Cerpen: Saja Cuba-cuba :)
Aku melangkahkan kaki selaju mungkin. Sebab awan nampak berarak kelabu. Petir berdentum. Dulu, aku selalu takut hujan. Bila hujan kita mengeluh, bila hujan je kita merungut. Lagi-lagi budak sekolah. Kita risau baju basah, kasut basah, buku basah. Kita lupa hujan itu rahmat. Selepas hujanlah tumbuh pelbagai flora. Kerana hujan itu dunia ini dipenuhi warna. Kini, selepas memahami hujan. Aku hanya mampu berdoa, agar urusan dipermudahkan dan hujan yang turun ini membawa rahmat. Ceh, ayat sangat falsafah. Sampai saja di bank, aku terus tekan nombor. Tapi hari ni ajaib, atau hari bertuah? Selalu hari Isnin ramai orang. Ini kosong. Mudah urusan. Alhamdulillah. Lihat jam. Eh, awal lagi. Singgah MPH. Aku nak cari satu majalah ni, majalah Dewan Kosmik. Tapi tiada. Dah berapa kedai aku cari. Memang majalah ni tak jual kat pasaran ke apa? Okay. Setelah agak penat bermain explorace ,aku berputus asa. Aku melangkah ke sudut yang terletak buku FIXI dari rak atas samp...