'AZAM'?

Sudah hari keenam 2014.
Ini blog post pertama untuk 2014.
Masih tak terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru kan. *Baharu
Tahun ni dah kena bawa angka 2 dekat depan.
Sebenarnya kalau ikut kalendar hijrah aku dah masuk 20 tahun sebab lahir 23 Muharram 1415..
(Nak tahu tarikh hari lahir tahun hijrah, google 'tarikh lahir dalam hijrah' nanti ada converter)
Azam tahun baharu? Sebenarnya aku dah tak tanam azam tahun baharu dah sebab aku rasa azam tahun baharu tu macam angan-angan. macam benda trend. kau buat sebab orang tanya apa azam tahun baru.
*kalau kau cakap nak kurus, tahun depan mesti kau akan jumpa azam tu lagi. phew
Sebenarnya bagi aku tiap hari kita kena ada azam perbaiki diri kita. untuk jadi lebih baik.
Matlamat, impian atau 'azam' aku sentiasa berubah.
Tengok pada situasi dan keadaan.
Bila aku rasa aku perlu tukar aku tukar.
Bila aku rasa aku nak ber'azam' aku azam la tak payah tunggu tahun baharu.
Tak payah tunggu tahun baharu nak berubah, itu semua dah tak in-trend.
Kau rasa nak berubah, berubah je..
Sebab belum tentu tahun baharu depan kau hidup lagi kan.
Aku yg cakap ni pun sama. Perbaiki diri hari-hari bukan bila tahun baharu je.
Sehingga berjumpa lagi. -- Aku nak capai apa yang aku azamkan dan inginkan selagi aku bernyawa ni.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum kakak :) Alhamdulillah kak, tahniah sbb dapat 4 flat stpm! smoga Allah terus hadiahkan kejayaan buat akak selamanya , amin. akak, saya bakal amik f6 tahun ni. sy agak risau wlaupn sy di alirn kmnusiaan, sy risau nk amik f6 sbb sy dgr agak susah. akak ada tips x utk saya? thanks kak :)sy nak sgt dpt 4 flat mcm akak. sy nk tebus kekecewaan tyme spm dulu huhu.
Asmi Asmidar said…
Waalaikumussalam. InshaAllah. Akak ada post tips bulan 9 2014 . Harap membantu awak. Mungkin awak da nak masuk U atau masih di sem 2. Semoga berjaya yaa.

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH