2017

Best in 2017



1. I graduated with Bachelor in Social Science major in Psychology. 
Akhirnya seorang Asmi Asmidar berjaya menamatkan ijazah dengan kepujian setelah tiga tahun. 6 sem tambah 1 sem intern. Selesai semua Alhamdulillah. 30 Oktober 2017, I graduated. 31 Oktober pulang jubah ambil sijil semua. Dapat da sijil degree. Happy nya mission accomplished. Masa grad all people yg matters to me ada. Hadiah bunga yg tak expect dapat haritu sangat bersyukur.

2. Thesis Sexual Grooming
Dapat settle kan thesis. Thesis yang nak buat sendiri. Puas hatinya tengok bila da print. Ada kekurangan sana sini. Dapat A- je tak dapat A sebab buat kerja tak semenggah tapi puas hati juga sebab semua buat sendiri. Pergi kutip data semua. Gembiranya rasa. Simpan satu copy untuk diri sendiri kenangan sampai tua. Sebab tak tidur, nangis semua berjaya hasilkan juga sebuah thesis. 

3. Lesen Kereta
Asmi Asmidar memiliki lesen kenderaan. HAHA. Setelah tiga kali ujian JPJ baru lulus. Memang da tertulis hilang RM450. Takpela. Dapat juga walaupun lepastu tak pernah bawa kereta da. Nanti jelah tunggu ada kereta sendiri.

4. Intern kat JKM
Benda ni nak tulis dalam satu entry tapi malasnyaaaa mashaAllah tak tulis juga. Kenangan dekat JKM adalah kenangan paling best. 

5. Sem Akhir yg penuh cabaran
Sem akhir tahun tiga aku ulang alik dari 
Rumah kat Gombak ni ke UKM setiap hari yg ada kelas. Gigih sangat. Tapi puas hati sebab banyak benda yg aku achieve. Aku jadi ketua pengarah program utk course aku. Aku jadi ketua program untuk family day kelas. Assignment group pun memuaskan hati. Lepastu dapat A subjek Dr.Rose. 3 paper akhirnya yg ni dapat A. Alhamdulillah. 

6. I get my first job.
Lepas degree dapat first job even temporary even buat benda yg takde kena mengena langsung dgn apa aku belajar masa degree. Takpela pengalaman juga. Banyak benda aku belajar. 

Itu semua segala yang manis 2017. Aku harap 2018 tahun yg lebih baik. Ada je yg pahit tapi biarla yg pahit tu berlalu. Kita mulakan semua yg baru dan segar. Cipta kenangan dan memori baru.  Lambat post sebab malas sangat. Post on 2 Januari blog ni da genap 7 tahun. URL pun da tukar.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH