FORM 6 PRO and CONS . #sistem modular, subjek ,PBS

Assalamualaikum ... melihatkan entri lepas mendapat views yang banyak dan sambutan yang menggalakkan ..maka nyaa saya memutuskan untuk menulis entri ini ...
last year . 2011 . Lower 6 . 6 Bawah Murni .
let's talk about serious thingy about form 6 .

Untuk pengetahuan semua .. form 6 ni bukan la ayam-ayam .. it's really tough . for real .

Bagi sesiapa yang masih keliru nak ambil aliran apa .here the tips from my true experienced . memandangkan anda adalah junior pertama kami .. sebab kami batch pertama sistem modular . ada la rasa bangga sikit . lol

Pertama sekali yang anda kena fikir masa nak pilih subjek ialah ..
Degree nanti nak ambik apa ? apa aku nak jadi sebenarnya ? kalau aku ambil subjek ni boleh tak aku sambung benda ni untuk degree nanti? tanya la diri sendiri . 

tanya juga ... betul ke aku nak tempuh form 6 ni . Kalau yeee ...

kalau anda dapat aliran sains . fikirla .. betul ke tak nak ambil .. sanggup ke struggle . orang kata sains stpm susah gilerr memang killer .. well from my point of view . it is .. sebab yg ada dalam kelas sains tingkatan 6 SMK Gombak Setia sekarang ada 3 orang je . kalau dapat offer kat tempat lain .. pergila .. kalau betul la nak stick dengan sains thingy~seriously ..

kebanyakan yang dapat aliran sains akan tukar aliran kemanusiaan .ramai yg masa form 4&5 ambil aliran sains tapi masuk form 6 ambil kemanusiaan . macam saya ni ... yg flunked add math . aliran kemanusiaan banyak ... yang saya ambil .. Geografi , Bahasa Melayu , Sejarah .. kelas lain ada Pengajian Perniagaan , Ekonomi dan ICT .

Ramai yang masuk form 6 akan jadi cikgu . betul ...
Ramai yang ambil Sejarah nak ambik law , psiko blabla . sebab sejarah ni  skop dia besar sikit ..
Kalau Geografi tough sikit sebab dia macam sains sikit ..
Bahasa Melayu okay la .. cuma kena kaji tu kaji ni ....
yang lain wo pushi tao .

Talking about sistem modular dengan lebih detail ..
Adik-adik ,akak sarankan kat awak semua kalau betul nak ambil tingkatan enam ...
Be serious , tough and be prepared ...phisycally ,mentally , emotionally
Sistem belajar sama je pressure cooker macam matriks ..cuma komitmen kita lagi banyak ..
Nak fokus satu benda memang agak susah . Easy no Possible Yes !
Anda akan tahu komitmen yg saya maksudkan kalau anda masuk form 6 ...
Once , da masuk form 6 ... focus la .
Except anda memang nak keluar ...
For me better kalau rasa nak keluar tu , keluar awal-awal ..
Tapi kalau nak stay ... Just stay . No matter what ..
Habiskan je ...
Sebab sistem modular memerlukan anda fokus dan struggle ...

First sem , ada lebih kurang 5bulan untuk study lepas tu exam .
Second sem, tough sikit sebab ada PBS . di mana anda WAJIB menulis esei berbentuk kajian .Kalau Pengajian Am tidak lebih 5ribu patah perkataan .. Sejarah tidak lebih 3ribu patah pekataan . Bahasa Melayu kena tulis 8 karangan .
Time nak buat PBS memang pressure .masa ni lah merasa tak tidur malam , mata sakit hadap komputer , pergi sana sini cari bahan , kena print itu ini ,kena soal , temubual orang ..kena virus ..sakitsakit . trust me... merasa lah time ni kena buat pembentangan ala-ala macam kat U . serious .
sebab kalau tak submit PBS . terus X kat paper tu maknanya kita tak ambil exam tu .Janganlah susahkan diri . buat jela PBS tu bukannya susah kalau kita bersungguh .. Kelas saya pun 3 orang berhenti tahun ni ~

Alhamdulillah .. saya dah habis submit tiga-tiga .. markah tak tahu lagi . I just did my best.
tapi nanti sem 3 ada lagi satu untuk Geografi dan BM kerja buat thesis 10ribu patah perkataan .
Sekarang tulis pakai riban je tak pakai ratus . karangan bahasa melayu kena tulis 650 tu jangan terkejut la .
Paling sikit dalam MUET je 150-200 patah perkataan je HAHA
Bulan 7 nanti kena ambil MUET pula .. kalau tak ambil MUET tak boleh masuk U you guys . it is compulsary tahu .
Subjek lain saya tak tahu .. Boleh kot kalau nak tengok kat MPM 

Memang kena fokus . Kalau rasa nak bercinta better jangan masa-masa ni ..dan nasihat saya ..janganlah yg pra-universiti juga . kalau ye pun suka sama suka .. bermujahadahla dulu .belajar dulu .. jangan serabutkan kepala dengan benda yang tak penting sangat . sebab PBS tu dah cukup serabut nak fikir .
Kena pandai bahagi masa . Kena banyak sabar . Kena kuat .
Sebab masa lower six , agak la boleh gembira sikit .bila dah masuk upper six , rasalah dengan PBS semua ... lepas tu lagi lah kalau anda AJK MPPU(Majlis Pelajar Pra U) .serious berjalan tak cukup tanah , tak cukp nafas , taip tak cukup tangan .

saya harap entri ini membantu .
8 Mei minggu depan saya akan sambut junior . Rasa bangga first time nak sambut junior .
Tapi kami jeles dengan anda . anda bukan pioneer macam kami .
Kami masa masuk , dengar sistem modular semua blank .macam masuk twilight zone . cikgu-cikgu pun . buku susah nak dapat . syllabus tak sama macam dulu~*siapa nak buku saya saya jual PA,Geo,Sej all three RM 50. In sha Allah .sem 1 saya tak repeat :)
Tapi korang untunglah ada senior boleh rujuk , cikgu pun dah tahu nak buat macam mana ...
so , hargailah peluang yang ada . seriously kalau fokus ...memang boleh score .

Kalau nak buat pertukaran sekolah nanti masa daftar ada borang jangan risau .
Kalau nak tukar aliran pun boleh jangan risau .
Bawa la Salinan-salinan yg biasa macam surat beranak, IC sendiri , IC mak ayah , result , surat tawaran tu print .... Bawa jela ...
Kita jumpa ye Rabu minggu depan bagi adik-adik junior lower six SMK Gombak Setia .
Akak akan ada kat bahagian jualan .
dan bahagian orientasi . Nak cari akak cari je Kak Asmi 6 Atas Murni :) S/U MPPU.

Good Luck  . dan hati-hati yee dengan kakak abang yang memasang mata :)


Comments

Anonymous said…
hai Kak :) saya baru cek tawaran form six tadi heheh dan saya dapat aliran kemanusiaan . akak ckp ' ramai masuk form six dapat jadi cikgu ' jadi saya ingin jadi cikgu tapi tdak tau mata plajaran yg harus saya ambil spaya sa dapat meneruskan cita2 saya .
Anonymous said…
poyo minah ni .
Asmi Asmidar said…
Awak kena tahu awak nak jadi cikgu apa. Cikgu geo? Ambil geo. Cikgu sejarah? Ambik sejarah. Cikgu ekonomi? Ambil ekonomi
Anonymous said…
Salam. Nak tanya. Kita guna komputer atau tangan nak buat esei ribuan patah perkataan semua tu?
Anonymous said…
Yang karangan beribu-ribu tu , dalam exam ke kerja khusus?
Anonymous said…
saya maybe dah x nak amik sains form 6.......dah serik dah
Unknown said…
Ade subjek ICT , Pengajian Am , Pengajian Perniagaan , Seni Visual & MUET .....? kalau ade kat sekolah mana ?
Anonymous said…
kalau saya tak amik aliran sains mase form 4 boleh amik dak sains tulen mase stpm?
Syuhada said…
Akak boleh saya tau smk gombak setia ni bidang sains sosial ade ape? Sbb saya dah search tak ckp pape pon psl bidang2 dia

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016