Perjalanan dan Bunga.

Diibaratkan anda berada disebuah padang yang penuh bunga. Pelbagai jenis. Bewarna-warni. Kiri kanan anda penuh. Anda berdiri di tapak permulaan. Anda dikehendaki berjalan sepanjang padang itu hingga kehujung dan memetik hanya sekuntum bunga. Hanya sekuntum disepanjang perjalanan. Syaratnya ialah anda tidak boleh menoleh kebelakang. Setapak pun.

Maka berjalanlah seorang insan ditengah padang yang penuh warna, kecantikan, keindahan dengan rasa keterujaan. Berhati-hati memilih, memerhati. Di pertengahan perjalanan beliau terjumpa sekuntum bunga... Lawa. Menarik hatinya untuk memetik. Namun dalam fikirannya "Tidak mengapa. Perjalanan masih jauh. Mungkin yang kemudian ada yang lebih menarik, cantik". Lalu, dia meneruskan perjalanan dan meninggalkan bunga tadi di situ. Berjalan dan mencari hingga ke hujung. Ya sudah sampai hujung. Hampa dia tidak menjumpai walau sekuntum pun bunga yang setanding bunga di pertengahan perjalanan tadi. Syaratnya! Dia TIDAK boleh berpatah balik. Dengan penuh rasa hampa dan kecewa dia berlalu dengan tangan kosong.

Pengajarannya? Apabila kita menjumpai sesuatu yang baik buat kita. Terimalah dengan sedanya dan hargai sesungguhnya kerana di masa depan mungkin kita takkan jumpa yang sama. Kerana leka mencari kesempurnaan kita hilang sesuatu yang menyempurnakan dan mungkin takkan jumpa yang lebih baik darinya. 



Atau mungkin. Tuhan lebih tahu apa yang tidak kita tahu. Pasti Dia gantikan dengan yang lebih baik. Percaya pada janjiNya. 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016