Definisi Sayang Sangat.

"Tahap sayang saya pada dia sebelum awak terima saya seadanya. Dan seandainya awak tak terima saya seadanya. Umpama la hari ni hari nikah. Pagi tu kalau dia datang balik dekat saya mungkin saya pilih dia. Tapi nasib baik awak terima saya seadanya." Kata pemandu sambil menoleh kepada kekasih hati yang duduk di kerusi sebelah. 
--
"Perempuan kalau dia dah sayang dia sayang sangat. Itulah masalahnya" kata  wanita yang duduk di kerusi sebelah pemandu.

Jawab lelaki yang duduk belakang pemandu "Sesiapa kalau da sayang, sayang sangat. Lelaki ke perempuan ke. Contohla orang yang berumahtanggga bergaduh, bergolak, tak bahagia tapi tak bercerai sebab apa? sebab sayang. Itu yang da berumahtangga. yang tunang? yang couple?"

Terdiam lagi tiga orang yang dalam kereta. Dan aku tersenyum. Berfikir dan termenung ke luar jendela.

"Asmidar kau kenapa?"

"Berfikir."
"Itu bukan berfikir itu termenung. sudah sudahla"


Perjalanan daripada Shah Alam ke Cheras dan Bangi. 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH