MY ARTICLE NOW PUBLISHED!




May peace be upon you.

It's been a long time. Really a long time. Nanti la aku uruskan masa rajin  untuk menulis. Ada cita-cita nak vlog tapi takde kamera lawa. Jap simpan duit jap. Nanti ada duit aku beli.

So recently, just recently my article just published (yeay). Article ni macam ringkasan kepada thesis kau la. Aku buat thesis pasal Vulnerability of Malaysia Children Towards Online Sexual Grooming atau dalam bahasa Malaysia Kerentanan Kanak-kanak di Malaysia Terhadap Pengantunan Seksual Dalam Talian. Secara ringkasnya, aku kaji pasal sejauh mana kanak-kanak kat Malaysia ni (bawah 18 tahun) vulnerable terhadap sexual grooming online ni. Aku buat soal selidik. Buat bab demi bab. Pergi sekolah kumpul data, buat google form. Bila da kumpul data buat analisis menulis semua lagi. Memang struggle la buat thesis. Malam sebelum hantar thesis tu aku tak tidur. Aku sibuk buat rujukan. Kena track balik semua rujukan, petikan sebab aku tak berapa nak pandai. Patut record awal-awal. Jadi memang mendapat la malam tu tak tidur. Pagi da bangun, pergi stesen KTM pun still buka laptop. Betulkan format sebelum nak print semua. Pergi sampai Serdang cari kedai nak print dan bind. Nasib baik ada satu kedai boleh siap hari sama juga dan murah. Syukur. Balik rasa puas. Hantar pun sama. Aku tak dapat A sebab aku tahu masalah teknikal dan mungkin aku tak cukup bersungguh masa menulis. Jadi aku dapat A- je. Lecturer aku Dr.Rahim da bagitahu nak publish. Sebelum aku start kerja kita orang pergi bengkel tulis article. Sehari. Lepastu aku orang pertama offer diri nak hantar article kat Dr. Tapi Dr. edit dan check orang lain punya. Aku lama-lama busy kerja, malas da nak berharap. Then rupanya article aku diterima untuk dipublish dalam Jurnal Psikologi Malaysia edisi khas. Masa tu happy. Tapi reviewer bagi komen kena buat penambahbaikan sebelum publish. Okay aku pun buat. Pass balik kat Dr. Ambil masa 2 bulan juga. Senyap je. Tahu-tahu haritu tengok dalam group semua cakap tahniah. Rupanya Dr. kata artikel aku da publish. Jadi, itulahnya. Untuk sesiapa yang berminat nak tahu apa aku buat, apa dapatan aku pasal isu ni boleh tengok kat link ni: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/414 . Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3). Isuk khas:Kesejahteraan Dalam Pembangunan Masyarakat di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua juga, masa aku praktikal dekat JKM aku ada buat satu modul psikopendidikan pasal sexual grooming. Aku laksana modul tu dekat Asrama Bahagia KL dan Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi. Alhamdulillah it all went well. Tahun ni aku dapat jemputan jadi penceramah buat program dekat PPR bawah JKM. Modul tu meman aku develop based on keperluan dan pengetahuan aku pasal sexual grooming. Boleh lah baca dekat sini : https://documentcloud.adobe.com/link/track?uri=urn%3Aaaid%3Ascds%3AUS%3A7a2ddee8-9efd-4cfc-8ce2-6ea925c997c7 . 

Harap benda ni bagi manfaat. Aku tahu isu ni ada potensi. Tapi aku tak mampu nak gerak sorang atau bergiat aktif untuk bagi kesedaran pada masyarakat. Slowly but surely. But I'm glad I did something that could be beneficial to the society. 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH