Terima Kasih - Monolog dengan Tuhan
Untuk hari terakhir 2019 ni aku ingat nak post sesuatu dekat status Facebook tapi setalah berfikir-fikir baik aku post sini. At least mak cik bawang tak tahu nak komen. lol
This is my lesson this year. Count your blessings. Ayat 'Nikmat Tuhan yang mana hendak kau dustakan' benar. Jika kau hitung nikmat Tuhan maka takkan dapat kau hitung kerana terlalu banyak. Tahun ini aku belajar banyak tentang aku. Tentang bagaimana mengecapi kebahagiaan dengan merasa cukup dan syukur. Namun aku masih terus mencuba sepenuhnya untuk merasa hadir. Hadir sepenuhnya otak dan hati dalam setiap perkara aku buat. Live the present. Feel the present. Live the moment to the fullest. Tanpa culas dengan diri sendiri. Aku boleh nyatakan secara terus apa aku rasa dengan Tuhan tapi aku rasa bagus untuk aku tulis supaya aku tak pernah lupa. Jadi, TERIMA KASIH TUHAN untuk setiap nikmat dan rezeki yang diberi. Tiada nikmat yang terlalu kecil atau terlalu besar. Untuk setiap perjalanan yang dimudahkan di setiap hariku, untuk setiap nafas yang masih dihirup, untuk setiap senang bersama susah, untuk setiap yang manis dalam pahit, untuk setiap kesembuhan dalm kesakitan, untuk setiap kasih dan sayang yang Kau kirimkan, untuk nikmat kesihatan yang baik, untuk setiap kelewatan dalam takdir hidupku. Aku pasti setiapnya berhikmah. Rahsia takdir Tuhan sungguh cantik dan aku sentiasa kagum. Rezeki yang Tuhan beri pada aku untuk hidup setiap hari, makan segala yang aku mahu setiap hari, merasa bahagia setiap hari, melihat kucing kesayangan setiap hari, melihat muka Ibu dan Ayah setiap hari. Terlalu banyak dan tak terhitung. Berjumpa pak cik bas, pemandu grab atau teksi yang baik juga adalah satu nikmat yang cukup aku hargai. Juga untuk doa-doa yang dikabulkan Tuhan walau begitu banyak aku minta dengan diri yang berdosa dan tak sempurna. Betapa hebat kasih sayang Tuhan. Terima kasih untuk kawan-kawan yang baik, benar aku merasa cintaMu hebat. Masih jua tetap Kau lapangkan dadaku. Ampunkan aku bila aku merasa tamak. Ampunkan aku bila minta terlalu banyak. Ampunkan aku bila keyakinanku rapuh. Tetaplah Tuhan berikan cahaya hidayahMu buatku. Jangan Kau biarkan aku sesat. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku sembah dan kepadaMu juga aku minta pertolongan. Terima kasih untuk tahun ini dan tahun mendatang. Berikan aku kesempatan untuk masih menjadi lebih baik. Terima kasih untuk cinta ini.
Comments
The replacement parts for the 2017 ford fusion energi titanium Westcott titanium straightener scissors blades were very well designed, and the blades looked titanium wood stoves to be of quality. There were keith titanium also several columbia titanium boots