Keputusan.

Assalamualaikum !

Hampir nak sampai setengah abad juga la aku tak update blog ni. buka dashboard nampak 472 posts last published on 6 Jan. sekarang da bulan April. pecah rekod. nak update ni pun macam-macam halangan ada terutama kemalasan dan penangguhan. aiseymann, maka dengan kesungguhan hati tertaip juga la entri ni dengan penuh azam dan kekentalan.

 Say about lama tak nampak mana tercampak. Aku sekarang bekerjaya. Walaupun cuti mahu lah ada 10 hari sebulan tapi cuti aku tak produktif selain daripada tidur aku hanya tahu makan. itupun kalau cuti duduk rumah. hampir kebanyakan cuti aku tak duduk rumah. erm yeay. Now working at Cash Converters Setapak depan KL Festival City. mahu tahu lebih. Dikerajinan lain kali pula aku cerita, kali ni nak cerita lain.
*aku tahu dalam diam ada yang secara sulit mengintai blog aku kankan . sampai orang yang aku tak sangka baca pun baca juga. Terima Kasih.. datang lagi nanti bawa la Subway ke Cool blog sekali tinggal kat sini biar tuan tanah rasa dihargai.blablaandbla

kembali kepada asal . nampak tak article Berita Harian 19 Mac lepas. nampak tak.Tbh (to be honest) I never thought I will be one of them. oh yeay Alhamdulillah.
Buang balik pada hari kejadian.
19 Mac, keputusan kesuluruhan STPM keluar. Malam tu dah habis segala kerah dan serah hanya padaNya dalam doa hanya dimohon sedikit kekuatan, dan serah seserahnya apa yang terbaik untuk aku buat la ya Allah, aku terima. that's it. Aku yakin apa pun yang diberi Dia yang terbaik. Pasti ada hikmah. Dia Maha Tahu. Jika kau yakin tiada sikit walau ragu atau takut dengan takdir Dia.

tapi ada juga sedikit cuak ke bebeyh. biasalah tu kan. watlekwatpeace.siap lambat. pergi lambat. yela ingat macam tahun lepas. kita buka result baru tahu. dan malam tu dah boleh check tapi.... aku tak check pun malas dan nak suprise konon .12:30 tengah hari gerak dengan Maryam Jamilah dihantar ayahandanya Encik Miswar, dalam perjalanan dorang dah sibuk telefon .Ingat rindu sangat sampai tazabar nak jumpa.So we just "Ala, rilek aahhh"..

Sampai sekolah dengan debar di dada, (baca entri ni dengan nada sakarstik) dupdapdupdap terdapat sedikit adrenaline rush, dengan tabah memasuki Dewan Gemilang Setia. disambut dengan suara Cikgu Azlina dan muka cikgu-cikgu yg agak mencurigakan dengan senyuman. Mr.Lok cuba memberitahu sesuatu. I was like. " Sir, shhhhhsshhhh" orang tengah takut sir buat kalut pula. baru je nak panaz bontot ambik kerusi duduk. cikgu umum "Ada 3 orang mendapat 4 flat" my classmates looked me like "asmiiiiiiiiiiiii......." I was like... "whaaattttttttt" ... pertama ; Syazmir Hariz. oemgeeezzz , Dia menangis. aduhhh "Mir ni spoil betul, janganlah gua tak nak titis air mata." kedua: Asmi Asmidar. dalam hati "senyummmsenyummmsenyummm. Jangan nangis. Just don't" and YES , gambar di atas menjelaskan segalanya . nak suprise kan. Nahhhh ambik baek punya suprise, sampai lost. tak tahu nak cakap apa...... biar beteiiiii. gua 4 flat. oh yaa nama ketiga Nur Kharunnisa Sayudi! yahhh thats my friend!

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Lailahailallah wallahuakbar.. Allahuakbar walillah ilhamd!
Segala puji hanya bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Memang aim nak dapat 4flat tapi tak sangka dapat. Benarlah tiada apa yang mustahil pada zatNya.
result tu ikut turutan subjek PA, BM, Sejarah dan Geografi.

Aku dah pernah la kira masa sem 1 dapat 3.84, sem 2, 3.42 selepas repeat, 3.92,sem 3, 3.92 dan PBS semua A. kalau dicampur darab bahagi . Paling tinggi aku expect dapat ialah 3.90 . Itu yg aku buat rilek pergi sekolah, ingat buka sampul baru semua tahu result rupanya dorang ada list ikut ranking. Memang susah nak percaya. sampai memang sujud syukur sesyukurnya. mungkin ini semua berkat doa semorang. dekat jauh yg nampak tak nampak. Doa Ibu Ayah, Cikgu, kengkawan! Terima Kasih sebab tak pernah berputus asa mendoakan saya. tak pernah berhenti beri semangat dan keyakinan. Ini semua dengan izin Dia, aku takkan mampu tanpa izin Dia. masih lagi dalam mood terkejut sampa laa nii.

 Tapi aku nampak ramai orang gembira. I'm happy when people I loved happy! Cikgu senyum lebar, cikgu nangis, cikgu peluk erat. Aqilah Mohd spend RM50, BB1M dia untuk hadiah saya. Maryam melompat gembira she keep saying " I'm proud of you. my friend is one of 492 ppl yg dapat 4flat tu" . dan cikgu-cikgu yg mengajar saya masa tingkatan 5 pun jumpa dan cakap "TAHNIAH"  yayy with capital letter, yelakan masa aku form 5 aku ni pemalas, kuat main, berangan selalu dapat nombor 3 kebelakang. ouh yes. that's reality. siapa sangka, aku sendiri pun terkezut.

Alhamdulillah! Tak sempat nak celebrate lagi pun. tak celebrate langsung pun . eh chop! dengan Aqilah Mohd seorang je. Alhamdulillah pelangi yang dinanti muncul juga. Indah rasa dia.
Semua orang boleh berjaya. Nak atau tak terletak pada kita. bukan pada tempat tapi kesungguhan hati, tiada alasan siapa lebih bijak. tapi ia tentang kesungguhan dan keberkatan. sebab pada Allah SWT tiada apa yg mustahil. yang dulu aku tak pernah sangka aku masuk form 6, yg dulu aku ragu-ragu, tapi perancangan Dia yang terbaik.
Dia Maha Mendengar. maksud firmannya"Mintalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan."
"Maka nikmat Tuhanmu yang mana hendak kamu dustakan?"

p/s: TERIMA KASIH kepada Ayah ; Encik Zainal Rashid dan Ibu; Puan Yusnazirah.adik-adik Ami, Ayu, Ijul, Wad2, Ina, Ikin, Amin! Buat cikgu-cikgu form 6 khususnya, Puan Laila, Puan Zaiton, Puan Zaharah, Puan Azu, Puan Azlina, Puan Norma, Puan Inche, Puan Rosnah, Puan Wan, Mr.Lok, Encik Azhar , *semua juga guru ditingkatan enam dan di Gombak Setia(walaupun aku pernah nakal buat hal kat sekolah HAHA) dan cikgu dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah amnya. Untuk teman-teman seangkatan yg harung redah tingkatan enam sama-sama; 6 B/A MURNI, Majlis Pelajar Prauniversiti, mereka di Sidang Redaksi,  yang studi group sama-sama dari sem 1-3 dan ulangan Zurin, Zurina, Yasin, Zubair , Rusli, Mala, geng studi lepak Zubaidah Nono, Huda, Che Pah, Ayol! kawan baik: everyone . mostly Aqila Liyana & Maryam Jamilah , kawan segala jenis, adik-adik dan mereka semua di Pelancongan Koperasi Sekolah, cikgu Shafezah , Aqilah Mohd, Atikah, Qayah dan SEMUA. Untuk semua yang menyokong depan belakang kiri kanan .fuhh semput da. kalau tak sebut ampunin. ada dalam hati saja tak nak reveal hihi. Terima Kasih kirim DOA. dan TAHNIAH buat mereka seangkatan yg berjaya juga :* 

Comments

Unknown said…
Tahniah!!! Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH