TIPS; TRICKS; STPM; SISTEM MODULAR; 4 RATA

(31/8)May peace be upon you! and Hi! maka saya menjelma lagi untuk kesian kalinya. belum masuk september lagi makanya satu perkembangan yang bagus untuk entri kedua bulan ni dan keenam tahun ni. Syabas merey betey. Terlampau sibuk sangat dengan itu ini, dan paling sibuk dengan penangguhan. teruk betul la haih, ini pun menulis jam 3:55 AM waktu semua orang sibuk diulit mimpi indah.Selalu setiap malam macam ni sejak lebih dan kurang sebulan da. Ini pun sebab balik dari tengok LUCY dan lepas packing barang. fuhh. sesak nafas sungguh.

Lama dah ceq nak tulis entri ni. Entri ni special lain macam sikit sebab atas permintaan ramai. Seperti yang anda ketahui saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia*syukur alhamdulillah. terima kasih buat setiap titipan doa. Saya akan mendaftar 1 September ini bersamaan lagi dua hari. Itu yang kena juga paksa diri tulis sebab takut nanti langsung tak buat akan menghampakan hati-hati yang mengharap diluar sana.aicee.

Entri ini gua tribute khas buat junior-junior yang sentiasa mengharap dan bertanya "Akak apa tips akak belajar?" "Akak belajar macam mana?" dan entri ini juga didedikasi kan buat adik-adik junior yang menghadapi STPM sistem modular daripada hakak salah seorang pelejar STPM kohort pertama sistem modular. Sistem ni da lain da tak boleh nak samakan dengan terminal. Maka sebagai hakak yang sangat prihatin kepada permasalahan yang berlaku dalam kalangan adik-adik berdasarkan pengalaman maka inilah yang akak nak kongsikan..............(sebagaimana gua berjuang menulis, SELAMAT BERJUANG MEMBACA)

(1/9)Basically benda yang 'akak' ehe, saya praktik ni benda biasa yang kebanyakan orang buat. Maybe ini sebagai panduan dan tips untuk engkorang praktikkan . Kemampuan dan cara kita berbeza jadi terpulanglah pada engkorang kalau nak cuba yee.

fasa 1: SEKOLAH

i. Niat ni yang penting hoccay. Niat kerana Allah SWT. Fikir yang korang pergi sekolah tuntut ilmu ni jihad. "Menuntut ilmu fardhu bagi setiap umat" . "Iqra'" Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan segala kejadian di dunia. Rasakanlah keseronokan menuntut ilmu. Berpengetahuan. Jangan jadi orang yang rugi. Nak cari keredaan Allah SWT kena cari keredaan Ibu Bapa, nak happykan Ibu Ayah kena cemerlang. haa gitulah.

ii. Jangan ponteng kelas. Pergi la kelas hari-hari. Masa lower six cheq tak pernah ponteng, masa sem kedua je 5 hari tak pergi sekolah sebab sakit . Jagalah kehadiran, susah payah macam mana pun cuba jangan ponteng. Bila nak ponteng fikirlah betapa ruginya tertinggal apa yg cikgu ajar atau keseronokan bergosip bersama kengkawan atau makanan sedap di kantin atau apa-apa yg berkenaan dan membuat engkorang semangat nak ke sekolah . Tapi ingat niat kerana Allah SWT. yang tu jadi pendorong je.

iii. Class yang wajib pukul 7pagi sampai 2 petang tu mestilah korang kena pergikan. Tentu dah wajib. Itu jangan miss. Dan kelas tambahan juga. Rajinlah pergi. Lawanlah sikit rasa malas, mengantuk nak tidur balik rumah peluk bantal busuk, nak makan makanan mak masak, nak tengok tivi cerita sinetron atau nak dating? .... Tangguhkan semua tu tak penting pun . kelas tambahan lagi penting. mengantuk nanti balik boleh qada', makan nanti boleh makan, tivi sekarang da ada PVR atau donlod je. STPM? sekali je. Jadi fikirkanlah mana lagi penting.

iv. FOCUS! Masa cikgu mengajar, masa dalam kelas. Hendaklah kalian fokus 200% . Tak kiralah mengantuk mana, tahan. Phone ke lappy letak tepi. Fokus dengan apa yg cikgu cakap. Tulis nota. Point, mind map. Apa saja yang boleh dan mampu. Kurangkan bercakap, bergurau dengan kawan sebelah. Jangan malu bertanya. Tak faham tanya.

v. HOMEWORK/ASSIGNMENT/PBS sangat sangatlah penting. Latihan tu yang tolong kita masa kita nak jawab soalan masa exam. Masa rileks la kita kena push diri kita. Semaksima yang mungkin. Cari point, buat yg terbaik. Kalau ada kesalahan masa ni nak perbaiki. sebab masa exam korang hanya ada satu peluang iaitu buat yg terbaik. Jadi latihan tu penting, biasakan diri. STPM sekarang da HOTS (High Order Thinking Skill) jadi cara nak jawab, soalan , latihan nak buat mestilah high order juga. Tipulah kata gua ni all the time tepat je hantar homework, assignment, presentation. kekadang lambat juga, ada juga tak siap. But most of the times, I will try my best. Korang kena pandai prioritize tahu mana yg harus diutamakan. Ingat; you do your homework, assignment, PBS for your own sakes not for your teacher.

fasa 2: RUMAH.

Kebiasaanya saya ke sekolah pukul 7 pagi kelas habis 1:50 petang. Solat rehat. sama ada sambung KOKO atau kelas, sampailah pukul 4petang . kadang-kadang sampai pukul 5. Selalunya kalau lambat confirm sebab meeting MPPU ahaks. Balik tu makan sebab selalu kurang makan kat sekolah sebab djaman gua kantin sekolah punya makanan tak sedap. Da makan, rehat semua sebab da penat sangat sampailah maghrib. Selalunya lepas maghrib memang akan automatik tertidur. Tapi lepas tu pukul 12 automatik bangun balik, terutama bila dalam kepala tu da set pasal assignment, atau presentation atau pebenda nak kena submit esok. Kalau exam lagilah. Selalu kalau dah bangun time macam tu pukul 4 atau 5 baru tidur balik. Tengok tahap kepenatan dan ketahanan mata. sama ada 8-12 tidur 12-4 stay up atau 8-12 stay up 1-3 tidur 4-6 stay up balik. Bagi korang, terpulanglah tahap kemampuan , kekuatan dan kefleksibilitian diri korang. Setiap kita berbeza, cari kekuatan korang pagi ke tgah hari ke petang ke malam ke tengah malam ke dan gunakan sebaiknya.

fasa 3: TIME MANAGEMENT

Pandai-pandai la bahagikan masa. Jadual? Honestly da pernah cuba buat dan saya bukanlah jenis manusia yang suka ikut jadual. Walau sehari pun tak mampu nak ikut, sebab aku jenis orang yang tak pandai berkata tidak pada keseronokan ke KL Festival City balik sekolah dan makan Subway atau menolak pelawaan atau apa-apa sahaja diluar jangkaan. Sungguh tak kuat dengan dugaan jadi. YA, I don't practiced time table. Terpulanglah kalau engkorang jenis okay je ikut jadual okaylah, kalau tak korang still kena manage time. "Masa tak pernah menunggu manusia" ... carilah cara nak motivate diri korang supaya tak buang masa. Terutama masa yang dihabiskan untuk perkara lagha seperti melayan group whatsapp yg tak bawa pekdah atau update twitter tiap 5saat atau scroll temlen fesbuk atau apa-apa yg berkenaan. Cubalah minimakan seminima mungkin walaupun godaan keseronokan melayan benda lagha ni tidak dapat dilawan dengan mudah.

Ada juga yg bertanya tentang KOKO dan study. Saya aktif KOKO, Setiausaha MPPU, ahli kelab penyelidikan (masa nak hantar PBS tolong printkan untuk kengkawan), Editor 2 Sidang Redaksi, dan seorang yang sangat aktif untuk menyibuk menganggu cikgu-cikgu tak kira lah aktiviti apapun. Apa-apa utamakan study, 70% study, koko 30% . Selalu meeting ke apa-apa semua lepas kelas, so jarang sangat tinggal kelas. Tinggal satu dua kelas pun rasa nak nangis takut tak dapat catch up.

fasa 4: IBADAH *khas buat yg beragama Islam

i. Solat fardhu jangan tinggal. Jagalah solat. Sangatlah penting. Tak kiralah sibuk macam manapun. Kita tolong agama Allah SWT, Allah SWT akan tolong kita. Kejarlah akhirat maka dunia akan ikut. Jangan pilih-pilih waktu solat , kalau Tuhan pilih-pilih waktu untuk tolong kita pula macam mana?

ii. Awal waktu dan jemaah. Kalau ada peluang nak ke surau, jemaah sama kawan buatlah. Ada masa rajin kawan nak join jemaah sekali dalam kelas buatlah. Solat seawal mungkin, jangan amalkan sikap suka bertangguh. Lagi-lagi hal baik, sebab syaitan memang suka kita tangguhkan perkara baik.

iii.Dah selesai yg fardhu. Yang sunat pula sebagai tambahan. Doa ni senjata orang mukmin, sangatlah penting sebab kejayaan ke kesenangan dan apa saja yang kita nak dalam dunia datang dari Dia. Jadi pada siapa kita layak minta? Pada Dia bukan . Jangan malu jangan segan, Allah SWT suka hamba yang meminta dan berharap. "Mintalah padaKu nescaya akan aku kabulkan". Rajinkan puasa sunat, solat dhuha, solat hajat dan  tahajud. Buat selagi mampu. Kefahaman dan kebijaksanaan kita milik Dia, rajinlah minta padaNya. Bersungguhlah. Kalau kita sendiri tak bersungguh minta sesuatu yg kita nak macam mana Tuhan nak bagi bukan?

iv. Jangan tinggalkan Al-Quran. Bacalah dan fahami. hayati. Kalau ada tafsir baca sekali tafsir hoccay.

v. Ayat yang saya amalkan, seribu dinar, ayat kursi. surah al-insyirah, 3qul. Kalian bacalah sekali dengan maksudnya. InshaAllah lebih bermakna dan sentiasa akan menolong kita.

fasa 5: ATTITUDE

Jaga hubungan dengan Allah SWT dan jaga hubungan dengan manusia. Ibu Ayah, Guru, Keluarga, Kawan-kawan dan juga haiwan dan tumbuhan serta alam sekitar. Ini semua kena jaga.

i. Ibu Ayah minta tolong cuba buat . Ibu Ayah membebel jangan melawan walaupun kita tahu kita betul atau kita lebih pandai, diam saja dan iyakan. Kalau nak menjawab fikir balik "Dulu Ibu Ayah besarkan aku susah payah , bila aku dah besar, da pandai , nak tunjuk pandai pula. Padahal dulu Ibu Ayah yg didik" kalau mampu sabar jelah. Ibu Ayah kita pun marah macam mana depa sayang ke kita untuk kebaikan kita . Please them . Buat dorang happy. Senang nak belajar atau apa-apa. Jangan rosakkan kepercayaan yg mereka beri. Jaga hati mereka. Ingat reda Allah SWT terletak pada reda Ibu Ayah.

ii. Guru; guru ni antara orang terpenting. Mereka berkongsi ilmu dengan kita. Jaga adab berguru, Jangan melawan , dengar cakap cikgu. Sama juga macam kita dengan Ibu Ayah kita. Doa cikgu ni berkat, nak senang faham dan ingat selalulah berbaik dengan cikgu.

iii. Kawan-kawan. orang sekeliling dan selalu dengan kita. Belajar bertolak ansur. Belajar memaafkan. Jangan sengketa lama. Jadi tak berkat semua kita buat. Jangan ego. Manusia tak hebat pun dengan ego tapi manusia hebat dengan harga diri dan akhlak yg terpuji. Kurang-kuranglah cari masalah,dan jangan buat musuh. #tenangkanpunggunganda

fasa 6: MAKANAN & KESIHATAN

Jaga makanan dan kesihatan . Makan benda elok-elok. Makan kismis, kurma. Minum air masak banyak walaupun aku ni bukanlah peminat air, tapi air masak or plain water sangatlah bagus, dulu masa ada water dispenser dekat sekolah kitorang rajin kot ambik air kat situ. Semua berebut nak ambik air kat situ sbb air sejuk selalu cepat habis. hehe. Makan sayur dan buah. Soal makan maggi boleh tak cepat lupa tak , ada orang kata "Tak makan maggi tapi tak belajar, bodoh juga" Jadi terpulanglah kat diri memasing sebab aku makan maggi tak pernah pula rasa kesan setakat ni. Kurangkan la juga sebab tak berapa elok untuk berat badan haha.

Kesihatan penting. Tidur jangan kurang jangan lebih. Jaga mata. Jangan berembun berhujan. Jangan push diri kuat sangat. Minta kekuatan dari Dia. Segala daya dan kekuatan dari Dia. Ingat tu tanpa pertolongan Dia, kelip mata pun kita tak mampu.

fasa 7: Fasa tambahan.

yang ini tambahan .
i. Tolong kawan-kawan. Jangan kedekut ilmu. Kalau kawan tak tahu , tolong bagitahu. Tak faham , tolong fahamkan. Keseronokan dia lain macam bila kita dapat tolong kawan-kawan tahu apa yg kita tahu. Aku tak kisah pun nak angkat call 2-3pagi kalau orang nak tanya pasal belajar. Tak kisah pun bebudak tu datang rumah malam belajar tidur, makan semua. Seronok hoccay. Djaman tu, kalau ramai sangat buat kat kelas. sikit buat kat rumah nenek saya, kalau nak buat kelas ke apa mesti ada leader atau 'cikgu kecik' dorang panggil saya. Tolong kengkawan sama macam kita tolong diri kita.

ii. Study group: dulu kitorang mula kat belakang tasik OTK, small group je struggle untuk sejarah, lepas tu buat kat rumah nenek. mula-mula pagi sampai petang, lepas tu petang sampai malam. sampai tidur rumah semua. Nenek pun jenis tak kisah kan. So rezeki la. Ikut suka je memasing . Seronok , kekadang ramai kekadang 2-3 orang, sikit ke ramai aku proceed je mana aku nak ngajar dan revise, dorang ikut je, Kalau ada permintaan je akan revise ikut dorang selalu kitorang buat dua tiga minggu sebelum percubaan dan peperiksaan sebenar. Banyak dugaan study group, tapi Alhamdulillah kena kuat dan kembali kepada topik asal dengan cepat haha.

Okay sekarang subjek pula satu-persatu.

MUET: Band 4 yang aku dapat tu mungkin kebetulan atau entah la. Bukannya pandai BI sangat pun ada je sebut tak betul, grammar berterabur, broken je sebenarnya.
Muet ada 4 paper, yang penting korang tahu macam mana nak tackle markah dalam setiap paper. Kalau knowledge pasal bahasa sampai bila-bila pun korang takkan habis belajar . Untuk segera, rajin lah dengar lagu BI, cari lirik, cari maksud, rajinlah baca novel BI, cakap dengan kawan yg fluent BI dan walaupun kena gelak kalau salah dia still nak kawan dengan kau, its okay to be laugh at maknanya kau ni funny hahahaha. Think positive jangan nak negative je, nak belajar kena belajar dari kesilapan.

Speaking: Time speaking jangan nervous, Speaking ada dua part, masa individu pastikan cakap point yg penting, elaborate ringkas dan padat sebab ada 3minit. Time kumpulan, cakap tapi bagi kawan cakap juga, kalau kita saja yg bercakap nanti markah kita kena potong . nak tak nak kena tolong kawan dalam group sekali bercakap. Nak hilang nervous baca al-insyirah, ayat kursi, ayat seribu dinar apa ayat yang mampu. sebab confident pun boleh tolong bagi markah walaupun korang broken haha.
listening , listen carefully, listening to Eminem songs might be a good idea.
writing, write just write. try to write and learn. Masa MUET soalan part 2, keluar tahpape kot, haa amek aku olah lagu Jessie J.
reading. haa reading ... ini penting nak band 4, reading sekurangnya 80marks.

*gagahnya gua menulis. esok nak keluar pukul 8, cerita Emily Owens M.D dah habis pun aku tak habis lagi ni.

PA: Well, ini subjek wajibkan. first sem, tak susah sangat, kalau soalan objektif apa yg korang perlukan ialah buat latihan banyak-banyak. cari jawapan yg tepat dan padat. buat dengan kengkawan, banyakkan baca fakta, kalau takde dalam buku jawapan, cari dalam buku sejarah kalau berkenaan atau google sahaja. Karangan ada cara, kena pandai bajet masa dekat sini. Karang PA selalu 350 patah perkataan, ada 7 perenggan setiap perenggan aku bahagikan kepada 50 patah perkataan, dalam 50 tulis isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil.
Bagi sem 2, aku betul tak berapa nak ngam choi dengan nombor dan data ni. sebab tu sem 2 repeat, buat graf tak cukup masa. Ini pilih la graf korang paling power, rasa macam tak suka nombor bebanyak ambik nombor sikit.
Bagi sem 3, kalau boleh objektif jangan ambik banyak sangat masa. karangan bahagian C buat dulu then B. Masa yg penting. Dan rajinkan membaca, kalau sem 3 dalam buku sejarah ada ambik juga dari buku sejarah. tambah fakta . sangat berguna dikemudian hari.

SEJARAH: Belajar untuk chenta dan sayang sejarah. Set dalam kepala sejarah adalah sesuatu yg menyeronokkan. Sejarah ni cerita . HIS STORY. Bayangkan betapa bijaknya seorang anda apabila belajar sejarah dan boleh memahami sejarah. MIND MAP, sejarah ni memang macaam novel tapi nak  buat esei korang kena pandia cari point. baca cerita cari point dan pepandai la huraikan guna point sampingan. Baca sekali pun cukup , yg penting mind map dan kemahiran korang berfikir gabungkan dengan kemahiran menulis.

BM: BM takdelah susah sangat cuma time karangan kena kurangkan kesalahan besar, kesan kesalahan besar, satu lagi kalau struktur kena tahu macam mana nak tackle soalan tu. jawab tepat padat dan ringkas. faham soalan tu then jawab. Jangan main bantai ikut skema buku tapi tak ikut kehendak soalan. Dan objektif macam biasa buat bebanyak latihan supaya kita familiar jawapan yg salah dan kita tahu mana yg betul. Tahu dah salah terus pangkah. Jangan buang masa kat objektif. Itulah penting latihan dan pembacaan. 600 patah perkataan sama juga, bahagikan perenggan, isi, isi kecil, huraian, contoh dan kesimpulan kecil.

GEOGRAFI: Kalau dengan Cikgu Laila senang je, aku tulis je apa yg keluar dari mulut cikgu. sebab semua point, dan honestly aku tak pernah guna buku teks masa ulangkaji , masa nak rujuk adalah sekali dua. sebab cikgu punya senang , ringkas dan padat. Memerlukan fokus dan tumpuan yang tinggi. Sampai sekarang pun ajar lower six guna nota cikgu. Dan HOTS geo ni lain macam , basically ia tentang ilmu alam. manusia dan alam sekitar, advance bagi pelajar sains. Korang hanya perlu pandang keliling dan berfikir. Semua benda yg kita belajar ada sekeliling kita. Belajar dengan alam. Kalau study group geo pergi belajar kat taman . Best.

Jam menunjukkan 4:14 AM. Jadi buat junior kohort kedua dan seterusnya. Selamat Maju Jaya. Usaha, Doa, Tawakal. Siapa yg berusaha, dia yg mendapatnya. Banyak mana kita usaha , itulah Tuhan bagi. Tuhan tak pernah mungkir janji dan perancangan Dia yg terbaik. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah putus doa. Mudahkan urusan orang lain dan Allah SWT akan mudahkan urusan kita, ingat Masa tak kan pernah menunggu manusia. Ingat niat kerana Allah SWT. sebab apa nak masuk U? Happykan mak ayah dengan kerja yg baik. tolong mak ayah. tolong ummah semua kerana Allah SWT. Motivate diri sendiri. Cari quote yg best. Kuatkan diri. Positive selalu. Spread loves, kill hates. Moga mendapat 4 rata. 4 Rata tu milik Allah SWT semua dari Dia. Jadi minta pada Dia.

Sekian , yang bakal mendaftar diri untuk Ijazah Sarjana Muda 9 Pagi nanti Asmi Asmidar. Istimewa buat adik-adik junior yg bakap menghadapi STPM. xoxo (incase rasa semput nak baca, sambunglah nanti baca sikitsikit sebab tak reti nak buat read more dan malas nak copy paste kat entri lain pula) Sebarang pertanyaan atau komen boleh komen dibawah atau ajukan di FB atau twitter. adios.

Comments

Tenkiu akk..sebb bantuan akk kite berjaya..jumpa di ukm ye kak hahaha..misi ke ukm tercapai!!
Anonymous said…
Walau tak minat membaca saya habiskan masa tiga hari untuk membaca nie . Walaupun tak tahu apa-ii ..bagus-ii

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016