Posts

Showing posts from December, 2014

Perjalanan dan Bunga.

Image
Diibaratkan anda berada disebuah padang yang penuh bunga. Pelbagai jenis. Bewarna-warni. Kiri kanan anda penuh. Anda berdiri di tapak permulaan. Anda dikehendaki berjalan sepanjang padang itu hingga kehujung dan memetik hanya sekuntum bunga. Hanya sekuntum disepanjang perjalanan. Syaratnya ialah anda tidak boleh menoleh kebelakang. Setapak pun. Maka berjalanlah seorang insan ditengah padang yang penuh warna, kecantikan, keindahan dengan rasa keterujaan. Berhati-hati memilih, memerhati. Di pertengahan perjalanan beliau terjumpa sekuntum bunga... Lawa. Menarik hatinya untuk memetik. Namun dalam fikirannya "Tidak mengapa. Perjalanan masih jauh. Mungkin yang kemudian ada yang lebih menarik, cantik". Lalu, dia meneruskan perjalanan dan meninggalkan bunga tadi di situ. Berjalan dan mencari hingga ke hujung. Ya sudah sampai hujung. Hampa dia tidak menjumpai walau sekuntum pun bunga yang setanding bunga di pertengahan perjalanan tadi. Syaratnya! Dia TIDAK boleh berpatah balik. Deng...

Warkah

Terlalu leka dan alpa. Hati menjadi keras dan gelap tanpa sedar kerana dosa. Kerana keangkuhan kepadaNya. Bagaimana untuk mengaku beriman jika belum diuji? Terlalu yakin tentang dosa dan pahala sendiri. Sehingga tak sedar hati semakin keras. Malam-malam istikharah memohon pentunjuk - kosong-. Sangkaan cuma.  Namun petunjukNya datang dalam cara yang hebat sekali. Satu petang yang berakhir dengan titisan air mata. Air mata yang tak tertahan. Entah dari mana hati rasa sebak amat. Sebak. Yang sebelum ini susah untuk mengalir air mata. From the start it just feel so wrong in so many level. Dosa itu perkara yang bergetar dalam hatimu. Aku takut dengan kenyataan yang dunia hadapkan tanpa sedar membelakangkan kenyataan dan janji Tuhan. Yang benar hanya janji Dia. Kenyataan dariNya. JanjiNya. Dan pandangan manusia itu lagi hebat? Allahu. Aku takut untuk menyakiti tanpa sedar terus menzalimi diri sendiri. Mungkin ini jalan yang betul. Biar sakit biar kecewa tapi mungkin akhirnya Dia datangk...

Definisi Sayang Sangat.

"Tahap sayang saya pada dia sebelum awak terima saya seadanya. Dan seandainya awak tak terima saya seadanya. Umpama la hari ni hari nikah. Pagi tu kalau dia datang balik dekat saya mungkin saya pilih dia. Tapi nasib baik awak terima saya seadanya." Kata pemandu sambil menoleh kepada kekasih hati yang duduk di kerusi sebelah.  -- "Perempuan kalau dia dah sayang dia sayang sangat. Itulah masalahnya" kata  wanita yang duduk di kerusi sebelah pemandu. Jawab lelaki yang duduk belakang pemandu "Sesiapa kalau da sayang, sayang sangat. Lelaki ke perempuan ke. Contohla orang yang berumahtanggga bergaduh, bergolak, tak bahagia tapi tak bercerai sebab apa? sebab sayang. Itu yang da berumahtangga. yang tunang? yang couple?" Terdiam lagi tiga orang yang dalam kereta. Dan aku tersenyum. Berfikir dan termenung ke luar jendela. "Asmidar kau kenapa?" "Berfikir." "Itu bukan berfikir itu termenung. sudah sudahla" Perjalanan daripada Shah A...