslims country right ?
Najma ; We also like to go Indonesia , but Indonesia so many problem ...Malaysia have but not often .
dan dalam hati rasa bangga jadi ANAK MALAYSIA ....dan rasa mcam kalaulah rakyat Malaysia boleh buka mata dan lihat semua ni . 

Anyway Najma is a good sisters and funny :) I already love her like she is my sister because i don't have one ~ :)
This is the most amazing , adorable , and best friends that I know from China . usia perkenalan baru je sebulan . masalah komunikasi terlalu banyak . tapi itu bukan masalah yg utama ...Najma boleh jadi translator kadang-kadang ^^ Kakak isteri kepada Boss :) Aiee Aisyah ... itu pengaruh aku lah yg pakai selendang tu ;p sebab setiap hari aku pergi kerja aku pakai tudung lain , style lain . ada satu hari tu memang aku jadi tuto jela tunjuk cara pakai pashmina macam mana . Sharing is caring for me since before :) We have many in common walaupun Aiee dah 39tahun tapi kitorang still macam kawan je^^ Lagipun Jahida tua setahun je dari aku ,jadi aku ni mcm anak perempuan dia juga la. Tahu tak kampung Aiee kat China ada salji ! aku like bestnya *.* dan Aiee kata kalau satu hari nanti aku nak pergi China dia jadi pemandu pelancong aku .Insya-allah .mana tahu satu hari nanti kan . dan aku harap masa tu aku dah mahir la Bahasa Mandarin .kalau takde masalah bahasa memang lagi banyak la cerita kitorang berdua  ...

Jadi ...disebabkan terlalu lama tak menulis .panjang semacam pulak lah karangan aku ni . Hahaha. Tapi memang sebenarnya tak cukup jari 5 aku nak taip cerita yg lebih kurang sebulan setengah aku kerja kat Ummah Way ni . setiap hari mcm hari yg baru . memang setiap hari bangun with nothing to expect . It's fun really fun but at the same time I miss school . I miss  co-op juniors ,members and teachers . rindu jugak nak buka buku ,buat homewrok , tidur dalam kelas ..dengar suara cikgu membebel , bahan atau kutuk orang ....memang rindu ! Tapi terasa juga macam kat Koperasi masa PKS . tapi bezanya masa kat PKS cuma terangkan apa yg ada kat KL ni ,interaksi pun dengan tamu dari Malaysia juga .Tapi kat Ummah Way ..terangkan apa yg ada kat Malaysia , apa istimewanya Malaysia .kira macam up satu level lah . serius aku rasa mcm boleh buka agensi pelancongan sendiri dah .HAHA 

dan sampai situ je dah penat nak taip , sakit tengkuk dah ni .tak tahu bila aku boleh menulis lagi . jadi BARAKALLAH :)

Comments

kim said…
Now suddenly feel more proud being a Muslim in Malaysis :-)

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016