Review : 7 Tahun 7 Hari by Diana Nuzuin

Holla guys! Sekarang ni tengah nak pupuk semangat menulis balik ni. Ada juga tengok balik entry entry lama yang ada yang bernas ada yang tidak. But mostly, post yang berkurun 2010, 2011 masa zaman belum cukup akal tu da banyak di draft. Tak nak la nanti anak-anak tengok perkara mak dia buat masa muda-muda. Hihi Kalau membanggakan takpela. Kalau tulis pun awuck sayunk sayer. Baik draft jela. At least draft boleh la tengok balik. Kalau delete tak dapat imbas langsung da. Ini da install apss blogger dalam phone. Boleh la draft bila masa nak tulis. Balik check kat lappy dan post. Okay  habis mukadimah kita masuk isi.

7 Tahun 7 Hari by Diana Nuzuin
Beli dengan BB1M haritu kat MPH Wangsa Maju sekali dengan buku Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed tapi Reclaim Your Heart tak baca lagi.

Masa baca 7 Tahun 7 Hari honestly I'm in the wreck phase of the month. Masa tu emosi dan jiwa paling rapuh. Da lama da sebenarnya baca 7Tahun 7 Hari ni tapi tak pernah bersungguh. Itu yg lambat habis. Aku kalau buku best dan bersungguh, 1 hari cukup da. Konon dengan baca buku ni dapat sedikit pengajaran la paling kurang pun secebis kekuatan.

Yes, I did get the strength. Buka sikit mata hati dan jiwa. On that moment, kau rasa parah, rapuh, kosong. Tak tahu apa yang dicari, terlalu banyak cela dan kurang sana sini. Tidur malam harap mimpi biar hilang lelah dan bangun pagi harap ringan kepala dan sempurna semua. Buku ni sedikit sebanyak membantu.

Sedikit mengajar mencintai diri sendiri. Mengajar apa sebenarnya yang di cari. Mengajar tentang kebergantungan pada Yang Esa. Keyakinan. Kekuatan dan tawakal bahawa rencanaNya adalah yg terbaik. Dalam kita merasa derita dan payah, kita harus percaya yang bahagia akan datang jua.  Terlalu cinta, percaya dan meletakkan harapan yang tinggi pada makhluknya akan membawa kecewa. Ada la rasa sakitnya bila baca. Tapi ada juga manisnya.

Diana Nuzuin pernah menulis zine Tentang. And she is designer of cover Kitab Terfaktab. Cover buku ni sendiri hasil kerja suaminya. Nice and simple. Honestly love it.
Kisah cinta yang mengajar tentang jarak dan waktu mampu mengubah sesuatu yang tak tercapai dek akal kepada sesuatu yang mampu diterima dengan redha. Akhir semua, you just need to trust Him.

Pra kata "The word 'love' in the Quran appears on over 90 places but interestingly it doesn't define the word love, but speaks about the very first consequence of love...commitment. Islam talks about commitment. If you truly love something or someone, you commit. If you don't, then your claim of 'real love' is not real at all." Shaykh Yassir Fazaga

Thanks Diana Nuzuin, I never read Tentang. But by reading this I'm sure it was great. Dengan sedikit nota tentang buku ini ; -mata hati malam ni sikit terbuka. #7tahun7hari
Ketahuilah perkara paling indah tentang sesuatu bergelar buku dan membaca ialah belajar sesuatu daripadanya.

Comments

Zucca Qee said…
salam dear, entry yg sangat menarik ! nk tanya. boleh ajar mcm mana nak letak ig kat sebelah ? i dh tak igt nk bt mcm mne dah
Asmi Asmidar said…
Wassalam.i pun tak ingat sbb da lama. I rasa widget dekat layout je macam biasa. Link dia kena buka kat your instagram by web.

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH