Posts

Quick Update

Sebab rindu sangat nak menulis. entri terakhir bertarikh 16 Jan. Rindu tak? Rindu sangat tau nak menulis. Jadi Selamat Pagi !  Pagi ini bermula peperiksaan akhir semester dua sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi! Bittaufiq Wannajah! Doakan agar dipermudahkan :') Saya tagih doa anda untuk saya :") Semoga ketemu lagi!  > to keep update . see side bar on the right . ada twitter insta. situ sentiasa update . ngeh! 

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Image
May peace be upon you. hakhikhuk. final exam dah habis? lek dulu. Orang lain mungkin. Me? Not yet. ahakss.kenapa? sebab ada satu hari paper pagi pukul 8:30 pagi tapi tak sedar dan terbangun pada jam 9:00 pagi. bayangkannnnnnn. Mohon paper ganti sahajalah. harus bagaimana lagi . Bila? tunggu surat kedekanan. Doakan saya yaa . Aish first sem first year da macam ni. Takpe sangka baik dengan perancangan Allah SWT. benda nak jadi bukan sengaja. fully prepared da. tapi benarlah kun fayakun. Redha sajalah. Dan aku masih kena bertapa di kolej sampai 22hb sebab join program kolej. Orang badang kolej kan biasalah. uhuks. Tujuan saya menulis entri kali ini adalah untuk mendedahkan dan memberi panduan kepada saudara-saudari tentang cara dan bagaimana untuk mengisi borang UPU dengan berhemah lagi bertauliah. eh. bolehla. bedal saja lah labu. Mari membuka lembaran sejarah, diceritakan suatu masa sekitar tahun 2013 selepas SPM , seorang Asmi Asmidar pelajar lepasan SPM 2012 dengan dukacitanya tidak ...

Perjalanan dan Bunga.

Image
Diibaratkan anda berada disebuah padang yang penuh bunga. Pelbagai jenis. Bewarna-warni. Kiri kanan anda penuh. Anda berdiri di tapak permulaan. Anda dikehendaki berjalan sepanjang padang itu hingga kehujung dan memetik hanya sekuntum bunga. Hanya sekuntum disepanjang perjalanan. Syaratnya ialah anda tidak boleh menoleh kebelakang. Setapak pun. Maka berjalanlah seorang insan ditengah padang yang penuh warna, kecantikan, keindahan dengan rasa keterujaan. Berhati-hati memilih, memerhati. Di pertengahan perjalanan beliau terjumpa sekuntum bunga... Lawa. Menarik hatinya untuk memetik. Namun dalam fikirannya "Tidak mengapa. Perjalanan masih jauh. Mungkin yang kemudian ada yang lebih menarik, cantik". Lalu, dia meneruskan perjalanan dan meninggalkan bunga tadi di situ. Berjalan dan mencari hingga ke hujung. Ya sudah sampai hujung. Hampa dia tidak menjumpai walau sekuntum pun bunga yang setanding bunga di pertengahan perjalanan tadi. Syaratnya! Dia TIDAK boleh berpatah balik. Deng...

Warkah

Terlalu leka dan alpa. Hati menjadi keras dan gelap tanpa sedar kerana dosa. Kerana keangkuhan kepadaNya. Bagaimana untuk mengaku beriman jika belum diuji? Terlalu yakin tentang dosa dan pahala sendiri. Sehingga tak sedar hati semakin keras. Malam-malam istikharah memohon pentunjuk - kosong-. Sangkaan cuma.  Namun petunjukNya datang dalam cara yang hebat sekali. Satu petang yang berakhir dengan titisan air mata. Air mata yang tak tertahan. Entah dari mana hati rasa sebak amat. Sebak. Yang sebelum ini susah untuk mengalir air mata. From the start it just feel so wrong in so many level. Dosa itu perkara yang bergetar dalam hatimu. Aku takut dengan kenyataan yang dunia hadapkan tanpa sedar membelakangkan kenyataan dan janji Tuhan. Yang benar hanya janji Dia. Kenyataan dariNya. JanjiNya. Dan pandangan manusia itu lagi hebat? Allahu. Aku takut untuk menyakiti tanpa sedar terus menzalimi diri sendiri. Mungkin ini jalan yang betul. Biar sakit biar kecewa tapi mungkin akhirnya Dia datangk...

Definisi Sayang Sangat.

"Tahap sayang saya pada dia sebelum awak terima saya seadanya. Dan seandainya awak tak terima saya seadanya. Umpama la hari ni hari nikah. Pagi tu kalau dia datang balik dekat saya mungkin saya pilih dia. Tapi nasib baik awak terima saya seadanya." Kata pemandu sambil menoleh kepada kekasih hati yang duduk di kerusi sebelah.  -- "Perempuan kalau dia dah sayang dia sayang sangat. Itulah masalahnya" kata  wanita yang duduk di kerusi sebelah pemandu. Jawab lelaki yang duduk belakang pemandu "Sesiapa kalau da sayang, sayang sangat. Lelaki ke perempuan ke. Contohla orang yang berumahtanggga bergaduh, bergolak, tak bahagia tapi tak bercerai sebab apa? sebab sayang. Itu yang da berumahtangga. yang tunang? yang couple?" Terdiam lagi tiga orang yang dalam kereta. Dan aku tersenyum. Berfikir dan termenung ke luar jendela. "Asmidar kau kenapa?" "Berfikir." "Itu bukan berfikir itu termenung. sudah sudahla" Perjalanan daripada Shah A...

3 Weeks.

Ada masa kita rasa susah .Ada masa kita rasa serabut. Ada masa semua benda rumit.  Masa ni lah tiada daya kekuatan dan pertolongan yang kita harapkan melainkan dari Dia.  Selalu kita rasa perancangan kita dah cukup baik tetapi mana boleh lawan hebatnya pengatur yang di atas sana. "Kalau Allah SWT nak tolong kita, takde apa dalam dunia boleh halang kita. Tapi kalau Allah SWT tak izinkan, segala jenis macam genius pun takkan mampu nak tolong kita" Nak Dia tolong waktu sempit, banyak doa waktu lapang . Doa hari-hari moga urusan dipermudahkan . Selalu yakin dan yakin Dia akan tolong. Banyakkan bersabar . --  3 minggu berada di sini. Sedikit sebanyak apa yang aku dapar perhati dan praktis. STPM adalah antara pilihan terbaik sebelum nak lanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. STPM merangkumi semua perkara . Dengan syarat kita kena perform lah masa STPM. Harusnyalah barulah jadi berguna. Terima Kasih cikgu. Dan menjadi bahan eksperimen ada baik buruknya. Ambil lah yg baiknya....

TIPS; TRICKS; STPM; SISTEM MODULAR; 4 RATA

(31/8)May peace be upon you! and Hi! maka saya menjelma lagi untuk kesian kalinya. belum masuk september lagi makanya satu perkembangan yang bagus untuk entri kedua bulan ni dan keenam tahun ni. Syabas merey betey. Terlampau sibuk sangat dengan itu ini, dan paling sibuk dengan penangguhan. teruk betul la haih, ini pun menulis jam 3:55 AM waktu semua orang sibuk diulit mimpi indah.Selalu setiap malam macam ni sejak lebih dan kurang sebulan da. Ini pun sebab balik dari tengok LUCY dan lepas packing barang. fuhh. sesak nafas sungguh. Lama dah ceq nak tulis entri ni. Entri ni special lain macam sikit sebab atas permintaan ramai. Seperti yang anda ketahui saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia*syukur alhamdulillah. terima kasih buat setiap titipan doa. Saya akan mendaftar 1 September ini bersamaan lagi dua hari. Itu yang kena juga paksa diri tulis sebab takut nanti langsung ta...