I AM SUPERMIDA WITH NO SUPER POWER ....

Assalamualaikum wrt .
 Situasi ketika menaip ; Dalam keadaan mengantuk dan dahi berkerut sebab tak dapat nak print borang UPU . chiiiziiiiiwedgeezzz betul.

I am SUPERMIDA ... Superwoman with no super power other than stronger heart and unique features . : gifted by ALLAH SWT

Yes . Memang saya tak tahu la kenapa saya suka sangat tengok tee yg ada lambang adiwira ni ... nampak macam cool je bila pakai dan bertambah cool bila orang yg pakainya adalah saya . HA HA HA . 

Saya bukan super woman yang bertulang batu , berurat dawai besi atau berkulit emas . Saya hanya manusia biasa diperbuat daripada tanah dan meminjam tulang rusuk kiri siapa tah dan saya rasa macam nak pinjam tak nak pulangkan . HE HE HE .

Saya juga tiada dikurniakan otak Albert Einstein yang dapat menyelesaikan teori algebra sehingga penuh kertas kajang atau otak Pak Cik Newton sehingga dapat menyelesaikan segala hukum fizik dengan cemerlang .Saya hanya mempunyai akal yg mampu menjadikan saya manusia iaitu sebaik-baik ciptaan ALLAH SWT . :) :) :)

Bahkan tidak pula saya mempunyai kuasa seperti adiwira buatan manusia seperti SUPERMAN yang boleh terbang mencecah awan , kereta BATMAN yang canggih dan stail ,CATWOMAN yg boleh bertukar jadi kucing atau SPIDERMAN yg boleh memancarkan sarang labah-labah . Saya hanya mempunyai dua kaki , dua tangan , satu mulut , dua telinga , satu hidung , dua mata yg mempunyai limit bekerja . dan tidak lupa otak yg sangat berimiganisi tinggi . HO HO HO . 

Dan sehingga itu , saya bukanlah seorang pencinta yang baik tapi sentiasa berusaha untuk menjadi yg terbaik . kbai xx.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH